Wednesday, June 24, 2009

Oh Lidah

Kadang-kadang bila seseorang terkurang cakap, orang melabelkan sombong. Walhal empunya diri bukan nak menyombong tapi dah tiada idea, tak tahu nak cakap topik apa. Katanya le.... Hehehe. Sebenarnya kurang bercakap, lagi selamat.

Kadang-kadang terlebih cakap hingga tercakap perkara-perkara yang tidak sepatutnya dicakap. Tak pasal-pasal ada pulak yang berjauh hati, terguris perasaan.

Lebih teruk lagi, ada ketikanya bila kemarahan tidak dapat dikawal, terkeluar pulak perkataan-perkataan yang menyakitkan telinga a.ka. terkasar tutur kata. Lagi le remuk bernanah hati dan perasaan orang yang mendengarnya. Begitu besar penangan lidah.


Walau apa pun sayugia disedari, antara bahaya lidah ialah:
  • Berkata-kata perkara yg tidak memberi manfaat kpd diri sendiri dan orang lain.
  • Berlebih-lebih dalam percakapan.
  • Berdebat hanya untuk mencari kebenaran diri sendiri.
  • Bertengkar.
  • Mencaci dan memaki hamun.
  • Membuat fitnah.
  • Mengumpat.
  • Menghina, mentertawa atau merendahkan orang lain.
  • Membuka rahsia.
  • Janji atau bicara dusta.
Nak selamat? Tolong jaga lidah masing-masing.




Sekarang, musim buah ini. Lidah cakap...manisss

13 comments:

TokNabe said...

Lidah cakap manis....... sambil tangan mengeluarkan not2 dari kocek.

Ari tu puas make, mas akelik kelate... beli kat ranta panje.

cikgu_math said...

sbb tu orang kata lidah tak bertulang....

cikgu panji said...

toknabe,
koho besar koho manis. hehehe

cikgu_math,
memang beruntung org yg pandai bercakap.betul tak?

echah_syed said...

kdg2 yg pahit itu penawar..tp itu yg paling org tak suke :(

mmg manis buah tu rasa smpi ke tuaran nih :p

Kujie said...

orang sekarang bukan menggunakan lidah semata2...tapi keyboard

cikgu panji said...

combi,
pahit2 buah peria sedap jika dimasak kerabu.org tuaran kenal ke buah peria?
hebatnya besanku...boleh rasa buah tu sampai ke tuaran.hehehe

cikgu panji said...

kujie,
betul betul betul
lidah diam je tapi jari yg ligat mengetuk.

Kak Long said...

Salam Cikgu Panji,
Memang betul, kena jaga lidah.
Sebab tu selalu kita dengar, kata-kata yg dituturkan lebih bisa daripada sebilah pisau dan mampu melukakan hati dan perasaan.


Tapi musim buah-buahan ni, memang susah sikit nak jaga lidah sebab pantang tengok manggis, durian dan rambutan..

hehehe.

RHEA said...

betul la kan.. cikgu..

diam itu sebenarnya lebih baik dari berkata2..
apabila byk berkata2, byk khilafnya..
apabila byk khilaf, maka bertambahlah dosanya..

wallahualam..

cikgu panji said...

kak long,
yang penting kita kena berhati2 dlm berkata-kata.tengok dgn siapa kita bercakap dan sesuaikan dgn situasinya. cakap senang tapi bila angin dah penuh satu badan, kata2 boleh terkeluar mcm biji bertih je. hehehe

cikgu panji said...

rhea,
tapi kt2 yang berilmu & bermanfaat lebih baik dari diam.

RHEA said...

setuju..

cuma.. kadangkala, ada manusia yang ego..tidak suka pendapat mereka disangkal.. mereka beranggapan mereka sahajalah yang betul.. pendapat org lain dianggap konon tidak berkualiti.. hmm..

tak apa la kan, cikgu.. kita mengalah.. bukan bererti kita kalah, kan..

kalau sesuatu perdebatan tu bakal mengundang persengkataan, biarlah kita diam..

apa pendapat cikgu e?

cikgu panji said...

rhea,
saya pun setuju dgn pendpt rhea. kalau dah kecoh2, baik kita diam drp menambahkan bahang kepanasan.