Hari terakhir 2011. Macam sedih pun ada sebab cuti dah nak abis. hehehe. Azam untuk tahun 2012? Cukuplah saya senaraikan di dalam hati. Nanti kalau saya cakap azam 2012 nak kurus, tengok-tengok bila sampai bulan Dis 2012 masih jugak gemuk, maluuu. hehehe. Apa pun azam kita, perlu diingat "Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat kita panjat dengan tangan di dalam poket".
OK Semoga dikurniakanNya kesihatan yang berkekalan, bahagia, ceria dan selamat semuanya.
Saturday, December 31, 2011
Friday, December 30, 2011
Kisah Burung
Kat rumah saya ni (blog saya,cerita rumah saya la kan, takkan beria-ia nak cerita rumah orang) boleh dikatakan sentiasa ada burung. Itu biasa je.... Yang agak kurang biasa (pada saya le ) burung-burung kat rumah saya ni asyik bertukar ganti. Kejap burung warna coklat, sebulan dua lepas tu burung tu dah hilang. Timbul pulak yang warna hijau. Dua tiga bulan lepas tu, yang sekor jadi dua, kemudian jadi tiga. Pastu,jadi dua balik, seterusnya jadi satu semula. Tak boleh nak berkasih sayang lelama dgn burung-burung tu, sebulan dua akan lesap . Pelik kan? Takyah pelik-pelik, mai makcik cerita, Penyebab kejadian tu (ingat tak nak cerita, tapi nanti saudara saudari kata rumah saya berhantu pulak) kadang-kadang burung tu mati, kemudian tuannya beli lain. Kadang-kadang burung tu lari dari rumah. Pandai je dia buka pintu sangkar di tasik madunya tu. Buka pintu sendiri padahal tuan dia dah tutup elok-elok Dan seperti biasa, tuannya beli burung yang lain..Yang terkini. satu sangkar yang menempatkan dua ekor burung, dah tinggal seekor. Nak kata keluar, pintu elok je bertutup. Heran makcik. Seekor dari burung tu boleh ghaib begitu sahaja. Yang tinggal tu sihat elok je. Hebatlah burung zaman moden nih.
Nikmati Hidup ( 2 )
Selagi kita masih sihat, nikmatilah hidup ini sebaik mungkin. Jangan cari penyakit dan jangan menempah sakit. Semasa sihatlah kita boleh bekerja, boleh belajar, boleh bermain dan juga boleh beribadat sebanyak-banyaknya. Esok, minggu depan, tahun depan masihkah kita sihat? Tiada siapa yang dapat memberi jaminannya. Jadi, berbekallah untuk menampung sebarang kekurangan semasa sakit atau uzur nanti. Kalaupun kita tidak diuji dengan kesakitan/keuzuran, tidak menjadi satu kerugian andainya kita sediakan bekalan.
"Buat bersungguh-sungguh, simpan banyak-banyak"
InsyaAllah ianya akan memberatkan timbangan kita.
"Buat bersungguh-sungguh, simpan banyak-banyak"
InsyaAllah ianya akan memberatkan timbangan kita.
Thursday, December 29, 2011
Boleh???
Betulkan yang salah
Galakkan yang malu
Ingatkan yang lalai
Ajar yang bodoh
Bantu yang lemah
Jalan Dan Alasan
Malam tadi
Terjenguk-jenguk, terteleng-teleng. Ada dua tiga kedai pulak area tuh. Yang mana satu? Telefonlah.... Hello, kedai tu yang mana satu? Dari rumah kita sebelum jambatan. OK terima kasih. Kita ni dah lepas jambatan. Kena u- turn. A'aa.... Tercari-cari lagi. Akhirnya tu laaa. Lega... Lepas order makanan dalam15 minit, maka tibalah yang ditunggu-tunggu. Heronya ketam, mee hanya pelakon tambahan.
Dalam hidup ini, nak seribu daya. Taknak seribu dalih. Bila kita nakkan sesuatu, kita akan berusaha untuk mendapatkannya tapi kalau kita tak nak, kita tak suka, banyak le alasan yang kita cipta. Itu ini begitu begini. Betul tak?
Apa kata kita cari jalan untuk baca al Quran setiap kali lepas solat lima waktu. Dalam sehari semalam kita mengadap fb lebih lima kali kan? Dan kita senaraikan jugak alasan untuk tidak melewat-lewatkan solat yang wajib tuh. Boleh kan?. Solat awal ke, akhir ke, sama ja rakaatnya, bacaannya. Tapi pahalanya lain. Yang awal tu banyakkk. Yang lewat dapat sikit. Nak pahala banyak ke sikit? Kalau ketam kat atas tu saya nak banyak. Awak nak banyak ke sikit.
Fikir la ya.
Sekian, t kasih.
