Tuesday, February 12, 2013

Lotus Desaru Beach Resort


Alhamdulillah makcik  sekeluarga dah selamat sampai rumah selepas empat hari meninggalkan bumi Cik Siti Wan Kembang dan menempuh perjalanan lebih 1700 km.  Gigih nak berjalan, sampai sanggup keluar rumah jam 3.30 pagi. Singgah solat Subuh di Bukit Besi dan sampai di Lotus Desaru pada awal petang. Sempatlah berendam, bergelongsor  sejam dua pada petang tu. Luas gila kawasan resort ni. Biliknya pun luas dan amat selesa. Kira berbaloilah kami datang jauh-jauh. Mula-mula sampai, orang tak ramai sangat tapi esoknya punyalah ramai orang sampai tempat parking yg seluas-luasnya tu boleh penuh.  Rasanya separuh  pengunjung dari Singapore.






Hari kedua, kami ke Kota Singa dari pagi hingga mlm. Dan hari ketiga, selepas bagi peluang kpd ain untuk berendam dlm sejam lebih, kami check out dan bertolak pula ke KL.
Dua mlm  di Sunway Putra. Lepas breakfast pagi tadi kami bertolak balik dengan hujan hampir sepanjang perjalanan. Terima kasih banyak-banyak kpd Abang Man yang sekali lagi belanja nasi arab.

Makcik kecik tunjuk skill menyelam.





Monday, February 11, 2013

Antara Keperluan Dan Keinginan

Dulu ok
Sekarang dah tak ok
Nak update blog memang masalah
fB je  beres
Rasa macam nak cari yg baru
Tapi perlu ke?

Monday, February 4, 2013

Bantu Bila Mampu

Kita tidak akan menjadi miskin atau susah, hanya kerana kita berkongsi sedikit daripada kekayaan atau harta kita dengan orang lain. Malah, InsyaAllah akan digandakan lagi oleh Allah swt dengan cara yang tidak terjangkau dek fikiran kita.  Jadi, banyakkan bersedekah dan berbelanja untuk meringan dan membahagiakan orang-orang di sekeliling kita terutamanya  yang susah, yang payah dan yang miskin dek kurangnya harta.

Cuba perhati
Jering yang tidak gugur
Lama kelamaan  akan  kering
Dan  rosak jugak akhirnya.

Jom Makan

Bila makcik dilanda kemalasan, maka biasanya inilah menu yang akan dimasak. Nasi ayam. Tak perlu fikir panjang, memadai bila ada ayam dan sedikit ulam.  Bila rajin, makcik akan masak kerutuk daging, kari ayam kampung, kerabu betik, siakap tiga rasa, telur bungkus  satu dua lauk. Dan bila terlebih rajin, kita akan makan di luar saja. Hehehe 

Nasi Pun Kuning

Syukur

Semasa bergotong royong di kawasan perumahan di Padang Tembak  semalam, betapa perasaan syukur menguasai diri kerana makcik sekeluarga dikurniakan nikmat tempat tinggal yang walaupun kecil tetapi mempunyai tingkap di kiri kanan dan depan belakang rumah. Juga  mempunyai halaman  yang walaupun tidak luas tetapi cukup untuk seorang dua kanak-kanak berkejar-kejaran  tanpa risau dengan kenderaan yang bertali arus di hadapan  rumah.

Alhamdulillah, syukur. sangat-sangat

Sunday, February 3, 2013

Orang Kita

Lokasi : Pulau Tioman

Ambil tisu, lap sana lap sini pastu buang di lantai.
Ambil lagi, lap lagi dan buang lagi..
Geramnya makcik tengok.
Ggrrrrrr

Pagi tadi makcik dan beberapa orang kawan sekolah terpilih untuk sertai  program "My Beautiful Malaysia Day" di padang perumahan JPN, Padang Tembak. Program bermula dengan senamrobik, ucapan perasmian dan seterusnya gotong royong membersihkan kawasan perumahan sekitar.

