Sunday, December 30, 2007

Pusing-pusing je

Boat di simpang jalan.
Cuba teka kat mana....
.
Pemandangan OK
.
Comel le...
.
Tengok...Terpesona
.
Boleh mandi jugak...
.

Nelayan balik dgn hasil tangkapan

.
Budak tu sedih sebab tak banyak kedai makan
n takleh main air...
di Tok Bali

Saturday, December 29, 2007

Luar Jangkaan?

Kring, kring, kring....Hello, Awak tahu dak... cermin depan kereta saya pecah. Dah le kereta tu baru beli. Eee geramnye. Aku tengok dah tadi, takdak pun buah nyiur yang tua. Semua muda-muda, hijau lagi. Eee, tak sangka pulak boleh gugur berdebum atas kereta aku. Betul-betul atas cermin tu. Dah le takdak bonus, melayang pulak RM aku. Takpe lah, bye.
.
Tidak dapat kita nafikan kadangkala buah kelapa yang masih muda hatta masih kecil sekali pun, akan gugur ke bumi walaupun tanpa ribut dan angin kencang. Begitu jugalah dengan kehidupan kita di atas muka bumi milik Allah ini. Kematian akan mengundang sesiapa saja antara kita sama ada kita berpenyakit mahu pun tidak, sama ada tua atau pun masih muda belia.
.
Kita mungkin pernah dikejutkan dengan berita-berita ahli keluarga atau kenalan kita mati secara mengejut. Dan tidak mustahil suatu hari nanti topik utamanya adalah mengenai kematian kita. Saya atau anda atau dia.... Justeru, sebagai insan biasa yang tidak terlepas daripada melakukan dosa, marilah kita bersiap sedia dengan segera bertaubat, memperbanyakkan amal ibadat, sedekah jariah dan seumpamanya yang memungkinkan kita ditempatkan di syurga yang penuh nikmat di akhirat kelak.
.
Sebenarnya kita cukup bertuah kerana tidak perlu bergadai nyawa dan harta untuk beribadat dan beramal sebagaimana Bilal, Sumaiyah dan para sahabat yang dipukul, dipalu hanya kerana mentaati Allah yang maha esa. Dibumi merdeka ini, kita masih bebas mengabdikan diri kepada Allah tanpa kekangan dan halangan.
.
Tepuk dada tanya iman...

Friday, December 28, 2007

Result PMR

TAHNIAH !!!
Ajik dapat 9A.
Syukur ke hadrat Allah kerana kejayaan ini.

Thursday, December 27, 2007

Tuesday, December 25, 2007

Stok Makanan

Time takdak makanan,
kamera-kamera ni boleh digoreng,
direbus atau digulai untuk mengalas perut..
.
Ini koleksi terkini yang baru dibeli minggu lepas.
Boss besar yang berkenan sangat..beli je lah
.
Kamera ni pulak sepupu suami bagi.
Dia beli tapi tak pandai nak guna.
Dia tahu suami memang minat kamera. So, dia bagi je...free.
Tenkiu..tenkiu
.

Yang ni pulak kakak saya punya. Dia suruh suami tolong tengok sebab dah lama tak guna. Kami dah bagi balik ngan kakak tapi dia suruh guna je.Tak minat guna kamera yg kena adjust2 ni kot. Gambar cantik ni wei ...
.

Ini pulak kesayangan hamba. Walaupun kamera digital ni gambarnya tak secantik kamera-kamera di atas, tapi saya sukaa... kecik, tak payah adjust2. SSenang nak masukkan dlm handbeg hamba yg sentiasa sarat dan berat mcm batu tu... Sebenarnya ini hadiah masa masukkan astro beberapa tahun lepas. Tenkiu... Sebab kamera ni le gambar-gambar dalam blog saya ni banyak yang blur...
.
Ini pulak hadiah dari Senheng masa beli apa tak ingat. Lama dulu tapi masih baru sebab tak pernah guna seumur hidup. So, tak tahulah rupa gambarnye.. Macam kamera mainan je
.


Ini koleksi saya yang paling lama.
Saya beli sebelum kawin lagi.
Dah berbelas tahun usianya.
Sekarang ni dah jarang guna.
Malas ...sebab nak kena beli kodak,
nak kena cuci pulak.... Simpan je la.

Monday, December 24, 2007

Harapan

Antara edaran yang dibahagikan kepada guru-guru semasa Mesyuarat Guru pada pagi tadi. Mari sama-sama kita hayati walau siapa pun kita...

