Tuesday, May 27, 2008

Dua Beranak Mati Disembelih

Selasa 27 Mei, ketika seluruh ahli keluarga sedang berehat-rehat di awal pagi, mereka telah didatangi oleh 2 makhluk yang tidak dikenali. Tanpa membuang masa si ibu dan si anak jantan dalam keluarga tersebut telah ditangkap. Walaupun mereka telah berusaha untuk melepaskan diri masing-masing tetapi kudrat mereka tidak sekuat makhluk-makhluk tersebut. Akhirnya sebelum sempat meninggalkan pesan, 2 beranak tersebut mati disembelih. Selepas melalui beberapa proses yang panjang, akhirnya dua beranak tersebut telah dimasak sebagai lauk yang power untuk jamuan tengahari tadi.

Si ibu menunggu masa utk disembelih
Selepas disembelih
Giliran si anak

Sedia untuk dimakan

Mungkin ada yang tidak sampai hati untuk makan gulai ayam Belanda tersebut.
Jadi, inilah pilihan yang ada

Special punya. Collekk


12 comments:

Anonymous said...

Konco-konco Naziha!!!! hahahaha

Rumah Kuning said...

orang jauh sabar je la...hehehe

echah_syed said...

tak sampai hati tgk kena sembelih laa cikgu..:(

tp smpi hati mkn jek... :p

Rumah Kuning said...

Ooo...saya tak sampai hati nak masak.Makan ok.hehe

Bint Lazim said...

hehe best2. curi gmbar ayam blanda eyh. :D

Anonymous said...

Ambik le nor...tambah2.

CikguZue said...

oh tajuk yang menggemparkan!!

baik juga pasal makan2...no komen. belasah makan je....hehehe

colek pun sedap nampak...

Rumah Kuning said...

cikguzue,inilah antara kerja musim cuti yg digemari...hehe

Anonymous said...

waaaaaa!! zalim! zalim!.. kejam!!.. kejam!! tak aci. lain kali bagitau dulu eh. boleh aku tumpang makan.. hehe

Rumah Kuning said...

cikgu jawe, saya gi jemput kat quarters tu, cikgu takde. saya gi kat umah baru tu, takde jugak.Rasanya kita selisih jln atau cikgu gi main boling.takdak rezeki le tu...

teacher baker said...

salam perkenalan, cikgu..
bersama2 lah kita mendidik anak bangsa...
hidup cikgu!!!!

Rumah Kuning said...

dee_dee, t kasih.
InsyaAllah semoga semangat ini tidak luntur.