Monday, January 28, 2013

Mana Tuan Rumah?

Tak lama lagi cuti tahun baru cina. Bila cuti je, macam biasa, banyak kenduri kendara. Setakat ni saya dah terima  beberapa jemputan. Baguslah, sebab ada yang sanggup datang jauh-jauh semata-mata nak jemput saudara mara dan rakan taulan. Cuma satu je saya nak ingatkan (macam le diorang baca blog nih. Hehehe takpelah. Nak cakap jugak.) Dah susah-susah jemput sana jemput sini, time tetamu datang nanti, pandai-pandailah melayan. Dah tahu adab-adabnya kan. Walaupun letih, jangan le muka tetamu pun taknak pandang. Diorang datang sebab kita jemput. Jadi, manis-maniskanlah mulut wahai tuan rumah sekalian.

Maaf , sudah terkasar bahasa
Sekian

Sunday, January 27, 2013

Perasaan Itu

Alhamdulillah
Walaupun  hanya dua tiga kali bersua muka
Dan kali pertama dia bertandang ke rumah
Bersembang tidak sampai setengah jam
Tapi antara makcik dan dia terasa dekat,  mesra, suka
Dia terasa seperti adik atau  saudara terdekat
Padahal takde pun bersembang rancak, bergelak hilai
Tapi,  terbayang-bayang  teringat-ingat
 Rasa sayang, seolah-olah ada ikatan kekeluargaan

Apapun
Semoga dia juga berperasaan begini terhadap makcik dan seisi keluarga
Dan doa makcik semoga dia sentiasa berbahagia dan di dalam keberkatan Yang Maha Esa.

Saturday, January 26, 2013

Budak-budak Sekarang

Dapat sebiji laptop atau sebiji handset
Dah tak ingat dunia
Benda tu lah yang dihadap
Tahulah awak tengah cuti
Lelaki perempuan pun sama
Selagi mata celik, ituuuu je yang dihadap
Orang lain sampai tak cukup tangan kaki buat kerja
Tapi anak-anak  macam takde perasaan
 Umur dah dekat 20, tapi otak !@#$%&?
Memang makcik terbakar menengoknya
Kesian orang tua
Yang ada anak tapi berlagak tuan.
24 jam meriba tangan.

Maaf,  bukan semua.

Thursday, January 24, 2013

A -- Z Lelaki


Majlis di atas berlangsung dua malam yang lepas di rumah kuning. Sebelum beredar,  mereka akan makan-makan dan minum-minum. Dari bancuh air, menghidang  hinggalah membasuh pinggan mangkuk, semuanya  dilakukan sendiri oleh mereka lelaki-lelaki mithali itu. Tugas makcik hanya memasukkan balik pinggan mangkuk tersebut ke dalam kabinet. pada keesokannya.  Kebanyakan mereka ni juga sedia maklum dimana makcik simpan segala peralatan tersebut sampaikan stok gula yang  disimpan dlm peti sejuk pun mereka  boleh jumpa. 
En suami yang buat semua tu? No..no..no... Dia lebih rela hidang air kotak dari membancuh air. Opsss......

Tuesday, January 22, 2013

Sorang Lagi

Kawan  : Tengah cari benda lain, tiba-tiba juppo blog awak. Rumah Kuning.
Saya : ????   hehehe

Makan-makan, Hati Senang


Sedap tak? bedoahnya makcik nih. Pembuka kata tak sopan langsung. Hehehe.  Sebenarnya makcik nak cerita, kelmarin makcik dan kawan-kawan  buat potluck. Cendol kat atas tu salah satu makanan yang wujud kelmarin. Sedap... Sejuk je tekak. Seronok tengok orang makan. Padahal... seronok diri sendiri yang makan berpinggan-pinggan, bermangkuk-mangkuk.  Biasalah kan. Lain kali kita buat lagi ya.