Kalau tak jadi pohon cemara,
Jadilah belukar di bawah lembah,
Belukar terbaik di pinggir sungai.
Jadilah hutan,
Kalau tak dapat jadi rimba.
Kalau tak jadi belukar selengkar,
Jadilah rumput sederet.
Kalau tak jadi ikan temoleh,
Jadilah seekor seluang,
Tetapi seluang terlincah di tasik terbentang.
Bukan semua boleh jadi nakhoda,
Sesetengah perlu berbaju kelasi,
Namun setiap tubuh punya kerja,
Mahu pun yang besar atau yang kecil,
Tugas terdekat, tugas segera.
Kalau tak jadi jalanraya,
Jadilah sekerat lorong.
Kalau tak boleh menjadi mentari,
Jadilah sebutir bintang.
Besar kecil bukan ukuran gagal jaya,
Tapi jadilah yang terbaik dalam segalanya.

Thursday, December 20, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Semoga sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim
dan Nabi Ismail a.s membuka mata dan
hati kita untuk menjadi insan yang lebih
beriman dan bertaqwa kepada Allah.

Tuesday, December 18, 2007

Ain Tak Jerrit

Arakian disebabkan ingin berdating dengan kawan-kawan yang balik bercuti di Kelantan sekarang ni, aku telah menghantar Ain ke rumah mertuaku pada Ahad lepas. Maka berseronoklah aku dgn kawan-kawanku, juga berseronoklah anakku itu dek kerana ramainya kawan-kawan dan orang yang melayannya (adik-adik ipar semua tgh bercuti). Dan pada petangnya masa aku dan suami ingin menjemputnya balik, si Ain tak nak balik. Namun aku dan suami berjaya memujuknya supaya balik dengan janji kami akan menghantarnya semula pada keesokannya untuk bermalam di rumah mertuaku itu.
.
Maka, pada pagi keesokannya si kecil Ain telah menuntut janjinya itu. Janji tetap janji, si bapa telah menghantarnya seawal jam + - 9.00 pagi ke rumah mertuaku. Pada hari tersebut setiap kali suami menalipon ke rumah emaknya, tiap kali juga Ain dengan bangganya memberitahu bahawa dia akan tidur/bermalam di sana. Siap cakap... abah takyah tepon, Ain tak jerrit (menangis)......
.
Pada malamnya, sekali lagi aku menalipon dan bertanya: Ain tak nak balik ke? Dia terus menjawab: Nak balikkk...pagi esok. Dalam hatiku...amboi..betul ke ni?? Takpe lah, aku teruskan aktivitiku seperti biasa, ngadap internet, tengok TV segala. Tapi dalam hati...mesti Ain akan balik jugak malam ni sebab dia tak pernah tidur/bermalam di rumah orang lain tanpa aku dan abahnya.
.
Hampir 12 mlm, tiba-tiba telefon berdering. Di hujung talian terdengar, Ain nak balik. Ain nak tidur di bilik Ain. Suami bergegas ke rumah emaknya dan bila sampai je, Ain "tercongak" depan pintu. Kah kah kah. Siang tadi bukan main lagi. Dah malam baru tahu langit tinggi rendah......

Sunday, December 16, 2007

Doa Nabi Daud

Diriwayatkan bahawa antara doa yang menjadi amalan Nabi Daud alaihis salam ialah : Ya Allah, aku memohon kepadaMu 4 perkara dan aku berlindung denganMu daripada 4 perkara.
4 perkara yang aku pohon dariMu ialah:
  • 1. Mempunyai lidah yang sentiasa berzikir kepadaMu.
  • 2. Mempunyai hati yang sentiasa bersyukur kepadaMu.
  • 3. Mempunyai tubuh badan yang sanggup menahan sabar.
  • 4. Mempunyai isteri yang sentiasa membantuku dalam urusan dunia dan akhiratku.
4 perkara yang aku memohon perlindunganMu ialah :
  • 1. Mempunyai anak yang bersikap sebagai tuan kepadaku.
  • 2. Mempunyai isteri yang menyebabkan aku beruban sebelum waktu aku patut beruban.
  • 3. Mempunyai harta benda yang menjadi bencana dan menyusahkan diriku.
  • 4. Mempunyai jiran yang suka menyembunyi dan memejamkan mata dengan kebaikan yang aku lakukan, tetapi menghebahkan kepada orang lain apabila sahaja melihat keburukanku.