Terjenguk-jenguk, terteleng-teleng. Ada dua tiga kedai pulak area tuh. Yang mana satu? Telefonlah.... Hello, kedai tu yang mana satu? Dari rumah kita sebelum jambatan. OK terima kasih. Kita ni dah lepas jambatan. Kena u- turn. A'aa.... Tercari-cari lagi. Akhirnya tu laaa. Lega... Lepas order makanan dalam15 minit, maka tibalah yang ditunggu-tunggu. Heronya ketam, mee hanya pelakon tambahan.
Tadaaaa....... Sedappp
Apa kata kita cari jalan untuk baca al Quran setiap kali lepas solat lima waktu. Dalam sehari semalam kita mengadap fb lebih lima kali kan? Dan kita senaraikan jugak alasan untuk tidak melewat-lewatkan solat yang wajib tuh. Boleh kan?. Solat awal ke, akhir ke, sama ja rakaatnya, bacaannya. Tapi pahalanya lain. Yang awal tu banyakkk. Yang lewat dapat sikit. Nak pahala banyak ke sikit? Kalau ketam kat atas tu saya nak banyak. Awak nak banyak ke sikit.
Fikir la ya.
Sekian, t kasih.
Wednesday, December 28, 2011
Nikmati Hidup (1)
Tiada siapa pun antara kita yang mengetahui bagaimana warna masa hadapan kita. Cerah,mendung,gelap semuanya diluar kemampun kita untuk mengetaui apatah lagi untuk menetapkannya. Pun begitu, usaha dan doa mesti seiring agar keindahan sang pelangi akan kekal kita nikmati.
Kebahagiaan hari ini juga bukan jaminan untuk kita bahagia selamanya. Sihat, pangkat,kekayaan dan segala kelebihan yang kita miliki belum tentu akan kita miliki selama-lamanya. Jadi,selagi ianya masih menjadi milik kita, marilah kita nikmatinya. Jangan berkira untuk diri sendiri dan orang lain. Mudah-mudahan segala yang kita belanjakan itu akan diberikan ganjaran pahala oleh Yang Maha Esa.
Apa yang diharapkan semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang yang menyesal kerana gagal menikmati hidup ini, gagal membahagiakan anak isteri dan gagal menyimpan untuk diri sendiri ketika segala nikmat dan kelebihan yang kita miliki telah tiada lagi.
Perlu difahami, menyimpan untuk diri sendiri bukan bererti menyimpan di bank tetapi dengan membuat kebajikan dan bersedekah dengan ikhlas .InsyaAllah simpanan tersebut akan menjadi bekalan berguna untuk kehidupan kita di akhirat kelak..
Apalagi? Nikmati hidup...belanja sebaik-baiknya utk kehidupan di sini dan untuk kehidupan di sana.
" cer rajin-rajin massuk pitih dale tabung mesjed ghetek"
Terima kasih.

Sunday, December 25, 2011
2 Hari 1 Malam
Berendam....berendam.....berendam.
Ada orang senyum sebab takde acara beli belah.
Saturday, December 24, 2011
Bila Kita Suka
Musim-musim cuti begini, kalau makcik bangun jam lima pagi mesti ada projek menarik yg akan dibuat. Kalau tak, pukul 6 lebih baru terkebil-kebil cari bilik air. Macam pagi ni, pukul 5 lebih dah bangun iron baju, lipat kain baju dan masukkan dalam beg dengan segar bugarnya tanpa rasa mengantuk. Cuti-cuti Malaysia punya pasal, seronoknya macam nak ke London.
OK lah. N3 dah lebih 3 baris. Cukup le tu.
Nak bersiap......yeayy cuti-cuti Malaysia
OK lah. N3 dah lebih 3 baris. Cukup le tu.
Nak bersiap......yeayy cuti-cuti Malaysia
Friday, December 23, 2011
Adat le kan......
Sekali bah sekali pantai berubah. Zaman dulu tak sama dengan zaman sekarang. Dulu-dulu pergi sekolah bawak 50 sen dah mewah beli makanan. Sepuluh sen beli nasi, sepuluh sen beli air,. Gulu-gula dah boleh beli dgn duit 5 sen. Sekarang ni cuba bagi kat Ipin 50 sen. Apa yg boleh dibeli. Usahkan nasi, air sirap pun tak lepas rasanya.
Dalam masyarakat, organisasi mahupun negara, ketua yg bertukar ganti pun kadang-kadang tak sama gaya dan cara walaupun hasrat dan harapannya mungkin serupa. Ada yg lebihkan itu, kurangkan yg ini. Lebih yg ini, kurangkan yang itu. Tapi perlu diingat, ramai manusia memang tidak suka dipaksa. tapi kalau kena gaya dan cara, usahkan kerja berpanas melebihi masa, berhabis wang ringgit pun tidak dikira.
Selagi bernama manusia, sesiapa pun tetap perlu kpd rakyat biasa walaupun berpangkat, berdarjat, berharta tak habis kira. Jadi tutur kata, tingkah laku usah mengikut sesedap rasa. Manusia kecil di sekeliling kita mesti diambil kira. Apatah lagi si tua lama walaupun pada kita tiada siapa-siapa, takde apa-apa.
