Thursday, August 21, 2008

Kesiannya

Sedang CP sekeluarga berseronok merentasi 6 negeri baru-baru ini, rupanya ada yang menderita kehausan di teratak yang ditinggalkan. Beberapa batang pokok hiasan rasanya tidak dapat diselamatkan lagi.


Antara mangsa yang dizalimi.
Si kacak ini juga sedang nazak memandangkan daunnya juga telah mula garing.


Bonsai yang paling disayangi ini juga antara mangsa yang mungkin gagal diselamatkan. Usianya telah melebihi 12 tahun dan selama itulah ia dibelai. Ditanam di Kelantan, kemudian dibawa ke Perak, kemudian dibawa balik semula ke Kelantan.CP sekeluarga masih berharap semoga pucuknya akan bertunas kembali. InsyaAllah.

16 comments:

paih said...

panas benar kat klantan skarang ni kot..

cikgu panji said...

masa ditinggalkan hari tu mungkin tak hujan. sekarang ni taklah panas sgt.mlm tadi pun hujan.

cikgu jawe said...

wuih.. kesiannya makhluk tuhan tuh. harap2 dia cuma pengsan jek. hehe

Intan Rosnitta said...

Ishh... panas sgt kot. Harap2 masih boleh diselamatkan.. :P

cikgu panji said...

cikgujawe,
rasanya bukan pengsan, tapi koma.

cikgu panji said...

intan,
harap2 gitulah...tapi mcmana nak pulihkannya?? mcm takde harapan je.

pB said...

panjae omo , idup lar anok lepah nie

arsaili said...

salam...al fatihah

cikgu panji said...

pb,
uwaa...sedihnya.
Tgh bagi bantuan pernafasan...

cikgu panji said...

arsaili,
t.kasih.masih ada nyawa2 ikan.

TokNabe said...

Kalaulah dia boleh gi cari air sendiri.

cikgu panji said...

hehe, baru le berebut palla paip.

echah_syed said...

sayang weii :(

kuInaJentayutiara said...

sangat kasihan ooooo....

cikgu panji said...

combi,
memang sangat saaayang.

kuina,
harap2 boleh diselamatkan

Superb GURU BaniHassim said...

loorrr....
garinngnye daunnye....
sian dier...
sayang ek??? dah lame tanam...