Thursday, January 17, 2013

Lagi Setahun Berkurang

15 Jan yang lepas, genap umur makcik  17 tahun Hehehe  perasan muda padahal dah  berkedut  tua. Mudah-mudahan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat memanfaatkan sisa-sisa usia yang tinggal ini dengan amalan dan kerja buat yang membuahkan pahala. 

Saturday, January 12, 2013

Fogging Time

 Alkisahnya salah seorang jiran kami kena denggi. Pastu seluruh kejiranan kami kena perasap. Dah sesak nafas, kat mana nak lari? Dalam rumah dah tentu tak dibenarkan. Luar rumah juga tigapat orang sembur serentak. Dulu-dulu rasanya seorang je tukang sembur. Boleh le kita lari sana lari sini. Sekarang ni, serentak diorang menyembur kiri kanan belakang depan. Yang dok melilau-lilau pun tigapat orang jugak. Check sana check sini.  Sorang daripada kumpulan tu cakap kat makcik. Masuk je dalam kereta. Sebenarnya makcik pun terfikir jugak macam tu tapi rasa macam mengada je nak dok dalam kereta, tapi bila diorang cakap gitu, makcik dan  Ain terus masuk dlm kereta, buka aircond dan olalala. hehehe

Abaikan pagar yang sudah berkulat.

Wednesday, January 9, 2013

Jangan Mudah Percaya

Berlainan nada dah mengubah maksud. apatah lagi jika ditambah perasa penyedap bicara.  Sudah tentu berubah makna dan  berlainan juga maksudnya. Jadi, bila terima sesuatu berita, terutamanya yang luar biasa kadar sensasinya, tolong jangan terus dimasuk ke mulut dan ditelan bersama kulit dan bijinya. Teliti dahulu betul salahnya dan timbang kira logik tidaknya.

Umpatan, cacian dan fitnah memang senang diungkap dan  sedap didengar. Pun begitu, perlu diingat  ada manusia yang suka memutar belit fakta dan mereka cerita, ada manusia yang suka melaga-laga, ada juga yang panas pedih bila orang lain hidup bahagia, apatah lagi kaya raya. Jadi, cerita dikarang untuk  memecahbelah dan memporak perandakan sesiapa sahaja yang diingini mereka. 

Di sisi kita yang menerima berita dan cerita, jangan mudah percaya. Cari bukti atau lupakan saja. Berkasih sayang  dan berbaik sangka lebih banyak untung dan faedahnya daripada memendam rasa kerana cerita-cerita yang tiada bukti sahih benarnya.

Itu belum lagi dicampur dengan  silap faham dan salah sangka.

Monday, January 7, 2013

Sudah 2013

Sudah  2013. Sekolah dah buka. Dah masuk minggu kedua dah pun.
Makcik tengah panaskan engine. Kereta buruk, engine lambat panas. Tambah-tambah lagi sekarang musim hujan. Nasib baik senang hidup. Hehehe. Mudah-mudahan engine akan berjalan lancar  dan tak banyak sangat onak duri yang menghalang di jalanan  Nanti tak pasal-pasal tayar pulak yang bocor.  Makcik masih di unit periksa. Rasa sekejap je padahal dah masuk tahun kelima.  Alhamdulillah masih bersama kawan-kawan yang tidak pernah berkira.  Bekerja bersama dan ketawa pun bersama. Syukur sangat-sangat dengan anugerah kawan-kawan yang baik hati dan sentiasa menceriakan suasana



sshhh....misi masih berjalan.