Akhirnya, kalau awak suka, saya pun suka. Kalau awak berkira, saya pun sama.

Saturday, December 17, 2011
Winter di Beijing
12.12.2011 - Jam 8.30 pagi bertolak dari KL ke Tianjin. Kelakar pun ada sebab langsung tak kenal ahli rombongan. Dalam balai berlepas baru tercari-cari mana le ahli rombongan kita. Perjlnn KL - Tianjin mengambil masa lebih kurang 6 jam dan kami sampai lebih kurang pukul 3 ptg. Di Binhai airport barulah kami jumpa semua ahli rombongan. 14 dewasa, 2 org kanak-kanak. Selepas solat kami terus bertolak ke beijing yang mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sebaik keluar dari bangunan airport, sejuknya... Pukul 6 lebih, kami sampai di Beijing yg mempunyai penduduk 18 juta itu. fuhhh besar gila Beijing...... Lepas mkn dan check in hotel, terus tidur. Letih yang amat sebab mlm sebelumnya hanya tidur-tidur ayam di kerusi McD, LCCT.
13.12.2011 - Breakfast seawal jam 7 pagi. Hehehe ada ubi keladi rebus, keledek rebus dan labu rebus selain nasi goreng, roti, salad dan lain-lain yg biasa kita jumpa di hotel-hotel di Malaysia. Lepas breakfast terus menaiki bas menuju ke dataran Tiananmen dan forbidden city. Berjln dan ambil gambar dlm cuaca sejuk yang melampau. Seterusnya mkn tengahari dan ke silk store dan herbal medicine center. Rasa macam lawatan sambil belajar zaman sekolah dulu. Petangnya kami solat di masjid Nan Dau Ya, sebuah masjid yg dibina semasa dinasti Ming. Sebelum jam 5.30 ptg kami dah terpacak untuk menonton pertunjukan acrobatic. Di depan ahli rombongan Cik Kiah, kiri ahli rombongan Cik Timah, kanan Cik Leman. Ehh....penontonnya macam semua orang Malaysia. je. Acara terakhir hari ini adalah mkn mlm dan blk hotel, tidur. Solat dulu lah...
14.12.2011 - 6.30 breakfast dan 7.00 pagi bertolak ke jade n crystal shop. Makcik tak berminat pun dgn jade & kristal ni. Ye ke??? Selepas mkn tengahari dan solat, kami telah dibawa ke great wall. Sempat menaiki beberapa puluh ana k tangga. Sejuk, gayat, tak larat (ada org sakit lutut ke) menjadi alasan untuk kami makcik-makcik, pakcik-pakcik turun menikmati jagung rebus di bawah. Jam 3 ptg kami dibawa ke Summer palace. Sungai tlh membeku. Sejukkk sampai ke tulang. Disini ramai penjual jalanan yg mengganggu pelancong dgn pujukan/paksaan supaya membeli brg jualan mereka. Sgt gigih dan mengekor ke mana kita pergi selagi kita tak beli brg mereka. Perlu berhati-hati cik Kiah, sebab ramai antara mereka ni suka menipu pelancong dgn memberi baki wang palsu. Makcik pun terkena. Benciii....Dah la mengekor ke mana kita pergi. Pastu tipu pulak. ( kalau rajin, makcik akan cerita di lain n3) Lain kali kalau diorang bagi duit baki, jgn terus simpan. Check dulu satu persatu Cik kiah ya. Hehehe Dari Summer Palace kami berjln kaki ke fresh water pearl center. Selepas tu mkn mlm dan blk hotel.
15.12.2011 - Selepas mkn pagi terus ke Olympic stadium (stadium sarang burung). Bergambar-gambaran dlm kesejukan. Hehehe rasa nak bungkus sampai nampak mata je.. Selepas tu ke kedai permata milik orang Malaysia katanya. Kemudian ke Bazar pakaian, mkn tengahari dan solat di masjid Niu Jie. Seterusnya ke kedai lagi. Membeli belah di Beijing perlu pandai tawar menawar kerana harga beribu-ribu boleh dibeli /diturunkan menjadi puluhan yuan shj.Tapi membeli belah di sini tidak sesenang seperti di Malaysia. Kalau kita dah sentuh/belek, diorang akan paksa kita beli. Kalau tak, siap le kita kena marah. Bab ni memang tak besttt.... sangat-sangat tak suka.
16.12.2011 - Lepas makan pagi, kemas kain baju dan jam 10 pagi menaiki bas bertolak ke Tianjin. Jam 3.50 ptg menaiki pesawat pulang ke Kuala Lumpur. Bye..bye Beijing. Jom layan beberapa keping gambar sepanjang 5 hari 4 mlm di sana.

Bersama ahli rombongan sebelum bertolak pulang ke Malaysia.
Terima kasih semua. Anda semua sangat cool...
Terima kasih semua. Anda semua sangat cool...
Ain: Taksir gi dah Beijing. Sejukkk.... Baik dok Malaysia, cuaca suam-suam jah....
