Saturday, September 13, 2008

Sehari Di Kuala Lumpur


Naik bas di KB jam 11 mlm. Sampai Hentian Putra lebih kurang jam 6 pagi.
Pukul 8 lebih, menghantar barang-barang rakan dari Brunai di Piccolo Hotel Bukit Bintang.
Berpusing-pusing pakcik teksi tu mencari.
Kemudian mengingati nostalgia lama di Jalan TAR. Masih seperti dulu.........
Jam 10 pagi, berurusan dengan seorang rakan di ?? (bangunan hadapan Kompleks Pertama)
Seterusnya beralih kpd acara yang menyeronokkan di Sogo.
Acara di dlm Sogo berakhir lebih kurang 1 jam kemudian kerana terpaksa menunggu seorang rakan yang ingin mengambil barang tempahannya pada pukul 11 pagi.
Seterusnya keluar masuk kedai kain, kasut, tudung sepanjang jalan TAR.
Selepas pakwe selesai solat Jumaat di masjid berhampiran, kami menghantar barang-barang tempahan ke rumah seorang rakan di Shah Alam. Terima kasih kepada kawan yang sudi ambil dan hantar kerana kami langsung tak tahu jalan di KL.
Jam 5 petang, kami bertolak dari Shah Alam dan sampai di Hentian Putra pada pukul 6 ptg.
Sempat membeli barang pesanan si kecil Ain di The Mall sebelum berjumpa dan dibawa berbuka puasa oleh seorang kawan di sebuah Golf Club yang best ituu. Terima kasih kerana aneka makanan yang lazat dan terima kasih juga kerana satu beg bekal aneka makanan dan minuman yang kami buka bila sampai rumah jam 4.30 pagi tadi. Kenyang dan mengantuk, tak sempat buka dan makan sepanjang dlm bas. ( En. Syaharim, bestnye keta!!)
9.00 - 4.00 lena time yang nikmat kerana keletihan yang amat.




Masa di The Mall tu kan, mata saya mcm takleh kawal bila terpandang hbag dan kasut kat situ. Melilau-lilau. Kaki pun mcm susah nak melangkah meninggalkan tempat tu.Hati pun suka sangat nak singgah dan sempat lagi berbisik, relaks le, bukan nak beli pun, dpt belek-belek pun jadi le...kesiannye. Tapi nak buat macamana, takdan nak singgah. .
Sebenarnya, nak cakap kat sini, saya ni seorang yang SABAR. hehe

9 comments:

@LiYaNNuaR said...

alhamdulillah... sabar betul! kalau sya... dah sambar satu dua tau... huhuhu...

nordee said...

mana boleh pisahkan perempuan dan shopping...hehe

cikgu panji said...

@liyannuar,
Terpaksa...sabar je la

nordee,
shopping kan satu satu btk terapi minda. hehe

Anonymous said...

itulah sebahagian keindahan bila bermusafir,banyak perkara yg tak dijangkakan.

cikgu panji said...

musafir,
betul tu.kalau poket tebal, lagi seronok musafirnye...hehe

Intan Rosnitta said...

Letih tapi best!!!

cikgu panji said...

intan,
ya betul...lama tak gi kl.

Kujie said...

wahhhhh..seronoknya
tapi kak jie yg jaraknya dr KL 30Km ni pun dah lama tak bersesak2 ke KL time nak raya...penat dah lelah ( baca : risau isi beg duit kena copet oleh jurujual )

kata org kan...kata org lah..bkn kata kak jie..mencegah lebih baik...kehkeh

cikgu panji said...

k jie,
betul sangat le tu.mencegah lebih baik dari mengubati. hehe