Hari Ketiga Jadi Misi
Rasanya dah lebih setahun buahati pengarang jantungku tidak demam atau dijangkiti apa-apa penyakit. Namun, panas tidak berpanjangan. Selasa lepas Ain demam hinggalah ke hari ini. Kejap demam, kejap ok. Aku dah bawa jumpa Dr tapi demamnya masih lagi berulang. Rasanya ubat demam pun dah nak habis. Petang/malam nanti kalau keadaan tak berubah, aku bercadang untuk check darah di hospital. Tapi, masalahnya bila aku cakap nak bawak gi hospital, dia dah meraung....
Sepanjang tiga hari ni, aku dah jadi misi tak bertauliah. Letih jugak jadi misi kepada pesakit yang kerjanya merengek je. Semua makanan dah jadi tak sedap termasuklah minuman yg selama ini amat lazat. Nak tahu? Inilah minumannya yang tiga hari ini dah tak lazat.
2 comments:
nak bermanja2an la tu sempena cuti sekolah nie!
Kalau setakat nak bermanja2, no problem. hehehe. Dah 2 hari dia tak ke tadika.
Post a Comment