Friday, May 9, 2008

Sangka Sangka

Manusia ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik
Ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang rehat disangka malas
Orang berpakaian baru disangka menunjuk
Orang berpakaian buruk disangka hina
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang berbincang disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang ceria disangka mengada
Orang bertanya disangka menyibuk
Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
Manusia...manusia
Usah tambahkan dosa
Dengan bersangka-sangka

4 comments:

Jie said...

hari ini saya bersangka cikgu sangat ceria kerana bercuti hujung minggu..buleh gitu?

Rumah Kuning said...

Memang hari ni sangat ceria kerana cukup tidur.Esok tak berapa ceria kerana ada kelas tambahan.Uwaaa

echah_syed said...

combi bersangka cgupanji ni mmg baik hati.. :)

Rumah Kuning said...

Combi, t kasih.Nanti nak cari duit berkarat sposen nak bagi...