Saturday, May 31, 2008

3 jam Kelas Tambahan

Kelas aku hari ni dari 8.30 - 10.00, kemudian sambung 10.30 hingga 12.00 tghri. Habis kelas, legaa rasanya. Balik rumah, terus ke rumah mak saudaraku yang mengadakan kenduri kahwin. Kenduri, kenduri, kenduri... Rupanya makan banyak-banyak ni sangat meletihkan. Kawan-kawan yang baca blog ini pun sama jugak letihnya kerana banyak sangat entry pasal makan minumku sejak akhir-akhir ini. Sorry lah ye... Untuk menghilangkan keletihan kerana kekenyangan, mari sama-sama kita nikmati bunga yang teramat cantiknya ini. Kerana terpikat dengan kecantikannya ini, aku dah tanam sebatang pokoknya semalam. Harap-harap hiduplah ye..

Friday, May 30, 2008

Asyik Makan, makan, makan







Ingat ya, kita hidup ni bukan untuk makan. Tapi kita perlu makan untuk meneruskan kehidupan. Hari ni saya masak sikit je. Gulai..... (takleh cakap), ikan goreng dengan ulam-ulaman dan semestinya rakan karibnya budu. Tapi, dah siap masak, ada lagi rezeki di hari jumaat penghulu segala hari ini. Ada saudara menghulur siput masak lemak dan kerabu kulat campur buah bacang. Wow...memang special punya.

Tuesday, May 27, 2008

Dua Beranak Mati Disembelih

Selasa 27 Mei, ketika seluruh ahli keluarga sedang berehat-rehat di awal pagi, mereka telah didatangi oleh 2 makhluk yang tidak dikenali. Tanpa membuang masa si ibu dan si anak jantan dalam keluarga tersebut telah ditangkap. Walaupun mereka telah berusaha untuk melepaskan diri masing-masing tetapi kudrat mereka tidak sekuat makhluk-makhluk tersebut. Akhirnya sebelum sempat meninggalkan pesan, 2 beranak tersebut mati disembelih. Selepas melalui beberapa proses yang panjang, akhirnya dua beranak tersebut telah dimasak sebagai lauk yang power untuk jamuan tengahari tadi.

Si ibu menunggu masa utk disembelih
Selepas disembelih
Giliran si anak

Sedia untuk dimakan

Mungkin ada yang tidak sampai hati untuk makan gulai ayam Belanda tersebut.
Jadi, inilah pilihan yang ada

Special punya. Collekk


Monday, May 26, 2008

Masuk Maktab

Awal pagi tadi, aku masuk maktab Sultan Mizan. Bukan keseorangan tetapi bersama pakwe dan seorang anak saudara. Tujuannya tak lain tak bukan menemani anak saudara yang akan ditemuduga di sini. Pukul 7.15 pagi kami sudah terpacak di sini. Setelah calun temuduga dah masuk bilik/dewan, aku dan pakwe keluar merayap mencari makan. Dah kenyang makan ( tengok le saiz pic kat bawah.Breakfast ke lunch? ) kami merayap pulak ke pasar pagi/pasar tani berdekatan. Dah lenguh kaki, kami balik ke maktab. Lamanya menunggu.... Nasib baik boleh online. Sementara pakwe berdengkur dalam kereta, aku layan je blog strawberry ku ini. Pukul 11+ segalanya selesai dan kami meninggalkan maktab Sultan Mizan.

Tengok...byknye makan

Nampak tak sebakul strawberry ku

Sunday, May 25, 2008

Makan-makan












Cuti sekolah kali ini kemungkinan besar saya sekeluarga tidak sempat untuk bercuti ke mana-mana destinasi percutian luar dari Kelantan. Jadi, kami banyak menghabiskan wang masa dengan mengunjungi tempat-tempat yang dirasakan menarik di sekitar tempat kami. Juga, semestinya keluar makan ke restoran-restoran kegemaran kami. Jadilah ye...

