Sunday, June 7, 2009

Selamat Pengantin Baru

Kelmarin adalah hari yang paling padat dgn kenduri kendara. Maaf, hanya 3 rumah sahaja yang sempat saya kunjungi dan menu wajib setiap rumah adalah gulai kawah dari daging lembu yang disembelih dan dimasak secara bergotong royong. Satu aktiviti yang amat baik kerana wujudnya budaya tolong menolong yang boleh mengeratkan tali silaturrahim di antara saudara mara dan jiran tetangga. Harus diingat, mengadakan kenduri kahwin adalah sunat dan jangan biarkan perkara sunat ini menjurus atau bercampur dengan perkara-perkara yang haram. Rasanya semua tahu tapi kenapa ramai yang buat-buat tak tahu.

3 comments:

echah_syed said...

suke bunga telur sbb lambang zuriat yg ramai.. :)

tp ramai mula melupakan tradisi ini :(

cikgu jue said...

ramai yg tahu, tp ramai lg yg berlumba2 meng'grand'kan majlis memasing.... last2 anak 2,3 utang tak habis lg.... lain la kalu baka kaya raya...

Rumah Kuning said...

combi,
saya suka bunga yg bertelur. hehehe

jue mj,
t kasih singgah blog cp.