Wednesday, December 26, 2012

Ketika Hujan Bulan 12

Tengahari Ahad lepas, sekali lagi kami tiga beranak bertolak ke KL. En suami ada hal sikit.  Pagi tu dia ada meeting di sekolah. Kalau tak , memang kami suka bertolak awal pagi. Memandu dlm hujan dan "jem" yang meleleh-leleh  bukanlah sesuatu yg menyeronokkan. Nasib baik keluar je dari negeri Cik Siti Wan Kembang, takde hujan walaupun cuaca tidak panas terik. Sampai Sunway Putra lebih kurang jam 9 mlm. Macam biasa suka dok situ sebab bila en suami ada urusan, saya boleh jln2 the mall  di bawah. Tak perlu naik teksi hatta melintas jln sekalipun. Dari sisi Ain pula, semestinya ada swimming pool yang best. Walaupun ada adik ipar, anak-anak saudara, sepupu sepapat, "warih warah" yang ramai di Kl tapi kami lebih suka tinggal di hotel. Bukanlah nak dok selesa sangat tapi tak nak menyusahkan mereka. Jangan ada yang berkecil hatilah ya. 

Esoknya, kami (saya dan Ain) berjimba berdua.  Mlmnya saya menghabiskan " I Love You, Stupid!" Sebelum ni rasa tak seronok, tapi bila diteruskan bacaaan,  seronok le pulak. Betul la... best novel tu. Walaupun tajuk macm tu tapi bukan cerita cinta budak remaja akak-akak yo.

Selasa, lepas breakfast dan Ain berendam sekejap, kami bertolak balik. Perjalanan lancar hinggalah sampai  area Lipis rasanya. Ada kemalangan melibatkan 3 buah kereta (yg makcik nampak).
 Cuba tengok pic di bawah.  Cerita seterusnya berdasarkan pic di bawah.

Punyalah panjang, kenderaan yang berderet dari kedua-dua hala. Accident tu depan sikit dari lori kat depan tu. Dalam berderet-deret tu, ada juga dua tiga buah kereta yang tak sabar dan memotong ikut kiri. Rasanya tak lepas jugak sebab kat depan tu ramai polis. Bomba lagi. Geram je kita tengok.... orang lain pun nak cepat jugak. Sabar la sikit. Nak terkencing kot  Hehehe  
Tiba-tiba,  sebuah 4WD selang sebuah depan kereta makcik, mencilok ke kiri. Eh, apahal tu. Nak potong kiri jugak ke? Tiba-tiba..... tiga beranak punya la terkejut. Rasa-rasanya  lelaki tu buat apa???  Selamba je Ain cakap.  Macam k.........g,  pancut je kat tayar.  Maaf lah ya. Itu kenyataan spontan anak saya yang berumur 10 tahun. 

Selepas setengah jam melangut dlm kereta dengan hujan rintik-rintik, kami meneruskan perjalanan. Seterusnya singgah solat dan makan di R&R Gua Musang.  Masa saya masuk surau tu, saya nampak seorang kanak-kanak dlm umur tiga tahun (berdasarkan saiz) sedang solat bersama dua perempuan dewasa di sebelah. Mungkin ibu dan neneknya. Kanak-kanak tu lengkap pakai telekung. Saya dan Ain solat di belakang mereka. Lepas mereka solat, perempuan dewasa tersebut, buka telekung kanak-kanak tersebut, pastu buka seluar, buka pampers yang dah super gemuk dan tukar dengan pampers baru. Uwa..... tukar pampers atas sejadah,dengan sebelah kanannya orang tengah solat, belakangnya juga orang tengah solat. Ibu-ibu, Macamana kalau air kencing tu terkena sejadah, terkena lantai. Buat kerja tu pulak depan orang yang tengah solat. Bukannya takde tempat lain yang  sesuai untuk menukar pampers. Tolonglah.....

Masuk je K. Krai, hujan dan gelap  (takde la macam mlm). Dipendekkan cereita, pukul 7 lebih kami sampai di rumah. Malam ada tetamu dan 11 lebih ZZzzzz. 





