Sebelum jam 8.00 saya telah sampai.
Dan kini jam 10+ saya masih menunggu.
Bosan yang amat.
Menonton TV tanpa suara.
Berkali-kali menguap....mengantuk.
Perut minta diisi...lapar
Memerhati pekerja di kaunter dan gelagat orang ramai.
Melayan fikiran sendiri
Tidak berminat untuk bersembang selepas melempar senyum ketika pertembungan mata kali pertama.
Sesekali ada yang bertanya di kaunter mungkin kerana nama tidak dipanggil-panggil.
Hanya sabar dan sabar pengubat hati yang mungkin mujarab saat dan ketika ini.
Bila nak panggil ni?
Nasib baik boleh menaip entry ini walaupun sebenarnya akan dipublish di rumah petang/mlm nanti
Takpelah....sekurang-kurangnya ada juga aktiviti daripada melangut dari tempat menunggu ini.
Huh...mesti Dr sedang sibuk di wad atau mana-mana lagi.
Padahal di kad temu janjiku tercatat jam 9 pagi.
Sabar.....sabar...
Oh.... nama telah mula dipanggil, tapi kenapa belum terselit namaku.
Sabar lagi.....dan lagi....lagi.
Uwa...lepas jumpa Dr nanti sekali lagi terpaksa menunggu
Semestinya di kaunter farmasi.
12 + saya sampai di sekolah.
Dan saya nampak orang itu ..............od
Hehehehe.............
Tuesday, June 30, 2009
Sunday, June 28, 2009
Kita Ditipu Hidup-hidup
Walaupun tergantung ayat-ayat suci al Quran, adakah ianya memadai untuk kita membuat kesimpulan bahawa restoran-restoran m...... halal bagi orang-orang Islam. Beberapa insiden yang amat meragukan pernah terjadi di beberapa restoran tersebut. Untuk maklumat yang lebih lanjut, dapatkan Al Islam keluaran Julai 2009.
"Sebagai umat Islam kita tidak boleh memandang remeh isu sebegini. Kita perlu sensitif dengan soal halal dan haram kerana setiap yang kita makan akan menjadi darah dan daging. Apakah kita mahu darah dan daging yang "busuk" tumbuh dalam tubuh kita sekaligus membentuk perilaku? Fikir-fikirlah..." Al Islam, Julai, ms 13
"Sebagai umat Islam kita tidak boleh memandang remeh isu sebegini. Kita perlu sensitif dengan soal halal dan haram kerana setiap yang kita makan akan menjadi darah dan daging. Apakah kita mahu darah dan daging yang "busuk" tumbuh dalam tubuh kita sekaligus membentuk perilaku? Fikir-fikirlah..." Al Islam, Julai, ms 13
Wednesday, June 24, 2009
Oh Lidah
Kadang-kadang bila seseorang terkurang cakap, orang melabelkan sombong. Walhal empunya diri bukan nak menyombong tapi dah tiada idea, tak tahu nak cakap topik apa. Katanya le.... Hehehe. Sebenarnya kurang bercakap, lagi selamat.
Kadang-kadang terlebih cakap hingga tercakap perkara-perkara yang tidak sepatutnya dicakap. Tak pasal-pasal ada pulak yang berjauh hati, terguris perasaan.
Lebih teruk lagi, ada ketikanya bila kemarahan tidak dapat dikawal, terkeluar pulak perkataan-perkataan yang menyakitkan telinga a.ka. terkasar tutur kata. Lagi le remuk bernanah hati dan perasaan orang yang mendengarnya. Begitu besar penangan lidah.
Walau apa pun sayugia disedari, antara bahaya lidah ialah:
Sekarang, musim buah ini. Lidah cakap...manisss
Kadang-kadang terlebih cakap hingga tercakap perkara-perkara yang tidak sepatutnya dicakap. Tak pasal-pasal ada pulak yang berjauh hati, terguris perasaan.
Lebih teruk lagi, ada ketikanya bila kemarahan tidak dapat dikawal, terkeluar pulak perkataan-perkataan yang menyakitkan telinga a.ka. terkasar tutur kata. Lagi le remuk bernanah hati dan perasaan orang yang mendengarnya. Begitu besar penangan lidah.
Walau apa pun sayugia disedari, antara bahaya lidah ialah:
- Berkata-kata perkara yg tidak memberi manfaat kpd diri sendiri dan orang lain.
- Berlebih-lebih dalam percakapan.
- Berdebat hanya untuk mencari kebenaran diri sendiri.
- Bertengkar.
- Mencaci dan memaki hamun.
- Membuat fitnah.
- Mengumpat.
- Menghina, mentertawa atau merendahkan orang lain.
- Membuka rahsia.
- Janji atau bicara dusta.
Sekarang, musim buah ini. Lidah cakap...manisss
Friday, June 19, 2009
Makan Kepala??
Kisah benar. Tiada yang tidak benar melainkan benar belaka. Sekejap tadi kami makan kepala. Kalau anda belum pernah merasa, ianya sangat lazat kepada orang yang suka. Masih tidak percaya? Tengoklah pic di bawah. Memang sah kepala yang telah dikelar-kelar dan digulai di dalam kawah yang besar itu. Jika berpeluang, silalah mencubanya.
Sungguh...tidak terhitung rezeki kurniaan Allah.
Kenduri Lagi
Thursday, June 18, 2009
Rezeki
Sebelum makan besar esok, kita makan kecil dulu malam ini.
