Wednesday, September 10, 2008

Kisah Benar

Tengah menanda kertas pagi tadi, saya mencuri.
Jgn salah sangka....
Sebenarnya saya mencuri dengar satu kisah menarik dari seorang kawan yang bercerita kpd guru-guru praktikal yang sememangnya duduk di belakang saya.
Dan sekali sekala saya menyampuk jugak.
Tapi saya byk mendengar daripada bercakap.
Kisahnya begini, kawan saya ada seorang kakak yang suatu masa dulu belajar di sebuah sekolah asrama penuh yang tersohor di Malaysia ini. Dan kakaknya ada seorang kawan yang saya akan namakan sebagai T. Mereka sama-sama belajar di sekolah yang tersohor itu.
Dan dari sekolah tersebut lagi T hangat bercinta dengan seorang murid dari sekolah asrama penuh jugak, tapi dari sekolah lain.
Kemudian, pasangan ini sama-sama menyambung pelajaran ke luar negara.
Dipendekkan cerita, pasangan ini menamatkan pelajaran dengan jayanya dan berkahwin.
Si suami tidak membenarkan si isteri bekerja walaupun ibubapa si isteri mengharapkan anaknya makan gaji. Sebagai isteri yang setia, T telah mengikut kehendak suami dengan menjadi suri rumah sepenuh masa.
Ingatkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Setelah mempunyai tiga orang anak, T disahkan menghidap kanser. (cp tak tanya pulak kanser apa)
Lebih malang lagi, di saat T memerlukan belaian dan sokongan dari seorang suami untuk melawan kanser tersebut, suami yang dicinta dan dipuja sejak sekolah menengah itu telah berkahwin lain dan meninggalkan T begitu saja tanpa wang belanja atau nafkah.
Pada masa tersebut, ibu bapa T telah meninggal dunia dan walaupun berkelulusan dari luar negara, T langsung tidak mempunyai sumber pendapatan untuk meneruskan kehidupan dan berubat. Dalam keperitan ditinggalkan suami, menanggung kanser dan tidak berduit, nasib baik ada adik beradik T yang sudi membantu.
Akhirnya T meninggal dunia tanpa suami yang dicinta dan dipuja sejak sekian lama.

Sampai bila kesuburan ini bertahan? Wallahu A'lam

7 comments:

en_me said...

cerita yg sedih juga.. tapi apa cerita yg sebenarnya dari pihak bekas sisuami yg kawin lagi ittewww..

btw, salam ramadhan cikgu panji tewww..

Anonymous said...

en_me,
kita hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakkal.

Anonymous said...

kenapa selalu lelaki?

msf

Anonymous said...

InsyaAllah, anak-anak saudara lelaki Che Sue bersih dari sifat-sifat tersebut.

Intan said...

Sedih la citer ni cikgu. Nauzubillah.

Cuma mampu berdoa...

echah_syed said...

CP >> wanita wajib bekerja walopun suaminyerr mempunyai harta bergunung emas sbb bkn sume rumah tangga akan bahagia kekal smpi ke hujung nyawa.. :(

semasa bersama duit kamu duit aku..tp bila berpisah terpaksa naik turun mahkamah utk tuntut nafkah.

semoga precious mendapat jodoh yg baik..insyaALLAH.

Anonymous said...

je,
bagua...bagus

intan,
semoga kita dijauhi drp keadaan sebegitu rupa.

combi,
kita memang doakan yg terbaik utk orang2 yg kita sayang.