Khamis ini, 12 Rabiulawal, tarikh keramat ulang tahun kelahiran insan paling mulia, paling istimewa di dunia. Semestinya Rasulullah al Amin, Nabi junjungan besar kesayangan kita. (Jgn ingat cuti je ye)
Begitu banyak cabaran dan dugaan mencabul keimanan dengan perkara-perkara yang melalaikan di sekeliling kita. Lalu untuk memagar diri agar kuat beriman dan yakin dengan kemuliaan Rasulullah, marilah kita pertaruhkan bekalan untuk akhirat dengan memperbanyakkan selawat ke atas baginda Rasulullah dan memperbanyakkan amalan sunat lain di samping menyempurnakan amalan fardhu.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Manusia yang paling utama bagiku ialah yang paling banyak berselawat kepadaku”
Jadi, usah berlengah lagi.
4 comments:
selamat menyambut hari jadi nabi kita. sy pun baru update pasal maulidur Rasul kat blog sy :
)
salam..good reminder
Semoga kita sedaya upaya menjadikan Sunnahnya sebagai ikutan.
salam perkenalan.... kenal cikgu dari manje...
Bila kenangkan sirah rasululullah saw, terasa betapa kita ini beruntung menjadi umatnya, Alhamdulillah.
Post a Comment