Monday, December 12, 2011
Lepak Sampai Pagi
Makan, minum
Sembang hingga habis modal
Nak baring tak dapat
Tengok orang macam-macam gaya
Mengantuk tersengguk-sengguk
Ehh kejap, kejap.....
Depan makcik ni kan
Ada sorang perempuan
Pakai seluar belang-belang lepas sikit dari punggung
Baju lusuh, leher besar nampak tuuuut
Rambut bertoncang di tengah
Kalau macam ni lah kat kg makcik, mesti orang cakap sudah.......
Opsss..... maaf

Wednesday, December 7, 2011
Para Gadis Dan Para Teruna Juga...Usah Mudah Percaya
Jika orang yang anda tak kenal atau tak biasa datang kerumah, tiba-tiba muncul depan pintu rumah anda. Rasa-rasanya boleh percaya ke kata-kata mereka. Kadang-kadang mereka cakap nak minta mempelam, jambu, betik macam-macam lagi lah yang tengah lebat depan/belakang rumah anda. Anda percaya?. Ada jugak yang bawak kain, nak jahit baju le konon-kononnya. Ada yang cakap, eh...kata ayah nak jual kambing, mana kambingnnya, makcik/pakcik nak tengok. Lama dah makcik/pakcik dok cari nak beli kambing. Ada juga kejadian, orang yang kita kenal, datang dengan saudara dia yang kita tak kenal. Diorang mungkin cakap, makcik minta tolong sedara makcik ni mari hantar, makcik tak reti bawa motor/kereta. (Padahal boleh je naik teksi/naik bas). Jadi, hati-hati bila kejadian begitu berlaku. Yang pura-pura tersilap rumah pun ada. Ni rumah Cik Temah kan. Dia ada di rumah ke? Padahal takde langsung orang yang nama Cik Temah tinggal brhampiran rumah anda. Kalau ada sekalipun Cik Temah dekat rumah anda, boleh anda percaya dia betul-betul mencari rumah Cik Temah? Macam-macam helah diorang. Konon-konon nak tempah kuih pun ada. Siap nak tumpang bilik air pun ada. Kalau terjadi kejadian-kajadian begitu kepada anda, jangan terus percaya sebab mungkin diorang nak
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
cari menantu
Jadi, Jangan le buka pintu/tingkap
"nak jambu/.mempelam, ambik le sendiri"
" Kitorang tak jual jambu/mempelam. Kalau teringin, pergi le beli kat kedai"
" Kitorang tak jual jambu/mempelam. Kalau teringin, pergi le beli kat kedai"
"Takdak sapa reti jahit baju rumah ni. Kita pun tempah kat kedai"
"Bila masa pulak ayah bela kambing, silap orang le."bumm hempas tingkap.
"Ni bukan rumah Cik Temahlah" Kedebum tutup pintu.
Sebenarnya, itu cara orang dulu-dulu cari menantu.
Tapi ada jugak orang sekarang guna cara begitu.
Walau apa pun,
akhlak mulia amalan kita.
Sebenarnya, itu cara orang dulu-dulu cari menantu.
Tapi ada jugak orang sekarang guna cara begitu.
Walau apa pun,
akhlak mulia amalan kita.
Sekian, Wassalam.
Tuesday, December 6, 2011
Mencari Biru Muda
Suka sebab tahun depan Ain tak perlu lagi pakai uniform sekolah warna putih.
Bukan tak suka warna putih tapi bila melibatkan pakaian warna putih amat siksa untuk menjaga keputihannya. Macam tahun lepas, awal tahun dah beli beberapa pasang uniform sekolah. Bila sampai setengah tahun, semua yang putih melepak tu dah jadi kelabu kelat (masa tu belum pasang penapis air lagi). Jadi, sebagai ibu yang prihatin (muntah dlm bilik air ye...perasan gila makcik nih) makcik berusaha untuk menyelamatkan keputihan baju-baju tersebut dengan macam-macam pemutih yang ada dalam pasaran. Tapi satu pun berkesan. Makcik jugak ada letak air limau kasturi pada baju-baju tersebut tapi keputihannya tetap tidak terserlah. Baju-baju tu tetap suram macam dah pakai sepuluh tahun. Nasib baik makcik tak lumur garam, gula atau pun rendam dalam cat putih. Melampau makcik nih. Last sekali makcik terpaksa beli baju baru. Selesai masalah. Tapikan, nama pun budak. Bila pakai baju putih bukan pandai nak jaga. Ada je benda tercalit sana, tercalit sini yang menyebabkan kita kena sental bagai nak rak. Apapun alhamdulillah hingga akhir tahun lepas, baju-baju yang dibeli pertengahan tahun tu masih lagi putih sebab air dah cantik.Memang berbaloi guna penapis air tu.
Tahun depan Ain pakai baju biru. Mengikut surat yang cikgu bagi, dia dipilih jadi pengawas bestari. Baju biru muda, kain biru tua, kasut hitam, tudung biru muda. Masa makcik sekolah dulu hanya ada pengawas sekolah dengan pengawas pusat sumber je. Sekolah makcik sekarang ni pun takde pengawas bestari.