Sepetang Di sebuah Kuala












Saturday, May 24, 2008

Betik Free


Pada suatu petang, sedang Pak Mat sibuk berniaga betik di gerainya, beliau telah dikunjungi oleh seorang pemuda.
.
Pemuda : Berapa harga sebiji betik ni pakcik?
.
Pak Mat : Murah je, RM3.00 sebiji.

Pemuda : Manis ke betik ni pakcik?

Pak Mat : InsyaAllah manis.

Pemuda : Kalau tak manis macamana pakcik?

Pak Mat : Ooo...kalau tak manis, pakcik bagi free je. Anak tak payah bayar.

Pemuda : Kalau macam tu, saya nak batik yang tak manis 5 biji. Free kan....

Pak Mat : ?????


Friday, May 23, 2008

Nak Cikgu Sayang??

Mesti taat kepada Tuhan
Mesti ke sekolah tidak berpeleseran
Belajar bersungguh jangan main-main
Homework mesti siap on time
Sayangi ibubapa juga rakan-rakan
Dengar cakap cikgu patuh arahan
Berbudi, bersopan satu kemestian
Ingat
Lembab, bodoh bukan halangan
Asalkan ada kemahuan
InsyaAllah akan dipermudahkan
Segala usaha membuahkan kejayaan
Sungguh
Cikgu sayang anda dan kawan-kawan
Tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran

Nikmat Cuti


Cuti Pertengahan Tahun
23 Mei - 8 Jun 2008
.
Pagi tadi aku sempat masak nasi goreng, telur mata kerbau dan goreng keropok.
Lepas tu bersantai-santai, berjoging berbloging2 keliling dunia semahu-mahunya.
Walaupun cutiku ini berbekalkan 12 bundle skrip jawapan pelajar yang perlu ditanda aka periksa, tapi untuk dua tiga hari ini aku ingin menikmati cuti ini dgn sebenar-benar cuti. Dahsyatnye....ada jugak cikgu macam ni ye? Jangan tiru macam saya.....
.

Tapi kan, pukul 4.30 pagi tadi saya dah bangun.
Bancuh susu dan suapkan ubat untuk Ain.

Thursday, May 22, 2008

Baru Kebah

Ptg tadi sekali lagi aku bawak Ain ke klinik( tak jadi gi hospital ). Masa tu dia dah ok sebab 2 jam sebelumnya aku dah bagi ubat. Bila nampak tempat gelonsor kat dlm klinik tu, nak jugak dia main. Dr cakap takde tanda-tanda penyakit serius. Alhamdulillah.
Dari klinik, kita terus je ke pantai berdekatan. Layan keropok lekor dan meehon. Orang demam makan le sikit. Ok le tu.

Atas
Muka orang yg "kedemaman"
(Istilah yg salah. Jgn saman saya)





Hari Ketiga Jadi Misi

Rasanya dah lebih setahun buahati pengarang jantungku tidak demam atau dijangkiti apa-apa penyakit. Namun, panas tidak berpanjangan. Selasa lepas Ain demam hinggalah ke hari ini. Kejap demam, kejap ok. Aku dah bawa jumpa Dr tapi demamnya masih lagi berulang. Rasanya ubat demam pun dah nak habis. Petang/malam nanti kalau keadaan tak berubah, aku bercadang untuk check darah di hospital. Tapi, masalahnya bila aku cakap nak bawak gi hospital, dia dah meraung....

Sepanjang tiga hari ni, aku dah jadi misi tak bertauliah. Letih jugak jadi misi kepada pesakit yang kerjanya merengek je. Semua makanan dah jadi tak sedap termasuklah minuman yg selama ini amat lazat. Nak tahu? Inilah minumannya yang tiga hari ini dah tak lazat.

Monday, May 19, 2008

Syoknya Cuti

Makcik sebelah kanan ni terkial-kial nak balut hadiah sempena hari guru Jumaat lepas. Kalau dibiarkan, mahu rasanya sampai malam tak siap.
Dah siap balut hadiah, kita bertiga beralih kepada sesi bergambar. Lokasinya sama tak beralih-alih. Sebenarnya kami nak tengok antara kami bertiga, siapa yg paling terer ngambik gambar.