Friday, December 14, 2007

The Mom Song - Anita Renfroe


(Sila tutup radio di sidebar sebelum menikmati lagu ini)

The Mom" song,
sung to the William Tell Overture, by Anita Renfroe.
What a mom says in 24 hours,
condensed into 2 minutes and 55 seconds! Hilarious and talented!


Get up now
Get up now
Get up out of bed
Wash your face
Brush your teeth
Comb your sleepyhead
Here's your clothes and your shoes
Hear the words I said
Get up now! Get up and make your bed
Are you hot? Are you cold?
Are you wearing that?
Where's your books and your lunch and your homework at?
Grab your coat and gloves and your scarf and hat
Don't forget! You gotta feed the cat
Eat your breakfast, the experts tell us it's the most important meal of all
Take your vitamins so you will grow up one day to be big and tall
Please remember the orthodontist will be seeing you at 3 today
Don't forget your piano lesson is this afternoon so you must play
Don't shovel
Chew slowly
But hurry
The bus is here
Be careful
Come back here
Did you wash behind your ears?
Play outside, don't play rough, will you just play fair?
Be polite, make a friend, don't forget to share
Work it out, wait your turn, never take a dare
Get along! Don't make me come down there
Clean your room, fold your clothes, put your stuff away
Make your bed, do it now, do we have all day?
Were you born in a barn? Would you like some hay?
Can you even hear a word I say?
Answer the phone! Get off the phone!
Don't sit so close, turn it down, no texting at the table
No more computer time tonight!
Your iPod's my iPod if you don't listen up
Where are you going and with whom and what time do you think you're coming home?
Saying thank you, please, excuse me makes you welcome everywhere you roam
You'll appreciate my wisdom someday when you're older and you're grown
Can't wait till you have a couple little children of your own
You'll thank me for the counsel I gave you so willingly
But right now I thank you not to roll your eyes at me
Close your mouth when you chew, would appreciate
Take a bite maybe two of the stuff you hate
Use your fork, do not burp or I'll set you straight
Eat the food I put upon your plate
Get an A, get the door, don't get smart with me
Get a grip, get in here, I'll count to three
Get a job, get a life, get a PHD
Get a dose of,
"I don't care who started it!
You're grounded until you're 36"
Get your story straight and tell the truth for once, for heaven's sake
And if all your friends jumped off a cliff would you jump, too?
If I've said it once, I've said at least a thousand times before
That you're too old to act this way
It must be your father's DNA
Look at me when I am talking
Stand up straighter when you walk
A place for everything and everything must be in place
Stop crying or I'll give you something real to cry about
Oh!
Brush your teeth, wash your face, put your PJs on
Get in bed, get up here, say a prayer with mom
Don't forget, I love you
And tomorrow we will do this all again because a mom's work never ends
You don't need the reason why
Because, because, because, because
I said so, I said so, I said so, I said so
I'm the mom, the mom, the mom, the mom, the mom!!
Ta da!!!

Banjir semakin buruk

Hari ni sekali lagi aku gi ronda-ronda kawasan banjir sekitar Pasir Hor, Pasir Tumbuh, Kg Sireh dan last sekali pusat bandar Kota Bharu. Nampaknya air semakin naik...seram rasanye...Kesian adik kakak kito kena pindah. Tapi ramai jugak kanak-kanak bersuka ria mandi manda di halaman rumah yg dipenuhi air. Bahaya tu...










Ni pulak di tengah-tengah bandar.
Tak berani nak terus ke hadapan.
Jom... u turn je kat sini.






Tuesday, December 11, 2007

KB mula dinaiki air



Sambil meronda KB, sempat snap gambar-gambar ni dari dlm kereta.
Suasana suram sesuram cuacanya.
Aku pun takdak mood nak turun/membeli belah.
Singgah kedai kain kejap tapi tak beli apa-apa pun.
Lepas tu balik....






Makanan musim hujan




Putu halba
Tepung manis
Ini dia antara makanan yg famous di Kelantan pada musim hujan seperti sekarang. (KFC n Mc D famous jugak...hehehe) Semua ni dibuat daripada ubi kayu.
Opss, jgn ada yg tanya mcmana nak masak sbb saya pun beli je.
Lagi pun, berderet-deret orang menjualnya di tepi jalan terutamanya putu halba. Musim sujuk ni makan putu halba panas.... sedappp.