Ain, pengawas bestari tu sama dgn pengawas pusat sumber ke?
Tak. pengawas p. sumber sek ain pakai baju purple.
Jadi kelmarin kami tiga beranak mulakan misi mencari baju biru. Susah jugak nak cari sebab tak tahu tahap kebiruan yang dimaksudkan. Ain cakap sebelum ni takde lagi pengawas bestari. Entah ye entah tidak. Dia ada juga bersms dgn kawan-kawan sekolahnya dan diberitahu baju tu ada di kedai sekian-sekian. Bila makcik pergi, memang ada baju warna biru tapi tak tergamak nak beli. Macam jahit sambil tutup mata. Last sekali makcik beli baju biru yang ada di kedai canggih. Cantik tapi beli sehelai je. Tudung pulak takde di kedai tu. Makcik teruskan misi mencari tudung di Bazar Tok Guru. Pusing sana pusing sini tapi tak jumpa. Masa nak turun dari bazar tu, nampak beberpa helai tudung sekolah bergantung.
Mokcik, tudung sekolah warna biru ada ke?
Takdak mek wei. aaaaa gini, gini...mek masuk lorong kanan deppan tuh. pahtu sebelum tangga, kona kanan. Sittu banyak jual baju sekolah, tudung biru pun ada..
Tak jadi turun, saya mengikut arahan makcik tu. Alhamdulillah memang banyak uniform sekolah. Dan makcik beli sehelai tudung yang sama warna dengan baju. Dah cakap dengan Ain, kalau cikgu cakap OK, baru kita pergi beli lagi. Kain? Takyah beli dulu sebab kain biasa tu pun dah warna biru tua. Jadi pakai yang tu dulu. Kalau cikgu kata OK warna tu, baru kita pergi beli. Kasut dan stokin no problem, boleh dibeli kat mana-mana je. Alhamdulillah beres.

Sunday, December 4, 2011
Kalaulah Mimpi Jadi Nyata
Malam tadi makcik mimpi jumpa Sami Yusuf main salji. Hehehe. Sampai menggigil-gigil sejuk.
OK nak keluar kejap. Ambik Ain dari kelas tuisyen.
Assalamualaikum.
OK nak keluar kejap. Ambik Ain dari kelas tuisyen.
Assalamualaikum.
Saturday, December 3, 2011
Bila Tinggal Berdua
Malam tadi walaupun tidur di katil king size tapi macam tidur di katil bujang. Kejap-kejap makcik sound : tepi le sikit. Tak lama lepas tu : tepiiii le sikit. Pagi tadi masa makcik keluar dari bilik air, teman sekatil malam tadi dah bangun, dah tercongok depan TV. Aik awalnya bangun. Lepas dua-dua solat subuh: Ummi, nak makan apa pagi ni? Lapar. Ehh....celik mata terus nak makan. Kejap le, awal lagi ni.
Aktiviti pagi berjalan dengan sorang satu laptop. Saya dalam bilik dan si kecik tu depan TV. Tengok kartun sambil bergame itu bergame ini dan sekali sekala bunyi macam lagu yuna. Lebih kurang pukul 7 makcik turun bawah. Buka periuk, ada nasi sikit. Nak goreng sikit sangat. Buka kabinet, ada sikit bihun. Jadi pagi tadi makcik kawinkan nasi dengan bihun. Makcik gorengkan kedua-duanya. Pastu goreng keropok dan bancuh tea O. Yang sikit dah jadi banyak. Boleh ngulang dua tiga kali. Hehehe Dah kenyang, masing-masing ambik tempat masing-masing dengan dua-dua belum mandi.
Ain, tengahari nanti kita makan bihun kawin ni lagi ye. Opsss.... tengahari ni ada kenduri. Olalaa.......
Thursday, December 1, 2011
Annano Muricata Dan Dokong
annano muricata / durian belanda.
Dulu pokok durian belanda ni memang banyak di sekitar rumah makcik.
Masa tu buah ni takde harga. Murah yang amat.
Sekarang ni, sekitar rumah makcik dah takde langsung pokok ni.
Dan harganya sekarang punyalah mahal.
Pokok dokong pulak, dulu tak banyak sekitar kampung makcik.
Harganya masa tu sangat le mahal.
Jadi ramailah orang kampung tanam pokok dokong.
Sekarang, kebanyakan rumah ada pokok dokong.Alhamdulillah menjadi, subur, lebat buahnya.
Tapi harganya sekarang murah le pulak.
Dulu durian belanda tak sedap. Sekarang sedappp
Dulu dokong sedappp. Sekarang tak sedap.
Alhamdulillah
Talian telefon dah pulih.
Jadi dah boleh online seperti sediakala.
Yeayyy...... seronoknya
Jadi dah boleh online seperti sediakala.
