Inilah antaranya yang membuatkan dunia blogging ini istimewa. Kalau tengahari tadi Cikgu Panji bersua muka dengan Si Manis Anakanda Combi, malam ini saya menerima award daripada Mama Ranggie. Terimakasih kerana memberi kegembiraan ini untuk saya.
Monday, March 31, 2008
Buahati Combi
2 A berposing
.
Ada orang jeless bila Cikgu Panji berkepit dengan si manis ini. Selepas bermesej mesej akhirnya Cikgu Panji berjumpa juga dengannya di pasar tersohor ini. Maaf ya, tak de kelass langsung tempat pertemuan pertama kita.Hehehe. Nyaris tak ketinggalan bas kerana menanti Cikgu Panji yang dua kali naik turun pasar Siti Khadijah dalam usaha menjejakinya. Pertemuan beberapa minit ini cukup bermakna dan InsyaAllah kita akan jumpa lagi.
Sunday, March 30, 2008
Saturday, March 29, 2008
Friday, March 28, 2008
Cuti-cuti Malaysia
Esok C Panji nak ke luar negara dari negeri cik siti wan kembang ini. Selepas merayap dari satu resort ke satu resort, dari satu hotel ke satu hotel petang tadi, maka tempat di atas tu yang berjaya CP tempah. Nampak macam OK, mudah-mudahan betul-betul OK. Walau apa pun, CP akan pastikan tidak akan terlepas merasai kemeriahan sambutan ulangtahun keputeraan Sultan Kelantan pada Ahad dan Isnin ini. InsyaAllah. Jom bercuti...
Thursday, March 27, 2008
Kota Bharu Mula Bermandi Cahaya
Agak kabur kerana saya snap dari dalam kereta menggunakan handphone murah. Walaupun belum ada pintu gerbang yang siap sepenuhnya, tetapi sepanjang jalan utama sudah meriah dengan kerlipan lampu yang berwarna warni. Ahad dan Isnin depan kami di Kelantan akan bercuti sempena Keputeraan Al Sultan Kelantan. Rasa-rasa nak makan angin. Boleh ke??
Wednesday, March 26, 2008
Monday, March 24, 2008
Friday, March 21, 2008
Ronda lagi
Distinasi petang tadi ialah Kuala Kemasin.
.Pemandangannya cukup cantik
Terdapat beberapa orang kaki pancing menunggu umpan disambar ikan.
Kenapa sombong?
Susah nak cakap
Saya pun dah 3,4 hari dok fikir pasal n3 ni.
Nak tulis ke tak? Nak tulis ke tak?
Tulislah....
Kenapa ada orang menyombongkan diri?
Nak tunjuk diri kita lebih kaya, lebih bijak, lebih bagus?
Perlukah dengan cara itu?
Memang tak masuk akal
Akan ada nanti suara-suara menyatakan
Ramai lagi orang yang lebih itu, lebih ini daripada kita
Lagi pun, kita semua sama
Milik Allah yang akan dijemputNya bila-bila masa sahaja
Bukankah kekurangan dan kelebihan itu
yang akan saling lengkap melengkapi antara kita??
Opss...sunyum sikit
Ingatlah
Firman Allah yang bermaksud : Allah tidak suka orang sombong membangga diri.
Dan
Sabda Rasulullah saw yg bermaksud : Tidak akan masuk syurga orang yang dalam lubuk hatinya terdapat perasaan sombong walau sebesar atom.
Saya pun dah 3,4 hari dok fikir pasal n3 ni.
Nak tulis ke tak? Nak tulis ke tak?
Tulislah....
Kenapa ada orang menyombongkan diri?
Nak tunjuk diri kita lebih kaya, lebih bijak, lebih bagus?
Perlukah dengan cara itu?
Memang tak masuk akal
Akan ada nanti suara-suara menyatakan
Ramai lagi orang yang lebih itu, lebih ini daripada kita
Lagi pun, kita semua sama
Milik Allah yang akan dijemputNya bila-bila masa sahaja
Bukankah kekurangan dan kelebihan itu
yang akan saling lengkap melengkapi antara kita??
Opss...sunyum sikit
Ingatlah
Firman Allah yang bermaksud : Allah tidak suka orang sombong membangga diri.
Dan
Sabda Rasulullah saw yg bermaksud : Tidak akan masuk syurga orang yang dalam lubuk hatinya terdapat perasaan sombong walau sebesar atom.
