Makanan yang banyak dan pelbagai menyebabkan ramai orang suka makan dan kadang-kadang menyebabkan berlaku pembaziran. Walaupun pada bulan puasa ini kita hanya makan pada waktu malam, tetapi ramai antara kita berbelanja untuk makan minum melebihi daripada hari-hari biasa. Dan ramai antara kita yang memang telah memperuntukkan wang yang lebih untuk perbelanjaan makan minum pada bulan ini.
Ketika lapar berpuasa, nafsu berkata sedap pada bermacam-macam jenis juadah yang dapurnya merata-rata tempat dan lokasinya dari perkarangan stadium hinggalah ke tepi-tepi jalan kecil dan besar. Dari yang berkedut seperti akak kedut hinggalah kepada yang tegang seperti agar-agar merah. Dari nasi putih hinggalah nasi hitam,kuning dan ungu semuanya nampak sedap. Dari yang basah berkuah seperti gulai serati hinggalah yang kering garing seperti daging bakar. Dari air sirap hinggalah kepada air nira dan kelapa muda. Tiada yang nampak tak sedap melainkan sedap-sedap belaka.Itu belum lagi dicampur dengan bermacam-macam collek yang dijual hingga lewat malam sekitar Kelantan di bulan puasa iniyang juga memikat jemaah yang balik dari solat terawikh seperti collek buah, collek kerang, collek keropok, collek perut, collek ayam dan sebagainya. Semuanya membikin nafsu makan meronta-ronta.
Jadi, untuk berjimat dan tidak terlalu mengikut nafsu makan, andaCP terutamanya disarankan supaya hanya membeli barang atau keluar ke kedai pada waktu pagi sahaja untuk mengelakkan daripada bersua muka dengan makcik-makcik atau kakak-kakak dan adik-adik yang sentiasa bermanis muka walaupun tidak melambai dengan jualan mereka yang serbamaknika, bergeraikan sebiji meja dimana-mana sahaja yang biasanya bermula seawal pukul dua.
Ketika lapar berpuasa, nafsu berkata sedap pada bermacam-macam jenis juadah yang dapurnya merata-rata tempat dan lokasinya dari perkarangan stadium hinggalah ke tepi-tepi jalan kecil dan besar. Dari yang berkedut seperti akak kedut hinggalah kepada yang tegang seperti agar-agar merah. Dari nasi putih hinggalah nasi hitam,kuning dan ungu semuanya nampak sedap. Dari yang basah berkuah seperti gulai serati hinggalah yang kering garing seperti daging bakar. Dari air sirap hinggalah kepada air nira dan kelapa muda. Tiada yang nampak tak sedap melainkan sedap-sedap belaka.Itu belum lagi dicampur dengan bermacam-macam collek yang dijual hingga lewat malam sekitar Kelantan di bulan puasa ini
Jadi, untuk berjimat dan tidak terlalu mengikut nafsu makan, anda
Apa salahnya jika kita memasak ala kadar seperti biasa tanpa juadah yang memenuhi meja, dengan air yang bermacam colour. Bukankah semasa lapar semua sedap belaka walaupun hanya berlaukkan ikan goreng / ikan singgang dan budu bercicahkan pegaga.
Dalam pertarungan ini
Usah menangkan nafsu
Agar kita mendapat kemenangan dan habuan.
Serta keberkatan Ramadhan.
14 comments:
hebat jugak penangan Pasar Ramadhan ye....Selamat Puasa CP..dan selmat untuk ain jugak..moga2 dapat puasa penuh sampai penghujung bulan
Betul tu cikgu....nasib baik sejak Ramadhan ni..tak pernah pergi sekali pun..kadang2 bukan nak beli pun..cakap nak intai2..nak tengok..org ramai meriah je..tapi bila balik..alih2 tengok dua2 belah tangan ada..hehehehe
selamat berpuasa dan selamat bersahur cikgu panji ittewww..
nordee,
Pasar Ramadhan kat kelantan memang meriah. ada beranika makanan dan minuman....
jie,
Kalau pergi untuk membeli apa yg dirancang di rumah takpe le jugak. Yg tak tahannya, bila sampai sana semua teringin. Last sekali tong sampah yg makan. hehe
en_me,
Selamat berpuasa dan melipat gandakan amal ibadat. Semoga pengisian Ramadhan kali ini lebih baik drp tahun2 sebelumnya.
combi mmg berniat nak sedekah kat param tadi sbb kesian dorang berjualan dlm ujan lebat..
diam tak diam combi belanja hampir rm50++ hehehh :)
takpe balik dgn hati yg sgt puas.alhamdulilah.
OOO...baik hatinya. Esok pergi lagi ye...Belanja lebih lagi. hehehe
saya tarawih satu malam saja kat masjid.Terpaksa buat sendiri kat tempat tinggal kerana juadah lepas tarawihnya. . . Betullah banyak pembaziran.
begitu jugak berbuka.
sepatutnya masjid tempat tumpuan musafir.
sini xdok bazar ramadhan.. huhuhu
Betul sgt cikgu...
Baru 2 hari lepas masak ikan singgang cicah dgn budu + cili api + limau nipis. Kenyang jugok!!!
;)
Salam cikgu..
Salam perkenalan & salam ramadhan..
jelajah punya jelajah, sampaila sy ke blog cikgu,hu3..tp, sy cam suami cikgu tu, die ajar silat gayung kt kolej saya la,hehe..
musafir,
bila nak kembali ke tanah air?
Ih,
th depan boleh le tiap hari ronda bazar ramadhan.
intan,
budu memang membuka selera. hehe
kylex,
t kasih krn singgah. Silap orang kot.hehehe
bermusafir tak semestinya diluar negara.Dua marhalah saja sempadannya.
Salam cikgu...
Sepanjang 9 hari yg lepas, su tak pegi lagi Bazaar Ramadhan. Balik kg 2-3 ari lepas pun, su tak pegi jugak. Tahu diri tak kuat... huhu...
su, bagus...bagus.
raya nanti berganda le duit raya utk budak-budak.hehe
Post a Comment