Jangan lupa, makan setelah lapar, berhenti sebelum kenyang.
Boleh??
Hari Guru Peringkat Sekolah
Monday, June 15, 2009
Saya Takut Penunggang Motosikal
Setiap hari saya melihat / terserempak dengan penunggang motosikal yang melanggar undang-undang jalanraya tanpa mengira usia. Sesuatu yang amat biasa untuk saya dan mungkin juga anda melihat mereka melanggar lampu merah, tidak memakai topi keledar, menunggang di jalan yang bertentang arus, berlumba di jalanraya dan sebagainya. Kadang-kadang terfikir juga, kalaulah saya sedang membawa traktor, mahu rasanya saya "kaut" dan campakkan mereka ke dalam longkang atau parit di tepi jalan. Dan acapkali juga saya terfikir hanya orang yang mabuk atau tidak waras sahaja yang dengan selambanya tidak berhenti semasa lampu isyarat berwarna merah di jalanraya yang tengah bertali arus.
Baru sekejap tadi saya melihat penunggang motosikal yang yang dengan megahnya tidak bertopi keledar, menunggang di laluan yang salah dan melanggar lampu merah.
Ku pujuk-pujuk tuannya.
Ku bawa balik.
Sekarang tengah membesar dengan suburnya.
Alhamdulillah.
Saturday, June 13, 2009
Cerita Budak SK Sering
Nasib baik esok sekolah
Kalau tidak, mesti makcik ni tak buat lagi kerja sekolah.
Friday, June 12, 2009
Upah
Lega
Semua kertas periksa telah siap bertanda.
Hehehe...... Semua sekali.
Masih panas-panas lagi sebab baru sekejap tadi siap.
Ahad nanti tak perlu main sorok2 dengan cikgu-cikgu kelas
sebab semuanya sudah beres.
Syukur.
Hehehe...... Semua sekali.
Masih panas-panas lagi sebab baru sekejap tadi siap.
Ahad nanti tak perlu main sorok2 dengan cikgu-cikgu kelas
sebab semuanya sudah beres.
Syukur.
Thursday, June 11, 2009
Cepatnya Masa Berlalu
Esok Jumaat dan ini bererti hanya dua hari yang masih berbaki sebelum berakhirnya cuti pertengahan tahun 2009. Rasa macam nak demam je la. Uwaa......... Sahabat dan saudara yang balik bercuti di kampung, sudah beransur balik ke tempat kerja masing-masing. Sehari dua lagi daerah ini akan kembali sunyi. Lepas ni, meronda KB pun dah tak best. Collek pun akan kurang mengancam. Air kelapa di kuala pun kurang menambat selera.
Hisyamuddin pun dah nak balik N9.
Hisyamuddin pun dah nak balik N9.
Sunday, June 7, 2009
Orang Dulu & Orang Sekarang
Orang dulu-dulu bimbang tiada makanan. Jadi mereka membela ayam, itik, bercucuk tanam sekeliling rumah dari jagung, ubi, sayur selain betik, jambu, dan sebagainya.
Orang sekarang bimbang tiada duit. Jadi mereka bekerja mencari dan mengejar wang ringgit untuk menukarkannya dengan semua keperluan dari seinci kunyit, lengkuas, serai hinggalah sebiji dua cabai burung.
Walau apapun, pastikan setiap makanan yang disuap ke mulut kita dan tanggungan adalah halal.
Lebat. Dari pokok tepi rumah sepupu ambo.
Sayang belum masak.
Orang sekarang bimbang tiada duit. Jadi mereka bekerja mencari dan mengejar wang ringgit untuk menukarkannya dengan semua keperluan dari seinci kunyit, lengkuas, serai hinggalah sebiji dua cabai burung.
Walau apapun, pastikan setiap makanan yang disuap ke mulut kita dan tanggungan adalah halal.
Lebat. Dari pokok tepi rumah sepupu ambo.
Sayang belum masak.
Selamat Pengantin Baru
Kelmarin adalah hari yang paling padat dgn kenduri kendara. Maaf, hanya 3 rumah sahaja yang sempat saya kunjungi dan menu wajib setiap rumah adalah gulai kawah dari daging lembu yang disembelih dan dimasak secara bergotong royong. Satu aktiviti yang amat baik kerana wujudnya budaya tolong menolong yang boleh mengeratkan tali silaturrahim di antara saudara mara dan jiran tetangga. Harus diingat, mengadakan kenduri kahwin adalah sunat dan jangan biarkan perkara sunat ini menjurus atau bercampur dengan perkara-perkara yang haram. Rasanya semua tahu tapi kenapa ramai yang buat-buat tak tahu.
Wednesday, June 3, 2009
Tuesday, June 2, 2009
Langkawi Oh Langkawi
Selain acara wajib di swimming pool, kami tidak melepaskan peluang berkunjung berkali-kali ke Pekan Kuah. Kemudian ke Under Water World, Makam Mahsuri dan yang paling meninggalkan kenangan ialah peluang menguji keberanian sepanjang menaiki cable car. Dalam ketakutan, Ain cakap geli perut ( sebenarnya kecut perut). Lepas ni idak le teman nak naik lagi...... Sebelum ni, memang teruja nak naik cable car. Bila dah duduk dlm tu, punya le kecut perut, sejuk kaki tangan. Buat malu je....hehehe
Monday, June 1, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)