Saturday, November 8, 2008

Baju Konvo

Jumaat depan (first day cuti sekolah) si kecik ini konvo. Bukan main lagi ye?
Dan boleh dikatakan setiap hari sejak akhir-akhir ini, dia asyik menceritakan perihal persiapan untuk majlis tersebut. Tapi bila ditanya: Ain buat persembahan apa pada majlis tersebut? Senang sahaja jawapan makcik ini: Surprise...mana boleh cakap!! Amboi...amboi...
Untuk majlis tersebut juga, si kecik ini menuntut dibelikan baju dan tudung yang berkerlipan. Jadi, tengahari tadi kami meronda KB untuk mencarinya. Dan inilah baju yang tanpa banyak soal dia terus berkenan.

Tak nampak pulak litlatlitlat tu. Takpe... kat luar baju ni sudah cukup mengerlip.

8 comments:

echah_syed said...

anak tumpang combi baru abis konvo siap bergaya dgn baju kadazan dusun.. :)

Emi Farez said...

tadika depan umah tu, ari ni konvonya. Tapi sayang, ada mak bapak yang tak alert, bukanla suruh beli baju baru, atleast bagila anak tu pakai baju raya, nampak elok skit. ini tak selekeh je! Apasalahnya bagi bebudak happy skit!
cantik baju tu!

Anonymous said...

salam cikgu

selamat berkonvo utk si comei tu...
uih seronok ye kecik2 lagi da berkonvo...

Intan said...

Selamat berkonvo Ain!

Selamat UlangTahun yg ke 6 (w/pun dah terlewat)!!!

:D

Anonymous said...

combi,
ain cakap teacher suruh pakai baju kurung apa2 warna pun boleh n tudung mesti putih.

ibu kumbang,
makcik ni beria nak berkonvo mengalahkan org nak terima ijazah....hehe

manje,
saya dulu sekali je konvo. budak sekarang tadika lagi dah berjubah bagai.

intan,
terimakasih.

Anonymous said...

wah..mcm baju artis kat Anugerah Skrin..hehehe

Anonymous said...

baju artis seksi le k jie. yg ni takde belah2 tayang tu.hehe

@LiYaNNuaR ツ said...

chanteknya baju konvo dia...