Sebelum jam 8.00 saya telah sampai.
Dan kini jam 10+ saya masih menunggu.
Bosan yang amat.
Menonton TV tanpa suara.
Berkali-kali menguap....mengantuk.
Perut minta diisi...lapar
Memerhati pekerja di kaunter dan gelagat orang ramai.
Melayan fikiran sendiri
Tidak berminat untuk bersembang selepas melempar senyum ketika pertembungan mata kali pertama.
Sesekali ada yang bertanya di kaunter mungkin kerana nama tidak dipanggil-panggil.
Hanya sabar dan sabar pengubat hati yang mungkin mujarab saat dan ketika ini.
Bila nak panggil ni?
Nasib baik boleh menaip entry ini walaupun sebenarnya akan dipublish di rumah petang/mlm nanti
Takpelah....sekurang-kurangnya ada juga aktiviti daripada melangut dari tempat menunggu ini.
Huh...mesti Dr sedang sibuk di wad atau mana-mana lagi.
Padahal di kad temu janjiku tercatat jam 9 pagi.
Sabar.....sabar...
Oh.... nama telah mula dipanggil, tapi kenapa belum terselit namaku.
Sabar lagi.....dan lagi....lagi.
Uwa...lepas jumpa Dr nanti sekali lagi terpaksa menunggu
Semestinya di kaunter farmasi.
12 + saya sampai di sekolah.
Dan saya nampak orang itu ..............od
Hehehehe.............
7 comments:
Aihh ... berteka teki ye ... Kurang paham lah!
hospital kerajaan kerr tewww.. agaga
dah tau suasana kt mana...tp bersangka baik je la...hehehe
ujian tekanan darah tu cikgu :p
Perkhidmatan yang mesra pelanggan!
precious,
saja nak bercerita padahal takdak cerita. hehehe
en_me,
Ya betul.Walaupun lambat sikit, tapi saya amat berpuashati dgn kepakaran dan perkhidmatan yg diberikan.
kujie,
hehehe........tapi tekanan darah masih normal.lambat sikit takkak hal
toknabe,
meme mesra pelanggae. dok jauuh, senyunk dah
combi pun selalu kawankan huby gi hospital so far alhamdulilah ... :)
combi,
walaupun pernah dengar citer mcm2 tapi setakat ni ok je, cuma lambat le sikit
Post a Comment