Tuesday, October 21, 2008

Kerana Mulut

Maksud mengumpat:
Mengata atau menceritakan keburukan orang lain semasa ketiadaannya serta boleh menimbulkan kemarahan apabila dilakukan dihadapannya

Maksud Memfitnah:

Melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti

Buruk dan hinanya mengumpat disamakan dengan memakan daging saudara seagama. Dosa mengumpat bukan sahaja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah SWT biarpun pelakunya betul-betul bertaubat melainkan diampunkan oleh orang yang kena umpat.
Di akhirat nanti, pahala pengumpat akan diberi kepada yang kena umpat dan sekiranya tiada pahala lagi dosa yang kena umpat diberi kepada pengumpat.


Ingat,
Yang paling dekat - Mati
Yang paling jauh - Masa

Yang paling besar - Hawa Nafsu
Yang paling berat - Amanah
Yang paling ringan - Tinggalkan solat
Yang paling tajam - Lidah


15 comments:

echah_syed said...

fitnah melempar tuduhan tanpa bukti..

combi suke kenyataan ni..

utk yg suke2 buat fitnah,umpat mengumpat,hasut menghasut..

sedarlaa diri yer !

*pesan kat diri sendiri gak :D

Anonymous said...

cerita keburukan org pulak masuk katogeri mengumpat.bahaya....

NONO said...

salam,

btul tue...krn mulut..segalanye boleh "berlaku"...

Anonymous said...

nono, tak suka dgn or yg selalu bawak mulut.hehe

echah_syed said...

lol.. tak bawa mulut mcmane nak mkn ekeke :p


larikksss..!

Anonymous said...

Combi,
sekeh kangg....

kuIna said...

kerana mulut badan binasa kan...
tp sy tak bawa mulut kat sini cuma nk jemput p umah saya makan mempelam... hehehe...

Anonymous said...

kuina,
lebih baik mendiamkan diri drp bercakap perkara2 yg menyinggung perasaan orang lain dan mendatangkan dosa.
kejap lagi saya gi rumah. Jgn lupa simpan sikit mempelam.

Anonymous said...

Takut ddengar, tapi baik takut dok
MSF

Rumah Kuning said...

musafir,
InsyaAllah kita sentiasa hidup antara takut dgn harap.

alia said...

kadang kala bukan nak cerita keburukan org just nak lepas geram...."ya allah geramnya ngan si pulan nie ada ke patut dia...bla..bla..bla.."

Anonymous said...

alia,
tepuk dada tanya iman.yg baik ada, yg buruk pun ada....hehe

CikguZue said...

kena cepat2 minta maaf, lebih2 lagi time raya2 ni. cuma, kadang bila raya2 la lagi bertambah dosa dgn mengumpat...na'uzubillah.

ija said...

insaf baca entry ni

Anonymous said...

cikguzue,
sama-samalah kita menjaga lidah sbb dosa mengumpat dan memfitnah sgt besar.

ija,
semoga kita tidak muflis di akhirat nanti.