Thursday, March 20, 2008
Laman Ujikaji
Sebenarnya dah lama saya teringin nak pindah ke rumah yang banyak bilik a.k.a template 3 column tu. Dengan ilmu yang sejemput ke ini saya pun terkial-kial untuk memenuhi misi tersebut. Tapi, tempat ujikajinya bukan blog cikgu panji tapi blog buahatiku. Bila dah siap pindah dan misi tersebut menjadi, rasa sayang pulak nak pindahkan blog cikgu panji walaupun sebelum tu memang berkobar-kobar inginkan template 3 column. Entah, berubah hati pulak. Untuk sedikit kelainan, saya catkan dinding dengan warna oren. Dulu macam ni
Sekarang oren gini. Tengoklah, berapa lama bertahan.Biasalah, masa dulu-dulu kita pilih diary. Sekarang kita pilih template blog pulak. Peningkatan positif ke ni? Ikut suka lah...
Wednesday, March 19, 2008
Maulidur Rasul
Khamis ini, 12 Rabiulawal, tarikh keramat ulang tahun kelahiran insan paling mulia, paling istimewa di dunia. Semestinya Rasulullah al Amin, Nabi junjungan besar kesayangan kita. (Jgn ingat cuti je ye)
Begitu banyak cabaran dan dugaan mencabul keimanan dengan perkara-perkara yang melalaikan di sekeliling kita. Lalu untuk memagar diri agar kuat beriman dan yakin dengan kemuliaan Rasulullah, marilah kita pertaruhkan bekalan untuk akhirat dengan memperbanyakkan selawat ke atas baginda Rasulullah dan memperbanyakkan amalan sunat lain di samping menyempurnakan amalan fardhu.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Manusia yang paling utama bagiku ialah yang paling banyak berselawat kepadaku”
Jadi, usah berlengah lagi.
Begitu banyak cabaran dan dugaan mencabul keimanan dengan perkara-perkara yang melalaikan di sekeliling kita. Lalu untuk memagar diri agar kuat beriman dan yakin dengan kemuliaan Rasulullah, marilah kita pertaruhkan bekalan untuk akhirat dengan memperbanyakkan selawat ke atas baginda Rasulullah dan memperbanyakkan amalan sunat lain di samping menyempurnakan amalan fardhu.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Manusia yang paling utama bagiku ialah yang paling banyak berselawat kepadaku”
Jadi, usah berlengah lagi.
Monday, March 17, 2008
Usah Memendam Rasa
Walau pun kita telah cukup berhati-hati dalam melakukan sesuatu tugasan atau urusan dengan seseorang, namun ada kalanya berlaku juga kesilapan/kesalahan yang menyebabkan tidak sempurnanya sesuatu tugasan atau tergurisnya hati rakan-rakan seperjuangan. Acapkali juga kesalahan atau kesilapan yang kecil itu seolah-olah telah menafikan sama sekali segala kebaikan dan kelebihan lain yang sudah tentu amat banyak jika dibandingkan dengan kecacatan yang sedikit itu.
.
Sebagai seorang manusia, kita hanya mampu berusaha dan berdoa untuk melakukan yang terbaik, namun yang menentukannya adalah Allah swt. Kepada rakan-rakan yang terguris atau terkecil hati, maafkanlah kesilapan yang sedikit itu dan bersama-samalah kita menjernihkan suasana agar ketenangan dan kegembiraan ini terus kita nikmati bersama.
Saturday, March 15, 2008
Pusing-pusing ambik angin
Petang tadi, Pantai Kemasin menjadi pilihan untuk melegakan kepala. Asyik mengadap skrip jawapan je,pening batu jemala kita... Best jugak, menghirup udara segar dan air kelapa muda (ini yg penting) berulamkan keropok lekor.
Thursday, March 13, 2008
Tuesday, March 11, 2008
Monday, March 10, 2008
Sunday, March 9, 2008
Saturday, March 8, 2008
Kerana Pilihanraya
Petang tadi cikgu panji sekeluarga ke Besut kerana memenuhi undangan ceramah kenduri kahwin. Jalanraya sesak persis berada di akhir Ramadhan. Kiri, kanan, atas, bawah dipenuhi dengan bendera dan poster yang ada kalanya meneduhkan makhluk yang berada di bawahnya. Banyaknya bendera, banyaknya poster, terfikir pula saya, selepas pilihanraya nanti adakah semua ini akan dibuang begitu sahaja? Atau bolehkah dikitar semula?
Subscribe to:
Posts (Atom)