 
6 hari lagi, sekolah buka.
Harap maklum. hehehe
Sekian, Wassalam


Saturday, December 22, 2012

Sunday, December 16, 2012

Jalan-Jalan Bandung

Sebenarnya sebelum pergi Bandung hari tu, agak berdebar sebab first time ke luar dari Malaysia tanpa menggunakan travel agency. Hanya bertiga beranak pulak tuh. Kami bertolak dari LCCT pada jam 6.40 pagi 10/12/2012. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sampai je Lapangan Terbang Husein Sastranegara, Bandung, supir (Pak Dadang) dah  tunggu. Alhamdulillah. Kami terus ke Utari Hotel. Saya dah tempah hotel ni beberapa minggu sebelum datang Bandung. Hotel yang bersih dan agak selesa dengan harga Rp450.000 ( RM142.00 )  semalam. Lepas check in hotel, tanpa berlengah lagi kami terus ke Tangkuban Perahu. Kalau tak silap, kami dikenakan bayaran masuk Rp165.000.  Sekejap je kami di sini. Lepas tengok sana, tengok sini, lari sana, lari sini  (ramai panjual yang mengekori  ke mana kami pergi), ambil gambar  empat lima keping, kami meninggalkan Tangkuban Perahu. Masa tu hujan renyai-renyai.  
Seterusnya singgah makan tengahari di restoran Kampung Daun.  Makanan ok, harga pun takde lah mahal sangat. 4 orang makan ( kami 3 org  + Pak Dadang  RM80 lebih.  Tapi kuciwa sikit sbb takleh mkn gurame bakar. Ada ke patut budak yg ambik order tu cakap, dia lupa tulis.
Acara seterusnya adalah ke Cibaduyut. Sepanjang perjalanan tu, kami bertiga tidur je memanjang. Mengantuk sebab mlm sebelumnya sampai LCCT dah dekat pukul 12 mlm. Pastu tidur je di kerusi sampai pagi. Tak sampai 20 minit pun kami berada di Cibaduyut ni. Banyak barangan kulit tapi semua macam tak berkenan.  Langsung tak beli apa-apa kat situ.
Seterusnya ke Toko Tiga yang femes emos dengan jeans itu. Kat sini memang best. Makcik tak tahu le murah ke mahal tapi pakcik ni cakap murah dari kedai di Malaysia. Kedai ni siap ada tempat solat lagi walaupun agak sempit.  Dari Toko Tiga, kami ke Rumah Mode. Orang yang pakai berfesyen2 mungkin  suka ke Rumah Mode tapi orang macam makcik ni, sekadar tengok-tengok jelah. Takde yang berkenan di hati. 
Acara seterusnya adalah makan malam walaupun masa tu bukanlah malam lagi. Kami singgah makan di Restoran Sedarhana (masakan padang). Empat orang makan tak sampai pun RM50.00. Lepas makan, balik hotel, berehat.  Malam, ZZzzz dengan lenanya. Habis satu hari di Bandung.

Hari kedua. Breakfast di hotel. Pukul 9 lebih Pak Dadang  sampai dan kami terus ke Pasar Baru. Pasar Baru ni macam Pasar Siti Khadijah, cuma lagi besar dan macam-macam ada. Lain kali kalau nak datang sini, kena tuju /cari benda yang kita nak beli je. Takyah berjalan keliling pasar ni macam nak patah kaki. Hehehe kami le tu. Dalam pukul 12 lebih, kami keluar dari pasar ni lepas Ain bising sakit / lenguh kaki. Seterusnya, makan di Restoran Simpang Raya dan singgah beberapa FO. Salah satunya Donatello. Seterusnya balik hotel. Petang, rehat. Malam, keluar ke FO berdekatan hotel. Supir boleh berehat panjang sebab petang kami tak keluar dan malam kami keluar sendiri.  Lupa nak cakap, supir ni kawan yang tolong carikan. Bayarannya  Rp 1.5 juta (RM475.00) untuk 3 hari. 
Sepanjang kami berada di Bandung ni, tiap petang dan mlm  hujan  Masa kami keluar mlm tu pun, baru masuk satu FO, dah hujan selebat-lebatnya. Akhirnya, kami  meredah hujan balik ke hotel.