Friday, December 7, 2007

Monday, December 3, 2007

Leherku disembelih??

Alhamdulillah akhirnya pagi tadi aku telah dibenarkan keluar dari HUSM Kubang Kerian setelah melalui lima hari yang cukup mendebarkan. Semuanya gara-gara "follicular adenoma of thyroid". Sebenarnya aku dah lama mengalami masalah ini tapi kerana perasaan takut baru kini aku bersedia untuk menjalani pembedahan.
Episod ini bermula pada 28 Nov dimana aku dengan yakinnya telah mendaftar masuk ke wad 4 Timur HUSM. Sebenarnya siri temu janjiku di hospital ini telah bermula dari Mei 2007 sehinggalah pada 25 September lepas Dr telah menasihatkan supaya leherku dibedah. Takut memang takut sebab tempat yang nak dioperate tu di leher dan segala macam "wayer" ada di situ. Tambah lagi ianya berdekatan dengan peti suara dan selepas pembedahan, aku terpaksa ambil ubat sepanjang hidup. Bukan aku pandai-pandai reka, tapi doktor jugak yang cakap. Sebelum masuk wad pagi 28 Nov tu, sekali lagi aku diberi penerangan sambil-sambil t.tangan surat kebenaran. Masa tu ...takutnye....... Tekanan darah memang naik gila dan malam tu aku terkebil-kebil melayan fikiran di katil wad sehinggalah aku diberi ubat penenang supaya dapat rehat dan lena.

Esoknya 29 Nov lebih kurang jam 11.30 pagi aku telah dibawa masuk ke bilik bedah. Bila nak masuk bilik bedah tu misi tanya aku, nak cakap /pesan apa? Aku terus tutup muka dengan kain yang memang dah menutupi tubuhku tanpa dapat berkata apa-apa pada suami yang mengiringiku .Hehehe...emosi...emosi.


kwang..kwang...kwang


Dalam bilik bedah tu aku dalam keadaan sedar dalam tiga/empat minit sebelum diberi sedutan yang melenakanku. Seterusnya aku sedar kembali lebih kurang pukul 6.00 petang dan di bawa masuk semula ke wad selepas berada di bilik bedah lebih kurang lima jam setengah. Masa tu aku rasa letih sesangat, tak dapat buka mata, tapi macam dengar orang bercakap. Kira macam separuh sedar kot. Lebih kurang pukul 2.00 pagi barulah aku betul-betul sedar ( puas tidur bekali ). Perut terasa lapar kerana aku telah berpuasa dari malam sebelumnya. Lamanye... Sambil makan roti, barulah aku sedar ada banyak wire ( 4 je ) kat tubuh badanku. Satu wire untuk memasukkan air, satu lagi untuk mengeluarkan air dan dua untuk mengeluarkan darah kotor/ sisa-sisa darah dari tempat pembedahan. Susah nak bergerak...memang tak boleh bergerak lagi pun.
.
Seterusnya pada tengahari 30 Nov aku telah mengalami kebas kedua-dua belah tgn kesan daripada pembedahan tersebut. Tetapi selepas diberikan calsium, keadaan kembali normal sehinggalah pada petang 1 Dis sekali lagi tanganku kebas. Doktor telah menambahkan dos calsium dan keadaan menjadi baik.
.
Pada hari berikutnya, segalanya ok cuma pergerakanku agak terbatas kerana terpaksa membawa dua balang darah ini yg masih disambungkan di tempat pembedahan.


Pada pagi 3 Nov 2007 aku telah dibenarkan keluar dari wad. Terimakasih kepada ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan yg mendoakan, kakitgn klinik ORL, kakitgn wad 4 Timur HUSM, pakar yang bertanggungjawab menjalankan pembedahan Dr Wan Syah Jehan, Dr Hassan, Dr Suhaimi, Dr Idayu, Dr Azmi, Dr Izani, Dr Usha ( sekadar menyebut beberapa nama ) dan semua yang terlibat di dalam menjalankan pembedahan ini. Untuk semua, semoga mendapat ganjaran yg setimpal daripada Allah swt.
.
Untuk seorang aku, semoga kesakitan dan kesusahan yang sedikit ini menginsafkan diri dan meningkatkan ketakwaan kepada Illahi.

