Friday, August 8, 2008

Jawablah Sehabis Baik

Walau siapa pun kita
Sekarang
Kita berada di dewan peperiksaan
Dan tentunya
Masa menjawab akan tamat pada bila-bila masa
Ada yang lambat, ada yang cepat
Tidak diketahui tempohnya.
Kemudian
Kertas jawapan akan diperiksa
Oleh pemeriksa yang maha adil.
Samada lulus atau gagal
Tiada lagi periksa ulangan.
Dan
Anugerahnya syurga atau neraka.

18 comments:

Intan Rosnitta said...

Salam cikgu...

Memang mendalam maksud yg tersirat!

cikgu panji said...

intan,
sekadar ingat mengingati terutama kpd diri sendiri.

Anonymous said...

jawablah,ambillah masa, bukan banyak mana yg kita dapat jawab tapi setiap jawapan biarlah betul.
Buku rujukan & pengajar boleh direfer bila2 masa.
m'fir

cikgu panji said...

musafir,
Takut dan harap mesti sentiasa beriringan.Takutkan neraka,harapkan syurga.

CikguZue said...

entah boleh menjawab atau tidak...na'uzubillah

TokNabe said...

Dewan paling baik untuk peperiksaan dengan pembelajaran yang tak pernah habis...

cikgu panji said...

cikguzue,
mudah-mudahan kita mendapat markah terbaik. Amin

cikgu panji said...

tok,
Kita semua berpeluang utk mendapat kejayaan di dalam peperiksaan ini.

cikgu jawe said...

hmmm.. sementara dewan exam belum tutup, kita masih boleh betulkan jawapan yg tersasar.

CIKGU PANJI said...

cikgu jawe,
masalahnya ramai yg tetidur hingga kertas jawapan dipungut.

pokcik a.k.a zouls said...

kertas soklan ada 63 soklan...dah jawab 45 soklan! jawaban yg diberi mcm dah tahu tak pas punyer...mcm mana nak buat cikgu!

cikgu panji said...

pokcik,
Sentiasa belajar dan minta tunjuk ajar daripada guru-guru pakar.

Opah Noi said...

Salam CP...
Mendalam sungguh maknanya..moga kita selalu merujuki kamus yang betul untuk berjaya...

cikgu panji said...

opah noi,
Begitulah hendaknya.semoga usaha kita membuahkan kejayaan dalam erti kata sebenar.
t kasih krn singgah blog saya.

echah_syed said...

takut laa..!

azlanlin said...

Jika kita tersasar, tak ada pula yang nak ingat-ingatkan... rasanya, kita akan terus menggelungsur terjerumus.

Perlukah kita mencari arah secara sendirian tanpa sokongan dan bantuan bersama orang disekeliling..

Gangguan pasti ada dalam kita mengharungi jalan-jalan yang penuh ranjau... fikir-fikirkanlah..


SEKUATMANAKAH kecekalan kita mengharunginya?

CIKGU PANJI said...

combi,
saya pun takut...

cikgu panji said...

azlanlin,
peranan orang sekeliling amat penting untuk saling ingat mengingati antara kita.