Hari ketiga kami ke Trans Studio. Suka le budak 10 tahun nih. Tiket masuk, tua muda semua sama. Isnin - Jumaat Rp 150,000. Sabtu, Ahad Rp 200,000. Trans Studio ni buka pukul 10 pagi ya anak-anak. Jadi, takyah datang sini awal sangat. Kami dok dalam tu hingga jam 1 lebih. Kat sini, bapaknya pulak yang sakit/lenguh kaki. Si anak cergas je ke sana ke mari, main itu main ini. Sssshhh yang mencabar tak main pun. Takuttt.... Keluar dari Trans Studio, terus ke kedai makan. Sekali lagi kami ke restoran masakan padang. Seterusnya, sebab esok dah nak balik, bermulalah misi mencari beg. Masa datang, kami bawa sebijik hand luggage je. Jadi, bila balik haruslah beg pun beranak. Seterusnya pergi ke Heritage. Kalau nak ke Bandung lain kali lah kan, Heritage ni FO yang wajib pergi. Banyak je benda yg makcik berkenan kat sini.  Satu lagi, Donatello. Wajib pergi. Hehehe.   Dari Heritage, kami singgah di Amanda. Orang cakap brownies dia sedap. Jadi, makcik beli le sikit takut kempunan.  Petang, rehat. Malam, makan je di hotel. Sebenarnya, makanan di Utari Hotel ni sangat murah berbanding dgn hotel-hotel di Malaysia.  

Hari keempat di Bandung, khidmat supir dengan bayaran Rp 1.5 juta dah takde. Kami pun dah tak berhajat nak kemana-mana.Lepas breakfast, packing barang (macam le byk sangat) Sebenarnya Rp pun dah kering. Hehehe. Dlm pukul 11 pagi, makan tengahari juga di hotel. Seterusnya bersiap untuk ke airport. Kami dah minta Pak Dadang hantar. Bayaran yang dikenakan adalah Rp 300,000 bersamaan RM 95.06. Saya ada tanya pekerja hotel, teksi dari hotel ke airport berapa? Dia cakap Rp 50,000 bersamaan RM 15,84.  Hehehe tapi sebab dah janji dgn Pak Dadang, rela je lah. Lepas solat zuhur, kami bertolak ke airport. Penerbangan kami jam 1.15 tapi  hari ketiga kami di Bandung, Air Asia hantar email memaklumkan  penerbangan AA dijadualkan semula ke apa istilahnya, maka dari 1.15 jadi 3.50 petang.  Nasib baik kami buka email. Kami sengaja pergi awal sebab kita tak tahu macamana keadaan di airport Husein Sastranegara itu. Dibuatnya macam pak arab bekerja. Haru..... Walau bagaimanapun Alhamdulillah, urusan berjalan lancar dengan pekerja-pekerjanya yang sangat baik budi bahasanya. Memang tabik spring.... Tapi kan, nasib baik kami pergi awal. Dapat le duduk di kerusi. Ruangan menunggunya, sempit sesangat sempit. Padat dan ramai yang terpaksa bersila di lantai.  Akhirnya, bye bye Bandung dan hampir pukul 7 mlm waktu Malaysia, kami sampai di LCCT. Mlm tu kami tidur di Tune Hotel. Flight kami ke KB pada pukul 6.35 pagi keesokannya.  Lain kalilah makcik cerita pengalaman pertama bersama Tune Hotel. 

Makcik ada tanya Ain, nak gi lagi tak ke Bandung. Laju je dia jawab. Nakkk tapi nak gi Trans Studio je. Sabor jelah.... 
Jom kita tengok gambar


 Tangkuban Perahu

 Trans Studio

 
                                  Di restoran Kg Daun                                   Pasar Baru


Di hadapan Donatello
 

                                                                    
Sekian tkasih.