Monday, November 26, 2007

Oh Anak

Setiap kali menjelang hariraya atau apa jua jenis cuti, pasti terdetik di hati kecil ibu bapa “balikkah anak-anakku?”. Dan betapa berbunganya hati mereka andai ada perkhabaran bahawa anak-anak akan pulang menjenguk mereka. Jadi, kepada anak-anak yang tinggal berjauhan dengan ibu bapa, gembirakanlah hati para ibu bapa dengan mengorbankan sedikit kesibukan anda yang sememangnya tidak berpenghujung itu. Ketahuilah, Allah menjanjikan pahala yang lumayan di akhirat kelak kepada anak-anak yang menggembirakan ibu bapa mereka.

Sayugia diingat, kasih sayang ibu bapa adalah hutang yang tidak pernah dapat dibayar oleh seseorang anak. Namun ramai anak yang cuba mengungkit setiap pemberian mereka kepada kedua-dua orang tua. Tidakkah anda sedar, kehidupan yang dikecapi sekarang bermula daripada setitis air mani ayah dan keredaan seorang ibu menanggung derita sepanjang kehamilan, bersengkang mata menjaga dan merawat tanpa mengira waktu dan ketika. Jika dapat dihitung segala jasa mereka, pasti kita takkan mampu membayar balik jasa mereka.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama dari berjihad di medan perang. Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata:Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad:Apakah perbuatan yang disukai oleh Allah? Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya.Kemudian apa? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi? Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.
.Rasulullah pernah menangis hiba mendengar luahan hati seorang ayah mengenai anaknya. Lelaki tua itu berkata: “Ketika kecil, tanganku inilah yang memberimu makan. Engkau kehausan, akulah yang menuangkan. Jika kau sakit, tiada aku tidur sepanjang malam, sakitmu itu membuatku kerisauan. Tetapi kini selepas engkau mencapai tujuan. Kulihat dalam dirimu apa yang tidak kuharapkan. Kau balas dengan kekerasan dan kekasaran. Seolah-olah nikmat dan anugerah itu engkau yang berikan.” Rasulullah telah memanggil anak itu dan bersabda kepadanya: “Kamu dan semua milikmu, semuanya adalah milik ayahmu.”

Sedarlah rakan-rakanku sekalian, orang fasik yang memulia dan menghormati ibu bapanya adalah lebih dikasihi oleh Allah daripada orang yang terkenal banyak ibadatnya tetapi menderhakai kepada ibu bapa mereka. Ini kerana orang-orang yang melanggar hak Allah berpeluang mendapat pengampunanNya sedangkan orang-orang yang menderhaka terhadap ibu bapa tidak akan diampunkan oleh Allah sehingga ibu bapa sendiri yang memaafkannya.
.
Kembalilah kepada ibu bapa dengan hati yang ikhlas, sebelum segalanya berakhir dengan kesedihan dan penyesalan sepanjang hayat. “Kamu dan semua milikmu, semuanya adalah milik ayah ibumu”! Satu prinsip yang diajar oleh Rasulullah sebagai ingatan bahawa kebahagiaan anak itu bermula daripada hati ibu bapa yang reda.

Sunday, November 25, 2007

Jom Bersedekah

Bantulah orang yang dalam kesusahan

Tolonglah orang yang dianiaya

Berilah makan orang yang kelaparan

Berilah minum orang yang kehausan

Ziarah orang yang sakit

Iringilah jenazah

Tuntunilah orang yang buta

Berilah petunjuk orang yang bingung

Muliakanlah tetamu

Berbuat baiklah kepada jiran tetangga

Hulurkan wang anda

Hormatilah orang yang lebih tua

Sayangilah orang yang muda

Berbicaralah dengan kata-kata yang baik

Hindarilah dari menyakiti hati orang lain

Buanglah halangan di jalanan

Senyumlah kepada sesiapa yang anda jumpa

Suruhlah orang melakukan kebaikan

Laranglah orang daripada melakukan kejahatan

Friday, November 23, 2007

Wednesday, November 21, 2007

Yang Pasti


Cukuplah kematian itu sebagai penasihat

Peranan Kita

Yang pekak membakar mariam
Yang kurap memikul buluh
Yang patah menjaga jemuran
Yang buta menghembus lesung
Yang cerdik bawa berunding
Yang alim nakkan doa
Yang kaya nakkan emas
Yang kuat jadikan pahlawan
Yang bodoh disuruh arah

