Orang dulu-dulu bimbang tiada makanan. Jadi mereka membela ayam, itik, bercucuk tanam sekeliling rumah dari jagung, ubi, sayur selain betik, jambu, dan sebagainya.
Orang sekarang bimbang tiada duit. Jadi mereka bekerja mencari dan mengejar wang ringgit untuk menukarkannya dengan semua keperluan dari seinci kunyit, lengkuas, serai hinggalah sebiji dua cabai burung.
Walau apapun, pastikan setiap makanan yang disuap ke mulut kita dan tanggungan adalah halal.
Lebat. Dari pokok tepi rumah sepupu ambo.
Sayang belum masak.
13 comments:
betul kak, bibik endon MIL jue selalu citer diorg still tanam padi n bercucuk tanam utk sayur... g pasar cuma beli minyak masak n bawang je....tapi kita semua mende nak beli.... sekali p pasar tani, mesti lebih rm50 terbang...
jue mj,
nak senang punya pasal...sbg contoh,sekarang ni kebanyakan kita guna santan segera. dah takde/jarang yg beli kelapa, kopek kulit,kukur, perah santan.
nilai hidup sekarang....
semuanya berubah , hingga anak CM pun terperanjat bila diceritakan dulu-dulu kita gunakan kukuran utk dptkan santan drp kelapa.
Dalam rumah Abang Long ada 'orang dulu' dan 'orang sekarang' kadang kala kecoh juga dibuatnya ...ahahaha
combi tanam serai pun takmoh hidup.. :(
buah ape tu..??
cikgu_math,
sekarang kukuran dah jadi brg antik yg dipamer di dlm almari.hehehe
ab long,
bagus le, kita gantikan lalang dgn serai/ pokok cabai.
combi,
hari tu tengok kulat yg combi tanam subur je....
ore kelate panggil buah setol.
looo buah setol? sekali pandang mcm buah sukun lak...
jue mj,
sedap makan collek.....hehehe
Su kenal buah tu... tapi tak ingat nama. Bila baca komen, baru ingat balik... banyak sgt makan gulai bekwoh kot... hehehe... alasan untuk penyakit mudah lupa.
su,
cp pun ada penyakit tu jugak.hehehe.esok ada bekwoh pulak. ari ni free.
salam...ibu dan ibu mertua saya pun bising tengok tanah keliling rumah kami ni takde sayur2an. he he tulah kami org zmn skrg ...
ummu masyitah,
nasib baik keliling rumah saya sempit je.takde le org komplen tak tanam itu ini. hehehe
ALLAH BERADA DI BUMI MENJELANG KIAMAT!!!!
Tenang-tenangkan diri...
Sila layari manatuhanallah.wordpress.com/
Setelah layari, sila buat aduan kpd jabatan agama atau pihak berwajib sebelum membuat sebarang penilaian…
- Terima Kasih
Krulayar
Post a Comment