Semua kita bercita-cita untuk hidup bahagia.
Dan setiap kita mungkin mempunyai cara yang berbeza.
Bagaimana pula bentuk kehidupan yang bahagia?
Perlukah wang ringgit/harta yang melimpah ruah.
Atau pun pangkat menggunung tinggi dan kuasa yang tidak bertepi.
Walaupun ramai manusia hari ini percaya
bahawa kebahagiaan berpunca daripada kekayaan dan kuasa
tetapi pada CP, ianya bukan segala-galanya.
Memang diakui ianya penting dalam kehidupan kita
tetapi sebanyak manapun harta dan kuasa,
ianya tidak sekali-kali dapat melapangkan jiwa.
Sedangkan, kita bahagia bila tercapai kepuasan dan ketenangan jiwa,
bertemankan suami/isteri yang soleh/solehah pastinya,
anak-anak yang taat dan baik budi bahasa,
kerjaya yang menyeronokkan dengan pendapatan yg tidak memudharatkan,,
kawan-kawan yang memahami,
sanak saudara dan jiran tetangga yang saling ingat mengingati.
Kita juga sebenarnya akan bahagia bila dapat beribadat semahunya,
berjaya menangani cabaran dan dugaan dengan penuh keinsafan dan kebijaksanaan berbekalkan keimanan.
Wallahu a'lam.
15 comments:
bahagia bukanlah destinasi tetapi cara....
tak perlu di kejar di tuju
ttp hidup dgnnya
walau apa pun, semoga kita bahagia di sini dan lebih penting di akhirat nanti. Amin
Kita juga akan bahagi andainya orang2 terdekat dengan kita bahagia.
BAhagia bagi saya adalah dari hati, bukan dari keadaan atau orang sekeliling... hik hik.
'combi sgt bahagia skrg walopun dok diumah sewa yg kecik n buruk'..betul tak ayat ni cikgu..??
bahasa rojak ekk..kena potong markah ni :(
Kena cermin diri. Bersyukur dgn apa yg ada...
tok,
betul jugak tu.Biarlah kita sama2 bahagia.
ibu kumbang,
wang ringgit juga menyumbang kpd kebahagiaan jika diurus dgn bijak. Betul ke ni?? hehe
combi,
Ukuran rumah dan poket bukan penanda aras kebahagiaan seseorang. Ramai orang kaya raya tetapi tidak bahagia.
Combi,Rumah sewa kecik, tapi banglo sendiri besorr. Betul tak?
Intan,
Betul tu.Bersyukur dan merasa cukup dgn apa yang mampu kita miliki.
Bahagia hanyalah bila mendapat apa yg diingini untuk selamalamanya.
M'fir
musafir,
Yg penting,disamping berusaha, jgn lupa berdoa.
semoga bahagia milik kita..dunia dan akhirat
Amin... begitulah hendaknya.
Salam cikgu...
Teringat petikan kisah oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam bukunya... Su muatkan petikan tulisan beliau dlm entry lama su. 'Bahagia itu apa?'
su,
t kasih krn sudi berkongsi maklumat
su,
t kasih krn sudi berkongsi maklumat
Post a Comment