Monday, November 19, 2007

Cuti Sekolah? Sukaa

Pagi tadi selepas hantar Ain ke tadika, aku terus ke sekolah. Hari ni pelajar SPM periksa PAI. Alhamdulillah soalan agak senang dan banyak soalan yang telah keluar masa trial ( termasuk trial dari negeri-negeri lain ) betul2 keluar ari ni. Terimakasih kpd kawan-kawan yang bagi soalan trial dari Kedah, Perak, Selangor, Johor dan lain-lain untuk manfaat bebudak hamba di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Mudah-mudahan peratus lulus PAI dan SPM keseluruhannya bagi SMK Panji pada tahun ni akan meningkat. Amin.
.
Sebelah petang aku angkut Ain n the gang ke Pantai Irama. Seperti biasa setiap kali ke P.Irama kami akan santap beradab segala macam maknika makanan bergoreng yang ada. Ianya dikejapkan pula dengan air kelapa. Memang mengancam hingga kami tersandar kekenyangan.
.


Nasib baik ada pantai Irama. Asal bosan je, mesti dtg sini

.
Hampir licin

.
Yang baju kuning tu makan banyak.
Malam ni tak ada nasi tau...
.
Anak dara kekenyangan

Saturday, November 17, 2007

Sepagi di Kota Bharu


Apa benda ni? Siapa tahu? Memang cun jika digayakan dengan kebaya atau yang sewaktu dengannya. Inilah dia handbag yang aku jumpa masa ronda-ronda muzium kraftangan / pusat kraftangan pagi tadi. Untuk pameran saja, bukan untuk dijual... Kalau nak beli, barang-barang di bawah ni memang untuk dijual....





Friday, November 16, 2007

Welcome To "Istana Bunian"

Dalam cuaca mendung petang tadi, aku sekeluarga meronda-ronda sekitar persisiran pantai Bachok. Tiba-tiba teringat kepada Istana Bunian yang pernah diceritakan suamiku sebelum ini. Jarak istana tersebut dari Pantai Irama lebih kurang 5 minit perjalanan (naik kereta, bukan jalan kaki) Nasib kami baik pada petang tadi kerana tuan istana yang masih dalam proses pembinaan itu ada di istana tersebut. Kami dipersilakan masuk dan dibenarkan mengambil gambar istana yang memang unik itu. Disebabkan kami bukan berhajat untuk datang ke istana tersebut, jadi kami tidak membawa kamera. Tapi saya dan suami tetap juga mengambil gambar dengan handphone murah masing-masing.


Istana dua tingkat tersebut mula dibina 22 tahun yang lalu dan sampai sekarang masih belum siap kerana ia dibina sendiri oleh tuannya yang juga mengambil upah membuat landskap dan bertukang. Istana yang mempunyai tujuh buah kolam ini amat unik, umpama gua dengan bermacam-macam bentuk kemasan dinding . Tidak hairanlah istana yang masih dalam proses pembuatan ini pernah ditawarkan dengan harga RM 1 juta.


Pagar luar istana


Salah satu kolam di dalam istana
.
.

Kemasan dinding luar istana


Kemasan dinding bahagian dalam


Kemasan dinding bahagian dalam


Ain sempat bergambar berhampiran tangga tepi kolam

Thursday, November 15, 2007

Bukan Senang Untuk Senang

Kita biasa mendengar atau membaca ungkapan "Bukan senang untuk senang dan bukan susah untuk susah". Bertitik tolak daripada ungkapan tersebut, sayugia kita sedar bahawa kesenangan, kebahagiaan dan kejayaan di dalam hidup ini adalah mustahil untuk kita capai hanya dengan berpeluk tubuh tanpa perlu bersusah payah memerah keringat anugerah Allah swt. Kita harus sedar, ianya menuntut usaha yang istiqamah dan tidak akan kita capai dengan usaha sehari dua.
Segala usaha kita di dalam apa bidang sekalipun hanya akan membuahkan kejayaan dengan berbekalkan perancangan dan usaha yang berterusan. Saidina Umar Al Khattab pernah menegur seorang hamba Allah yang mengharapkan kesenangan dalam hidup tanpa berusaha tetapi hanya beribadat di atas masjid sepanjang masa dengan berkata: " Langit tidak akan menggugurkan hujan emas tanpa kita berusaha untuk mencapai kesenangan dalam hidup".
Modal umur dan akal kurniaan Allah swt sewajarnya kita manfaatkan sebaik mungkin. Usah sekali-kali kita biarkan ia berlalu dan terbiar begitu saja tanpa perancangan dan tindakan ke arah mencapai tujuan dan natijah yang membahagiakan. Allah swt berfirman yang bermaksud : " Dan bahawasanya manusia tidak akan memperolehi, melainkan sekadar apa yang diusahakannya".
Akhir sekali, selamat berjuang untuk pelajar SPM seluruh Malaysia. Semoga kejayaan termanis menjadi milik anda.

