Wednesday, October 8, 2008

Cerita Semalam

Sebaik melabuhkan punggung di kusyen kereta buruk lagi kecii milikku, Ain meminta untuk membeli keropok lekor .
Saya berhenti betul-betul di tepi gerai berhampiran tadika tempat Ain belajar.
Makcik pemilik gerai memaklumkan keropok telah habis dan mataku ghairah memerhati pisang goreng yang masih panas.
Tak apalah makcik, bagi pisang goreng je lah.
Sebenarnya, di hadapanku telah ada dua orang kanak-kanak yang juga ingin membeli pisang goreng.
Tangan makcik tersebut lincah memasukkan pisang goreng ke dalam plastik untuk kanak-kanak tersebut.
Dan.... Cikgu, cukup untuk demo dua orang ni je. Saya cepat-cepat melihat ke arah kuali di belakangnya....kosong.
Tak apalah makcik.
Saya terus memasuki kereta dan memaklumkan ketiadaan keropok dan pisang goreng kepada Ain.
Untuk tidak menghampakannya, saya singgah pulak di gerai berhampiran untuk membeli milo ais. (Minuman kegemaran kami di gerai tersebut).
Sebaik saja saya menghampiri gerai tersebut, tuannya bersuara: Cikgu nak milo beng ke? Air batu takdak, habis dah.
Sekali lagi, saya bersuara lemah. Tak apelah.
Sebaik saja memasuki kereta, Ain bertanya: Mana air?
Cepat saya jawab: Ais takdak.
Dalam perjalanan pulang, saya kembali membayangkan keropok lekor, pisang goreng dan air kelapa yang biasanya menjadi jualan sebuah gerai berhampiran dengan rumah saya. Tiba-tiba Ain bersuara: Ummi, kita beli keropok ngan air dekat rumah kitalah. Saya hanya mendiamkan diri.
Sampai di gerai tersebut...... Opss....tutup. Kwang...kwang....kwang.
Ain laju je mengomel: Ada kedai sangat....tutup,tutup,tutup.




Pengajarannya: Bukan semua benda yang kita nak, akan kita perolehi.

9 comments:

Intan said...

Pandai betul ain mengomel...

Tak ada rezeki cikgu. Musim raya ni jual apa pun laku.

:)

Anonymous said...

intan,
memang makcik tu byk mulut mengalahkan mak nenek.

Anonymous said...

huhu...ada 2 pengalaman pahit mcm mengkudu masa raya baru ni

1. kita dah dok 1 jam dia tak hantar lagi..pastu baru terperasan dia lum hntr order....tapi sejuk lah juga sebab dia minta maaf

sabar jelah...dah kita mmg set nk hepi2 ..jalan2..makan2...tak moh lah split mood tu.

2. masa otw blk lepas raya..udah le payah nk jumpa kedai buka..singgah satu kedai, kami dok meja betul2 mengadap pintu dia keluar masuk hntr hidangan...dok sejam gak..tak hantar2..kita ingat ke org ramai, giliran pun lambat..tapi alih2 tgok org kemudian dah dpt..baru la kita tanya..rupanya dia dah hilangkan kertas tulis order..tak ke hangin..kita ni dok depan...tmpat yg jelas dan terang tak kan tak perasan dah lama tak dpt lagi..
last2 bangun mcm tu je...mengamuk gak...dia ckp air tak payah bayar...

itulah....kalau dah byk pelanggan..service pun tk jaga..mcm le nk cari rezeki satu hari tu je..

darurat aje gamaknya sanggup nk singgah situ lagi...

Anonymous said...

kujie,
dalam suka ada gak yg tak bestnye.kadang2 diorang tu mkn gaji.jadi service yang tunggang terbalik diorang tak kisah.masa boss ada baru segalanya teratur.kalau boss sendiri tak kisah, tak jaga...alamak tak lama le usia perniagaannya.

echah_syed said...

org melayu raye sume kedai mkn tutup..so gi jelaa mcd restoran kegemaran ku ekeke :p

Bint Lazim said...

haha lawak ain. tutup tutup tutup

Anonymous said...

combi,
bukan nak makan beria,setakat nak beli air ngan keropok tepi jln je.kalau mcd nanti, tak pasal2 kena gi tengah bandar le pulak.

Anonymous said...

nor,
biasa le mulut makcik tu.
semalam dia tanya c su, bibik tu apa. c su cakap orang gaji.dia cakap balik,bukan orang gaji,pembantu rumah. Dia tanya lagi,kenapa kita takde bibik? c su cakap kita tak perlu bibik.kita boleh buat sendiri kerja rumah.Dia cakap, nanti bibik boleh tolong buat air,tolong bersih rumah...bla bla.ummi bayar le bibik tu.
Ada je idea dia.

Anonymous said...

bestnyer!!! nak bibik jugak la cam ni...