Saturday, October 18, 2008

Cerita Semalam

Semasa saya dan sepupu keluar dari kebuah kedai untuk ke kedai yang lain, sebuah motosikal memecut dgn lajunya hingga nyaris-nyaris merempuh sebuah proton wira di tepi jalan.
Beberapa saat selepas itu, seorang wanita muda yang cantik bergaya berlari, menangis dan berteriak sekuat-kuatnya juga dari arah motosikal tadi.
Kami berdua yang menyangka wanita tersebut gila hilang akal, cepat-cepat berpatah balik untuk memasuki semula kedai tadi.

Oh...Kesian sungguh.... Rupa-rupanya lelaki bermotosikal tadi telah meragut handbag warga Indonesia itu. Melihatkan gaya wanita tersebut, kemungkinan besar beliau seorang pelancong.
Dan lelaki tersebut dapat melepaskan dirinya yang menjadi sampah masyarakat itu.
Sungguh memalukan....

7 comments:

Intan said...

Kat Kb pun ada citer mcm ni?
Manusia... manusia...

CikguSepajo said...

Penjenayah semakin galak di Malaysia kerana orang kita mengamalkan prinsip "jangan jaga tepi kain orang" Sampai masa kita semua beri kerjasama membenteras jenayah. :)

Anonymous said...

intan,
terlalu byk walau dimana sahaja hingga ke kg2.br2 ni ada seorg nenek meriba cucu di hdpn rumah,lelaki bermotosikal berhenti konon2 bertanya jln. sambil2 bertanya tu dia meragut rantai si kecik yg diriba oleh nenek tadi.memang menakutkan

cikgusepajo,
walau dimana berada, mesti berhati-hati.

arsaili said...

salam...apa cikgu...cam mana raya..saya ni baru sempat nak beraya kat umah cikgu ni secara virtual..ahahah ....berhati2 dimana jua kita berada

Anonymous said...

arsaili,
Alhamdulillah raya meriah.
Nape baru dtg? kuih raya tinggal yg patah2 je le.

@LiYaNNuaR ツ said...

perlu lebih hati2... rasa nak baling je tumit tinggi... biar kena tang badan dia! nak pulak kena tang tumit tuh... uiks.. ter emo pula di sini... takpa kan... huhuhu...

Rumah Kuning said...

Liyannuar,
Berani ke nak baling kasut? Takut wei...