Yeayyy...... seronoknya
Tuesday, November 29, 2011
eh.... saya menangis tengok ustazah pilihan
1.Bila kita sakit, syukur kerana kita baru sakit sedangkan ramai orang lain telah terlantar sakit bertahun-tahun.
2.Kita merawat/berubat tapi penyembuhnya adalah Allah.
-- Ustazah Pilihan
2.Kita merawat/berubat tapi penyembuhnya adalah Allah.
-- Ustazah Pilihan
pilih yang gila
Tips mencari pasangan hidup. Opss..... bukan mencari tapi memilih. Sebenarnya tipsnya byk tapi sebab streamyx belum pulih, saya nak sebut satu je kat sini. Siapa yg tengah berkira2 mendarab, menolak, menambah dlm memilih pasangan hidup, sila ambil perhatian. Pilihlah orang yang suka atau tergila-gilakan kita. Ihh.......rasa nak gelak le pulak. Betul, jangan pilih orang yang kita je yang tergila-gilakannya. Dia tak suka dan tak gilakan kita. Faham ke? Alaaa....... pilih yg gilakan kita. jgn pilih yang kita je gilakan dia. Sama jugak ayatnya. hehehe. Rasionalnya? Lu fikir le sendiri.
Walau apapun, agama tetap no satu!!!
Walau apapun, agama tetap no satu!!!
Monday, November 28, 2011
belajar tinggi tidak semestinya cerdik, sekolah atap tidak bererti bodoh
Dua kepala lebih baik dari satu kepala. Banyak kepala lebih baik dari dua kepala. Sebab tu Islam menganjurkan kita supaya bermesyuarat. Mak Temah, En Aizat, jangan ikut kepala kita seorang je walaupun kita rasa kepala kita yg paling bagus dan berkualiti. Dalam keluarga perlu bermesyurat, dalam organisasi pun perlu bermesyuarat. Barulah keputusan yang dicapai memuaskan hati semua dan InsyaAllah mudah-mudahan ianya menjadi keputusan yang terbaik untuk semua.
Sunday, November 27, 2011
sampai bila kita nak biarkan begini
Sudah hampir seminggu kabel telefon di kg makcik kena curi. entah kali yang keberapa makcik dah tak ingat. Apa nak jadi dgn negaraku ini. Kegiatan mencuri dah jadi semacam satu kerjaya. Semua benda dari periuk belanga, kain baju, pisang, kelapa di pokok harta manusia pun sanggup dicuri
Dan amat malang kawasan kg sekalipun sudah tidak selamat untuk kanak-kanak bermain seperti zaman makcik kecil-kecil dulu. Malah kaum hawa juga akan berfikir 15x sebelum membiarkan pintu rumah terbuka ketika kaum adam tiada di rumah. Kalau dulu makcik dengar orang di bandar je yang hidup terkurung macam penjara begitu. sekarang ni, makcik di kg ni pun hidup berkunci bermangga hampir 24 jam. Kesian kita.
Siapa yang bersalah dlm hal ini? Menuding jari sana sini pun tidak menyelasauikan masalah.. Yang pasti inilah akibatnya bila ahli rumah dan ahli masyarakat ridak menjadikan al quran dan hadis sebagai panduan hidup. Ibubapa hanya memikirkan bagaimana untuk memastikan anak- anak cukup makan minum dan pakai tanpa mengambil kisah tuntutan agama terhadap seluruh ahli keluarga (bukan semua). Percayalah akan sampai masanya nanti anak anak akan malu untuk melakukan kebaikan dan tidak segan silu untuk melakukan kejahatan.bercakap banyak pun tak guna. sepatutnya kita sama2 mencari jalan penyelesaian agar kegatan yang menyesakkan dada ini dapat dibendung.
Berbalik kpd kegiatan mencuri kabel telefon, begitu ggih mereka mengait dan memotong bukan sahaja yg terpasang di tiang tetapi juga yang tertanam di dalam bumi. gigih kan? Kalaulah kegigihan itu untuk mencari rezeki yang halal. alangkah baiknya. Sekali lagi, cakap banyak pun tak berguna. Makcik berhenti di sini dulu. Akhirnya,
Sayangilah seluruh ahli keluarga kita dan selamatkan mereka dari api neraka.

Friday, November 25, 2011
Tuesday, November 22, 2011
Cuti, Hujan, Tidur, Makan
Cuti... hujan... tidur.... makan.... bertambah-tambah gemuk le makcik nih.
