Thursday, November 6, 2008

Tajuk Bebas

Semasa menulis n3 ni, saya sangat "kelegaan" kerana esok hari Jumaat.
Bermakna esok kami cutiii......
Masih seronok walaupun skrip periksa yang belum bertanda masih berbundle2.
Dan masih selamba berkali-kali menjawab : Dalam proses kepada murid-murid yang sibuk bertanya markah masing-masing.
Isnin lepas warga SMK Panji makan besar....... annual dinner di Sutera Inn.
Rabu 5 Nov birthday buahatiku Ain.
Tapi saya tak sempat nak buat apa2 pada hari tersebut kerana jam 3.00-5.00 petang ada kelas tambahan.
Malamnya cadang nak keluar makan di restoran kegemaran tapi tak kesampaian kerana full house.

Lepas waktu sekolah tengahari tadi ada meeting akhir tahun.
Dan bermula 6.30 petang tadi ada majlis solat hajat dan izin ilmu untuk murid-murid SPM.
Nasib kurang baik, masa balik dari sekolah sekejap tadi hujan turun le pulak....
Tapi Alhamdulillah sebelum 9.30 malam saya telah selamat sampai ke rumah.
Jadi, hari ini juga saya masih menangguhkan sesuatu yang telah saya janjikan untuk Ain. Sorry.... InsyaAllah petang esok .



Murid-muris SPM bersalaman dengan ibubapa dan guru pada majlis izin ilmu sekejap tadi. Uwaa... hujan di dalam sama lebatnya dengan hujan di luar. Semoga kejayaan cemerlang menjadi milik kita.

5 comments:

Anonymous said...

seminggu lagi dah cuti sekolah cikgu...minggu ni je agaknya sibuk sikit..

erk........tak kor...kahkah...

Intan said...

Semoga berjaya kepada murid2 yg bakal menduduki SPM.

:)

Anonymous said...

kujie,
tetap sibuk hinggalah skrip exam tu habis bertanda. hehehe
tak sabar nak cuti....

intan,
begitulah hendaknya.semoga segala usaha selama ni berbaloi

pB said...

majlis izin ilmu ??

gapo tu ??

Rumah Kuning said...

pb,
murid-murid minta restu ilmu dari guru2 yg mengajar mereka.