Sunday, November 23, 2008

Apa Nak Jadi?

Semasa sedang makan di sebuah kedai makan ( mungkin terlaris ) di bandar Kota Bharu dua tiga hari lepas, anak tuan kedai bercerita beg berisi duit jualan pada hari tersebut telah dilarikan oleh seorang pekerja kedai mereka.

Semasa membeli putu halba yang menjadi pujaan warga Kelantan di musim tengkujuh ini, makcik penjual bercerita beg yang berisi wang hasil jualan telah dilarikan/ragut oleh pembeli selepas berlaku rebut merebut dan "senjah menyenjah" antara mereka berdua.

Sudah berbulan-bulan rumah mertuaku ketiadaan talian telefon setelah beberapa kali kabelnya dipotong dan dicuri.

Manusia yang melarikan beg duit dalam kejadian pertama adalah Melayu beragama Islam.Peragut di gerai putu halba juga Melayu beragama Islam dan pencuri kabel telefon itu juga kemungkinan besarnya adalah Melayu beragama Islam.

Amat memalukan. Kenapa kejadian begini terjadi dan siapakah yang patut dipersalahkan?
Marilah kita bersama-sama menyelamatkan ahli keluarga, sanak saudara dan rakan taulan kita daripada api neraka.

13 comments:

Anonymous said...

salam cp

sedih... bangsa sendiri takde kesedaran sivik...

atie said...

Tulah..dulu masa kita kelik kg pun...de rantai anak sedar kena ragut.yg meragut tu juga adalah MELAYU.

Anonymous said...

manje,
sekarang ni pintu rumah sentiasa berkunci.tak boleh sentiasa buka seperti dulu2.

atie,
itulah salah satu sebab budak2 sek sekarang susah nak didik... makan benda2 dari sumber yg haram.

atie said...

Oh ya...lupa nak tanya, Apa nama kedai yang terkenal tu..he he.leh kita cuba plak.Suka balik kg cari tempat makan yang sedap

Anonymous said...

rumah mak kt kg pun sama..berkali2 kena curi kabel..

Anonymous said...

atie,
cikgu nasi ulam di kg kraf.

kujie,
entahlah....kadang2 tengok perangai dan cara berpakaian budak2sekarang...kita nak tegur pun takut.

Intan said...

Peragut yg ragut h/bag intan hari tu pun lelaki melayu, beragama Islam...

:(

Shah CJ said...

salam CP..

nampaknya bangsa kita makin liar dn kasar. tak tau lah, hidup makin menghimpit atau iman makin terhakis. huhu

Anonymous said...

intan,
sedih memikirkan melayu yang semakin layu.

cj,
amat sukar bila diri sendiri tak nak berubah kerana kita hanya mampu memberitahu dan menasihat.

Anonymous said...

Kalau kes dilakukan oleh melayu, 99% dia adalah penagih.
Penagihan sebab ada pengedaran, pengedaran perlukan penguatkuasaan, bukannya susah nak jejak network pengedaran ini cuma kita orang awam tidak ada kuasa melakukannya.
msf

Anonymous said...

musafir,
Golongan ini sanggup membuat apa sahaja untuk mendapatkan bekalan yang dihajati. Sangat menakutkan.

Tepi Sungai Batu said...

Salam CP,

Apa nak jadi dengan orang kampung ambo nih?
Kalau sebut pasal curi kabel, Pak Man jadi naik angin selalu.
Di kawasan rumah Pak Man ni...tiap-tiap bulan kena curi.Kadang-kadang sampai 2 minggu tak dok line.

Rumah Kuning said...

pak man,
kalu wat kija muga lain gigih supo nak curi kabel tu, rasanya lama dah kaya.