Thursday, December 6, 2012

Codiaeum Variegatum Le Pulak

Dulu-dulu Codiaeum Variegatum  atau pokok puding ni byk orang tanam di sekeliling rumah. Tapi beberapa tahun lepas, pokok ni dah tak femes.  Makcik pun kurang berkenan sebab takde bunga. Makcik byk tanam pokok bunga kertas sebab bunganya cantik.

Dua tiga bulan lepas, beria-ia MIL bercerita tentang kebangkitan semula pokok puding.  Makcik perhati, keliling rumahnya dah ditanam berpuluh-puluh pokok tersebut. lepas tu, makcik  mula perhati halaman rumah orang di sepanjang jln.  Eh...Betul le. Banyak pokok puding dengan bermacam jenis dan berbagai warna. Cantik....

Mengingatkan  pokok bunga kertas  aka bougainvillea.makcik yang selalu je mengguris calarkan tangan dan lengan makcik, macam teringin je nak gantikan pokok-pokok tu dengan pokok puding. 
Dan dipendekkan cerita, makcik mula membuang pokok bunga kertas makcik. Operasi tersebut berakhir dua tiga hari lepas bila rumah kuning dah bebas dari semua jenis pokok bunga kertas. 
Sekarang, makcik mula tanam beberapa batang pokok puding.
Pasu kosong byk lagi. Hehehe sikit-sikit lama-lama jadi byk. 

 Daun merah belum ada.



Tuesday, December 4, 2012

Rupa Tiada, Rasa Ada

Mula-mula makcik nak tanya (ada orang nak jawab  ke pun) Hehehe takpelah. Kalaulah ada orang tersesat ke blog ni la kan. Dah tersesat tu, cuba tengok pic di bawah.  Rupa  karipap ke cekodok?
 Apa? Durian crepe?  Sukanya.... 
Sebenarnya makcik cuba buat durian crepe yang tengah glemer seantero alam sekarang ni. Ada rupa durian crepe ke pun?  Makcik google je resepi dan petang tadi terhasillah durian crepe yang gemuk-gemuk itu. Tak kisahlah ya, gemuk pun gemuklah.  Yang  penting Ain cakap sedaaap.

Biarpun tak kiut miut 
tapi makan sebiji terus kenyang.




Friday, November 30, 2012

Mood Nina MasterChef?

Mood Nina la sangat. Setakat masak daging kicap, ikan bakar dgn air asam, takyah ambik mood Nina  pun takpe. Tapi...dia comel kan? Senyummm je. Nangis pun dlm senyum. Hehehe 

Menu tengahari tadi dari dapur   MasterChef 2  Rumah Kuning.
 



Ini Baru Breakfast

Pagi ni nak makan apa? Soalan standard makcik kecik  tiap pagi cuti sekolah.
Jawapan standardnya : Samada nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, nasi goreng, meehon goreng atau  mee goreng.
 Semuanya berat nanang. Pah guane nak kurus?



Monday, November 26, 2012

Bercerai Sudahnya

Walau kasih, walau sayang yang seolah tiada sempadan
Akan sampai masanya  kita  akan berpisah.
Ketika itu, 
Walau meleleh air mata darah 
Tiada  lagi peluang  untuk bersama, 
Tiada lagi istilah rujuk atau berbaik semula
Muktamad, kita akan bercerai.
Tinggalkan kasih
Tinggallah sayang
Yang dicinta, mahupun yang dikejar
Kita akan bercerai 
Dengan DUNIA dan seluruh isinya.  




Sunday, November 25, 2012

Lebih 1200 KM

Perjalanan kami bertiga bermula pada pagi 20 Nov 2012.  Kami bergerak secara santai dan  tidak terkejar-kejar sambil menikmati panorama sepanjang perjalanan.

