Tuesday, September 2, 2008

Belajar Puasa

Semalam Ain puasa sampai pukul 2.30 ptg walaupun hanya bersahur dengan sebotol susu.
Waktu bersahur pagi tadi pula, dengan eloknya dia bangun dan makan nasi walaupun tidak sebanyak mana.

Dan seperti yang diduga, balik dari sekolah tadi, dia minta nak buka puasa.

Bila sudah tidak makan pujuk, CP keluarkan RM10 dan menyatakan wang tersebut akan menjadi miliknya kalau dia berpuasa penuh.

Dan dia menarik balik hasratnya.

Sebelah petangnya, keadaan menjadi lebih kritikal bila RM10 sudah tidak dipandangnya lagi sehingga CP terpaksa membawanya meronda KB. Dan seperti biasa, belum pun 5 minit di dalam kereta, dia sudah terlena.

Dari KB, CP terus ke rumah MIL dan hanya balik ke rumah ketika hampir waktu berbuka.

Alhamdulillah, dengan segala susah payah, hari ini buat pertama kalinya Ain berjaya puasa penuh.


Makcik yang lena keletihan

7 comments:

Anonymous said...

"Bila sudah tidak makan pujuk, CP keluarkan RM10 dan menyatakan wang tersebut akan menjadi miliknya kalau dia berpuasa penuh."

Lucu-lucu. hahhahaha. Taktik yang biasa digunakan oleh ibu-bapa. hehhehe

Anonymous said...

Tahniah ain.. huhuhu

Anonymous said...

TAWARAN HEBAT sempena ramadhan.
RM10 = kanak2 (syurga)
DendaRM = Baru dewasa (Azab)
Ikhlas = Dah lama dewasa.

Org musafir puasa?

Anonymous said...

je,
awk dulu pun dapat upah jugak kan!! hehe.

paih,
ain posa sampai takleh cakap.letih ooo...

musafir,
budak sekecik ain puasa kerana habuan dunia.langsung tak ikhlas...
org musafir yg cukup syarat harus berbuka dan wajib ganti. saje ngajar itik berenang.hehe

Intan said...

Tahniah ain!

Byk hari lagi ni, cikgu kena siapkan rm10 byk2 utk ain...hihi :D

Jie said...

hahahaha.... hari ni demand 50% lagi ye ain

Anonymous said...

intan,
hari minggu malas le pulak dia nak berpuasa. Pagi lagi dah mintak susu botol...

jie,
Kalau naik lagi 50%, harus kena bayar ansur. hehe