Saturday, November 10, 2007

Secebis Kisah Hidupku

Siapa tak terpesona melihat kecantikanku? Berbanding dengan rakan-rakanku, akulah antara ciptaan yang paling cantik dan menarik serta mampu memikat perhatian sesiapa saja yang pernah bersua muka denganku. Aku sedia maklum tentang itu dan tiada siapa yang dapat menyangkalnya. Satu lagi kelebihanku, aku amat disayangi oleh semua yang mengenaliku. Semuanya itu tidak lain tidak bukan kerana kecantikan wajahku yang tidak jemu dipandang serta bentuk tubuh badanku yang menggiurkan.

Namun, langit tidak selalunya cerah. Pada suatu hari ketika aku sedang enak bersantai di beranda rumahku, tiba-tiba datang makhluk yang entah dari mana asalnya, dengan kelajuan bagaikan ribut telah melanggarku. Aku terjatuh dari beranda rumah tanpa sempat mengelak walau seinci. Sakitnya bukan kepalang. Walaupun tubuh badanku yang saban hari mendapat pujian itu tidak patah renyuk tetapi pakaianku royak rabak, bahkan sofa kesayangan tempatku berehat dan bersantai telah hancur yang mustahil untuk dibaik pulih semula.

Malangnya nasibku kerana makhluk yang melanggarku itu telah melarikan diri tanpa dapat dikesan. Andaiku tahu siapa dan dimana dia tinggal, rasanya aku ingin menyembelihnya hidup-hidup. Seterusnya mahu rasanya aku goreng atau gulai. Memang aku amat marah, tapi apakan daya aku tidak berkuasa. Maka terlantarlah aku di kaki lima rumahku sehinggalah ada makhluk Allah menjumpaiku beberapa jam selepas itu. Aku telah diangkat dan dialih ke tempat yang lebih selesa serta diberi minum secukupnya. Tubuh badanku telah dibelek-belek kalau-kalau ada yang tercedera dan perlukan rawatan. Namun, syukur tubuh badanku hanya mempunyai calar-calar kecil yang tidak memerlukan rawatan lanjut.

Aku telah ditinggalkan di situ beberapa minggu tanpa kerusi atau sofa seperti kebiasaannya. Rupa-rupanya baru ku sedar, kecantikanku sebenarnya berpunca daripada pakaian dan sofaku yang cantik. Ditambah pula dengan juru mekapku yang memang bijak menyerlahkan lagi kejelitaan dan keanggunanku. Maka, tanpa itu semua, aku telah kehilangan seri dan tidak dipedulikan lagi. Malah, tiada siapa lagi yang memujiku.

Kekecewaan dan kesedihanku berakhir apabila pada suatu petang, di dalam gerimis lembut pada cuti sempena Deepavali, aku telah dikembalikan ke tempat asalku dengan pakaian dan sofa yang baru. Syukur, aku telah kembali cantik dan menarik walaupun masih lagi lemah dan amat trauma dengan kemalangan yang menimpa beberapa minggu yang lepas. Aku berharap semoga tiada lagi makhluk yang tidak berhati perut memecut kenderaan dengan laju di sekitar rumahku.

Tentu anda semua teringin melihat wajahku semasa kegemilangan dulu. Juga semasa aku menderita tidak dipedulikan. Dan wajahku kini yang kembali menarik serta mampu membuat mata-mata yang memandang tertarik. Untuk tidak menghampakan anda semua....Lihatlah,


Sebelum Kemalangan
Semasa menderita sakit


Wajah terkini


Dalam semua kerja buat  kita.
Kita hanya merancang. 
Allah yang menentukan.


Monday, November 5, 2007

Suka Duka

Ada Suka

Ada Duka
Memang lumrah hidup ini
Kadang-kadang kita berada di atas
Dan ada ketikanya kita berada di bawah
Biasa le,
Makin besar pangkat
Makin banyak tanggungjawab
Ingat,
Orang bijak menyalahkan diri sendiri
Orang bodoh menyalahkan orang lain
(Kat sek hari ni tak seronok. Memang tak seronok)