Friday, November 18, 2011
Satu Sama
Hari ni cuti sekolah dah bermula. Dan hari ni jugak rumah kuning terima tetamu dari Temasik dan pulau mutiara. Tak nak cerita pasal tu. Yang makcik nak cerita adalah pasal benda berwarna oren kat bawah. Dua minggu lepas, species ini telah beradu kekuatan dgn hero kat rumah kuning hingga menitik-nitik darah di jari dan terpaksa berjumpa doktor dek kesakitan yang bukan sedikit. Hari ni, makcik terlebih rajin sikit. Nak masak le utk tetamu yang baru sampai. Sebelum menyentuh makhluk yang masih bergerak-gerak tu, makcik dah ambik langkah keselamatan. Makcik matikannya terlebih dahulu. Selepas dah berpuashati, barulah makcik pegang untuk menyiang dan membersihkannya. Tiba-tiba..... uwaaa .... dia gigit/sepit jari makcik dengan gagah perkasanya. Ingatkan dah mati. Apalagi, makcik menjerit memanggil hero yang tewas dua minggu lepas. Mesti tetamu makcik cakap, apa le bini dia ni menjerit macam guruh terkejut kerana tidak menyangka makcik yang lemah lembut ini boleh menjerit sedemikian rupa. Sakit wei. Kalau panggil ghupe berbisik, sapa nak dengar. Lama lagi le dia menyepit jariku ini.
Tapi
makcik takde le sampai gi klinik. Hehehe berlagak lagi nih. Padahal baru kena
sepit dengan ketam yang dah koma. (koma koma pun, bengkak jugak jari
makcik) Kalau kena dengan ketam yang masih segar bugar macam orang tu 2 minggu
lepas, rasanya menjejes air mata makcik sehari semalam.
mentang-mentang le sepit kau ni tajam, asyik nak menyepit je ya.
Tuesday, November 15, 2011
Pastikan Anda Buat Yang Terbaik
Hanya doa mengiringi anda.....
Monday, November 14, 2011
Terbayang-bayang
Friday, November 11, 2011
Bajet Waktu Untuk Bermalas-malasan
Menurut pakar motivasi,(pernah baca tapi tak ingat siapa) kita boleh bermalas-malasan tetapi pada masa dan dalam tempoh tertentu yang kita boleh kawal. Maksudnya selepas kita penat bekerja, kita boleh ambil masa untuk tak buat apa-apa atau hanya buat benda-benda kita suka.. Alahai seronoknya. Dalam tempoh bermalas-malasan itu, kita boleh berbaring dua tiga jam depan TV, tidur siang dua tiga kali sehari, belek majalah patlima buah dan yang bestnya kita tak perlu fikir pasal kerja.Tapi jangan sampai perasaan malas yang mengawal diri kita.Kalau "semedang" je malas, tak berasap le dapur Cik Siti wei. Hehehe. Apa yang diharapkan selepas tamat tempoh bermalas-malasan itu kita akan lebih bertenaga dan bersemangat untuk bekerja.Inilah yang dikatakan malas cara bijak.
Bermalas-malasan sama ke dgn berehat?
Bermalas-malasan sama ke dgn berehat?
Sayangi Diri
Thursday, November 10, 2011
Tuesday, November 8, 2011
2012 Kian Hampir
Raya ketiga. Kita masih boleh berkorban hingga esok.
Hari ni SMK Panji dah buka macam biasa,
Esok kedua-dua dewan akan dibuka dan disusun.
Khamis pengawas periksa akan melawat pusat.
Majlis Izin Ilmu pelajar SPM juga pada hari yang sama.
Khamis juga ada majlis Sambutan Hariraya.
Dan Khamis ini juga ada majlis menyambut pengetua baru.
Ahad cuti keputeraan Sultan Muhammad keV.
Dan Isnin 14.11.2011 bermulalah periksa SPM yang ditunggu-tunggu.
17.11.2011 hari terakhir persekolahan 2011.
14.12.2011 hari terakhir SPM.
Cepatnya masa berlalu.
Kita semakin tua dan semakin dekat dengan MATI.

Monday, November 7, 2011
Raya Kedua
Alhamdulillah kelmarin beraya dengan cuaca yang amat baik. Kanak-kanak bebas berlarian dgn baju baru dan orang dewasa tidak perlu berbasah melapah lembu. Seekor lembu berjaya dikorban. Semoga diterima Allah hendaknya. Kali ni, takde lembu menjadi model di blog ni. Malas nak ambik pic lembu bertuah.
Kelmarin, lepas sembelih, bagi bagi daging, masak, makan. Semua tu berlangsung di rumah biasa, bukan di rumah kuning. Lepas zuhur pergi rumah MIL, petang balik dan malam tidur. Hari ni macam sunyi je. Tak nampak pun budak-budak pakai baju raya. Orang tua lagi le. Ihhh... rasa macam beraya di k.lumpur le pulak.

Saturday, November 5, 2011
Friday, November 4, 2011
Jom Kita Bergembira
Hari ni hari memasak sedunia. Merapu lagi lah makcik ni. Tergoda dengan Sami Yusof rancangan Master Chef Malaysia le gamaknya. Bagus jugak kan. Rajin le makcik masak dua tiga hari ni. Atie, sila muntah dalam bilik air. Ada orang perasan.... Hehehe Sebenarnya terjeles dengan orang tu yang dah banyak kali tunjuk kehandalan dia masak hingga semua orang menjilat jari.