Abahnye tak mandang, gi tempat budak kursus di Lata Belantan.

Kenduri



Banyaknya jemputan kenduri kahwin sepanjang cuti sekolah ni. Sebelum kadnya hilang, ada baiknya saya senaraikan di sini.
23 Mei 2008 ................... Cikgu Shamsuddin di Kg Kota
25 Mei 2008 ................... Ramli di D Durian
25 Mai 2008 ................... Kak Asnah di Pasir Tumbuh

26 Mei 2008 ................... Ramlah di Kg Baru

26 Mei 2008 ................... Di Bachok

29 Mei 2008 ................... Zie di Kota Bharu

31 Mei 2008 ................... Cikgu Hail Miah di Kubang Kerian

01 Jun 2008 ................... Datin Rahimah di D Durian
.
01 Jun 2008 ................... Fauzan di Banggu

01 Jun 2008 ................... Wan di Taiping
.
06 Jun 2008 ................... Ust Halim di Bachok
.
06 Jun 2008 ................... Mat di D Durian

Makan-makan





Malam tadi sekali lagi kita berkumpul.

Maaf, Gelap le pulak.

Saturday, May 17, 2008

Sabtu Yang Meriah

Pagi tadi, selepas menyelesaikan beberapa urusan di KB, kami sekeluarga ke Pengkalan Kubur. Ronda-ronda mencuci mata. Bila mata dah cuci bersih, semua yang dilihat kelihatan menawan. Hehehe.
Petangnya, tolong masak aka menyibuk rumah abang yang akan mengadakan kenduri pada malamnya. Dah siap masak (org lain yg masak), kita ramai-ramai menyertai acara mencicah mempelam muda. Collek la... Kecik besar, tua muda semuanya layan collek. Orang German terliur....Uwaa..Orang UK pun terliur...Sabar...

Malamnya, selepas solat hajat, kita makan nasi dengan gulai kawah bersama kuncu-kuncunya. Sedap.... Malam esok, kita sambung lagi acara makan-makan
















.

Friday, May 16, 2008

Berduyun SMS

Antaranya:



Before 16 th May
Before the battery dies
Before the operators get busy
Before the sms get jam
Let me be the first 2
Wish you....
Happy Teacher's Day
- Ida

*
*
*
T - ender
E - njoyable
A - dmirable
C - aring
H - onest
E - ncouraging
R - espectable
" Best wishes to you on Teacher's Day"
- Azhan

*
*
*
Dulu DIA pegang rotan
Kau kata DIA garang
Bila DIA lambat
Kau kata DIA malas
Bila DIA marah
Kau kata DIA melampau
Kini kau adalah DIA
"SELAMAT HARI GURU"
- Tini

*
*
*
Adakala kita dicaci
Adakala kita dimusuhi
Adakala kita dimarahi
Adakala kita tidak dihargai
Tapi
Kita tetap tersenyum pilu
Kita tetap mara melangkah
Kita tetap sabar
Kita tetap jitu & ikhlas
"Selamat Hari Guru"
- Lah

*
*
*

SWEET sms
to a SWEET teacher
from a SWEET person
for a SWEET reason
at a SWEET time
on a SWEET day
in a SWEET month
and SWEET year.
Have a SWEET TEACHER'S DAY.
- Kak G

Thursday, May 15, 2008

Selamat Hari Guru

Untuk
Semua guru-guruku
Rakan-rakan guru
Dan semua guru
Walau dimana anda berada
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu
membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan




Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Tuesday, May 13, 2008

Musim Bunga??






Patutla sehari dua ni hatiku berbunga. Rupanya sekarang ni musim bunga.
Pic diambil berhampiran tadika Intelek Maryam.


Terimakasih

Harganya bukan terletak pada nilai.
Hadiah istimewa dari insan yang istimewa.
Ummi saaayang Ain

Monday, May 12, 2008

Gandingan Mantap






















Kenyang perut, senang hati?? Tak semestinya. Betul tak?
Tapi malam ni, memang kenyang perut dan tersangatlah senang hati. Syukur Alhamdulillah.