 

Destinasi pertama adalah Cherating. Dalam fikiran, mesti senang nak dapat bilik sebab bukan hujung minggu. Jadi, makcik takdelah tempah online. Rupa-rupanya dlm cuti sekolah ni, susahnya nak dapat bilik. Mula-mula kami singgah di Suria Cherating Beach Resort, lepas tu  Impiana, seterusnya Sanctuary. Semuanya penuh, hinggalah resort kelima kami singgah (kalau tak silap), barulah kosong. Tapi  agak mengecewakan kerana resort tersebut, dalam dan luar macam terbiar walaupun ada swimming pool. Swimming pool penting oooi. Sepanjang kat resort tu, kami tak jumpa pun pegunjung lain. Entah-entah kami je duduk kat situ. Masa check out esoknya, dipulangkan balik RM40.00 kerana breakfast tidak disediakan.

 Bermain pasir je lah. Takde mood nak bermandi manda. Terkejut dengan keadaan resort tuh. 

Esoknya Rabu 21 Nov pagi-pagi lagi kami meneruskan perjalanan ke KL. Sekali lagi  kami menginap di Sunway Putra Hotel. Lepas solat dan  makan, tanpa bertangguh lagi Ain melepaskan gian berendam.  Seperti biasa maknya yang jadi mangsa terpaksa melangut di tepi kolam. Nasib baik bawak novel. Hehehe


Petangnya, makcik pulak melepaskan gian. Window shopping  je pun. Dari Parkson The Mall sampai ke Sogo jugaklah. Malamnya, lepas makan Ain membuta kepenatan. Makcik layan novel dan en suami keluar jumpa kawan. Esoknya, lepas breakfast sekali lagi Ain berendam dan  lebih kurang pukul 12.00 tghri kami check out dan meneruskan perjalanan ke Ipoh.
Sampai Ipoh, check in Sri Malaysia, lepas tu keluar makan dan ronda pusat beli belah. Petang, acara wajibnya adalah menemankan Ain berendam.  Malam, dah malas nak keluar, makan je kat hotel. Lepas tu makcik ngan Ain ZZzzzz sampai pagi. En suami bersembang dengan kawannya yg datang dari Sungai Siput entah sampai pukul berapa. Esoknya, lepas breakfast sekali lagi berendam time. Tak puas-puas le budak sorang ni berendam. 



23 Nov, lebih kurang pukul 11.30 kami check out dan bertolak pula ke Pulau Penang.  Singgah R&R apatah, beli dan makan durian  4 biji RM 10. Tiga orang boleh habis 4 biji durian. First time dok  Sri Malaysia Penang. tilam dia tak best, sakit belakang. Petangnya, kami keluar makan di Kassim Nasi Kandar. Sedapnya.... memang kena dengan selera kami bertiga. Lepas tu window shopping di Queensbay Mall dan malamnya ZZZzzz. Eh...makcik tak tidur mana pun. Tiba-tiba je kaki bengkak dan sakit. 
Shhhh.... Sri Malaysia Penang ni pun ada swimming pool. tapi makcik dah letih melangut tepi kolam. Nasib baik dari bilik kami  tak nampak kolam. Jadi tiap kali budak tahun 4 tu mintak nak mandi kolam, makcik cakap : Tak nampak pun kolam  Hotel ni takde kolam kot.....  Dua tiga kali dia mintak dan dua tiga kali juga makcik beri alasan tuh, lama-lama dia pun lupa. Jadi, selamat le makcik. Hehehe


Pagi 24 Nov kami bertolak balik.  Lima hari berjalan, 4 buah hotel/resort dah duduk, cukup le tu. Lagi pun , kaki dah sakit.  Petang, sampai rumah dan malamnya pergi klinik sebab sakit kaki dah tak boleh tahan.

Hari ni, acara diteruskan dengan  kerja dobi mendobi. Sekian Wassalam.

Eh ada lagi, terjumpa pic yang comel nih.

Laksa penang yang sangat le sedapnya. Rasa macam nak makan dua mangkuk hehehe