Jadi hari ni pagi pagi lagi makcik ke pasar seolah-olah makcik yang nak berjualan di sana. Masalah betul le bila sekali sekala pergi "kedai nad" ni. Macam-macam makcik berkenan ala-ala orang mengidam. Semua nampak segar dan mula terbayang nak masak itu, nak masak ini. Haru betul.... Ayam kg nampak sedap, puyuh, ketam, udang, ikan sungai yang masih berkelip-kelip yg sekor pun saya tak kenal nama, sayur kg dan ulaman segar yg macam-macam jenis. Semuanya nampak manis di hati makcik. Itu belum termasuk lagi buah "katak puru" (nam nam), rambai, durian belanda, duku "tahi ayam". ihhh... semuanya teringin. Nasib baikpergi dengan en suami, boleh dia tolong berkiri kanan membawa barang masih boleh bersabar dan tidak diborong semua yang disebut itu. Sempat le jugak mengingat pesanan ustaz semasa sekali sekala mendengar ceramah agama. "Ada pun orang yang membazir itu saudara syaitan". Kalau beli semua tu, confirm akan membazir sebab yang nak makan di rumah hanya tiga mulut je. Nasib baik teringat. Hehehe
Jadi hari ni pagi pagi lagi makcik ke pasar seolah-olah makcik yang nak berjualan di sana. Masalah betul le bila sekali sekala pergi "kedai nad" ni. Macam-macam makcik berkenan ala-ala orang mengidam. Semua nampak segar dan mula terbayang nak masak itu, nak masak ini. Haru betul.... Ayam kg nampak sedap, puyuh, ketam, udang, ikan sungai yang masih berkelip-kelip yg sekor pun saya tak kenal nama, sayur kg dan ulaman segar yg macam-macam jenis. Semuanya nampak manis di hati makcik. Itu belum termasuk lagi buah "katak puru" (nam nam), rambai, durian belanda, duku "tahi ayam". ihhh... semuanya teringin. Nasib baik
Yang ni memang tak boleh ditahan-tahan. Nak beli dan nak nak masak jugak.
Ini pun sama. Wowww kuning.
Ada kaitan ke dgn tajuk? Mesti le....
Sangat gumbira ala-ala shopping kasut & hbag di Sogo rasanya pagi tadi.
Wednesday, November 2, 2011
Ku Tak Tahan Dengan Godaannya
Petang tadi saya terima satu bungkusan dari ibu anggun kepada tiga orang anak. Kak jie, terima kasih banyak-banyak. Comel macaron tu....tak sabar nak makan. Sebelum simpan di dalam peti sejuk seperti yang disarankan, kami dah ngap sorang satu. Hehehe. Sebenarnya saya dah ikuti blog HIDUP BIAR SEDAP sejak 2007 kalau tak silap. Masa tu kak jie masih guna blogspot. Macam-macam saya belajar dan ambik dari blognya. Patutnya saya yang bagi hadiah kepadanya selaku cikgu saya. Tapi dah jadi terbalik. Cikgu yang belanja sakan kepada anak murid. Sekali lagi kak jie, terima kasih banyak-banyak. Semoga dimurahkan lagi rezeki dan sentiasa di dalam keberkatan dan keredhaan Allah swt.
Ini dia macaron comel yang membuatkan kami sekeluarga tak tahan dgn godaannya.
Tuesday, November 1, 2011
Macam Nak Lepas Perasaan
nak tulis/cakap macam-macam.
tapi .....
huhhh pening!!!
semua orang ada alami situasi tak seronok begini. awak pun cik bedah kan? sebagai insan yg lemah, berdoa je lah semoga dicampakkan ketenangan ke dlm jiwa kita. Tak perlu memburukkan lagi keadaan dgn kata-kata atau perbuatan yang boleh mengurangkan markah kita di sisi tuhan.
makcik dok di husm ni.
macam biasa ada temu janji.
Thursday, October 27, 2011
Say No To
KeTaT
JaRaNg
SiNgKaT
Dah pakai macam tu, tutup-tutup muka, nyorok belakang tiang pulak. Why? Malu rupanya. Yang ada di kiri kanan tu, tak malu? Ishhhh.... Yang langsung tak malu pun ada jugak.
Sekian sahaja tazkirah lepas Zuhur hari ini. Wassalam.
JaRaNg
SiNgKaT
Boleh??? Boleh atau tidak, mesti boleh. Wajib boleh. Tolong kesiankan diri sendiri. Susah di dunia, InsyaAllah ada yang simpati, ada yang menolong. Tapi siksa di akhirat, sapa nak tolong? Siapa boleh tolong? Silap-silap haribulan ngan mak bapak suami sekali masuk neraka kerana dosa kita. Kesian kan.... Padahal ketat, jarang dan singkat tu tak menyumbang pun kepada kecantikan atau keayuan kita kalaulah kita pakai semua tu untuk tujuan tersebut.
Dah pakai macam tu, tutup-tutup muka, nyorok belakang tiang pulak. Why? Malu rupanya. Yang ada di kiri kanan tu, tak malu? Ishhhh.... Yang langsung tak malu pun ada jugak.
Sekian sahaja tazkirah lepas Zuhur hari ini. Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)