Sunday, June 29, 2008

Lega

Alhamdulillah akhirnya aku berjaya juga menyiapkan kerja menanda skrip jawapan ini pada masa yang ditetapkan. Sukanya...walaupun Jumaat dan Sabtu lepas rasa macam tak cuti tapi bila dah siap, rasa sangat lega seolah-olah dah melangsaikan hutang seribu. Byknye hutang... 200 le kot... hehehe.

Friday, June 27, 2008

Sukan Tahunan Intelek Maryam






















Dalam perjalanan ke Tadika Intelek Maryam.
CP : Ain main gappo pahni?
Ain : Nanti, ummi tengok je la.
CP : Alaa...royat le Ain main gappo?
Ain : Ain mainnn.... tengok je la.
Go yellow go...
Go yellow go...

Rasanya sukan tahunan tadika ni lebih meriah dari sukan tahunan di sekolah menengah. Menang kalah bukan persoalan bagi pesrta yang mengambil bahagian.Dapat bermain ni pun dah kira satu kemenangan. Sebab ada jugak yang kalah sebelum bermain. Siap meraung-raung....meriah...meriah...Nasib baik Ain yg mewakili rumah kuning dapat hadiah. Berbaloi ummi bagi sokongan.




Lagi gambar di sini


Thursday, June 26, 2008

Masih Diingatan

Masa second year di UM, aku dan sepupu dengan berkobar-kobarnya menaiki bas di Puduraya untuk ke P.Pinang . Punya le suspen masa tu sebab tak pernah lagi naik bas ke sana. Dalam perjalanan, kami berkira-kira macamana le rupa stesen bas kat Komtar tu. Mintak-mintak jangan tertidur. .. bimbang terlepas. Dah sampai Komtar, terpaksa tunggu sekejap sebelum my bro ambik untuk ke rumahnya di Batu Feringgi. Petangnya, kami ngan anak-anak sedara berjalan kaki ke tepi pantai Bt Feringgi yang cantik itu. Tak lama kami berada di pantai kerana malamnya aku dan sepupu serta anak-anak sedara terchenta akan menaiki bas balik ke Kelantan yang pada masa itu musim buah-buahan. Selepas menikmati udara segar Bt Feringgi dan snap beberapa keping gambar, maka kami pun balik ke rumah. Baru kakak nak mula masak, opss... gas habis le pulak. Masa dah lewat, jadi kami seronok kerana dapat makan burger pada petang itu.
Malamnya, kami dihantar ke stesen bas bersama 4 orang anak untuk balik ke Kelantan. Seronoknya anak-anak sedaraku ini dengan beg pakaian masing-masing. 4 orang dengan 4 buah beg. Campur dengan aku dan sepupu, jadi 6 buah beg. Selepas bermacam-macam pesanan diterima, kami pun menaiki bas. Alhamdulillah, tiada apa-apa masalah yang berlaku sepanjang perjalanan itu. Tiada yang terkencing atau tersakit perut.

Sebelum Subuh lagi kami sampai di stesen bas Kota Bharu. Aku mengingatkan hero-hero ku ini supaya mengambil beg masing-masing.( heroin masih terlalu kecil untuk membawa beg sendiri) Dan seperti biasa, di pintu bas pada pagi itu ramai abang-abang/pakcik prebet sapu menawarkan khidmat masing-masing. Kami anak beranak bersetuju untuk mendapatkan khidmat seorang pakcik setelah dipersetujui RM yang perlu dibayar. Lupa nak cakap, bas yang kami naik hanya berhenti untuk menurunkan penumpang dan meneruskan perjalanan ke Trengganu. Bila kami berenam dah menaiki prebet sapu tersebut, baru aku teringat aku hanya memastikan anak-anak sedaraku mengambil beg masing-masing sedangkan aku lupa untuk mengambil beg sendiri. Kwang...kwang... Tolong... isi dalam beg itu sangat le penting.

Aku meminta pertolongan dari pakcik tersebut supaya mengejar bas tadi yang terlebih dahulu bertolak ketika kami masih berpimpinan tangan dengan anak-anak yang masih pening-pening lalat untuk menaiki prebet sapu tadi. Jadi, dengan lajunya pakcik itu telah merempit di keheningan pagi itu. Cepat pakcik...cepat.... traffic light takdak kenderaan, langgar je... Akhirnya pakcik tersebut berjaya "memintas" bas tersebut yang kebetulan berhenti di tepi jalan. Sebab musabab bas tersebut berhenti, aku dah tak ingat. Dan tanpa membuang masa aku turun dari prebet sapu itu dan menaiki bas yang dikejar. Selepas memberitahu driver bas, aku mengambil beg yang memuatkan barang-barang kesayangan. Alhamdulillah panjang jodoh aku dengan beg itu.

Kami berpatah balik dan bila sampai depan rumah, pakcik yang berjaya menyelamatkan beg aku tadi telah meminta tambang yang berganda-ganda-ganda daripada yang dipersetujui semasa di stesen bas tadi. Nak cakap apa, bayar je lah....



Mana Ajit?? Tak wujud lagi le...maintain ayu heroinku itu.

Kanak-kanak Ribenna yang takleh dok diam

Wednesday, June 25, 2008

Hari Koperasi Peringkat Sekolah


Tarikh : 25 Jun 2008
Selepas dibacakan bermacam-macam perutusan dan ucapan perasmian, warga SMK Panji telah dihidangkan dengan sebuah teater yang amat menarik oleh Kelab Teater Pendidikan Khas yang bertajuk: Dua Belas Barisan Di akhirat.

Otak Kelkatu

Ramai manusia tertipu dengan kemanisan dunia tanpa memikirkan kehidupan yang kekal abadi di akhirat. Keseronokan dikejar tanpa mengambil kira halal haram, suruhan atau pun larangan. Seperti kelkatu yang sememangnya nampak sayap rakan-rakan bergelimpangan di bawah cahaya lampu, tetap dituju juga lampu itu.




Pagi tadi, punya la byk sayap kelkatu depan pintu, atas tangga, tepi longkang.
Maka balik sekolah tadi, saya makan tengahari bermenukan sayap kelkatu itu. Benci...benci...benci

Tuesday, June 24, 2008

Lagi 4 hari

Betul, salah, betul, salah..... berpinar-pinar biji mata menanda kertas yang baru sedikit surutnya. Esok Rabu, lusa Khamis, tulat Jumaat, tubin Sabtu.Ahadnya semua markah mesti diserahkan kepada pihak berkuasa guru kelas masing-masing.
Walaupun tengah kesuntukan masa, saya mencuri sedikit masa untuk melepaskan gian mengadap blog kesayangan dan mengunjungi rakan-rakan blogger yang sentiasa diingatan.
Ok, Assalamualaikum.

Saturday, June 21, 2008

Hobi Baru


Ain dengan baby crystal nye yang beranika warna. Habis le segala balang ummi dimasukkan benda ni. Tapi, cantik jugak....
&
&
&
&
Ain : Ummi, baby crystal ni dah beranak. Tengok... makin banyak. Yang besar ni mak dia, yang kecil ni anak dia. hehe



Friday, June 20, 2008

Servis Body

Selalunya CP gi servis kereta. Dan amat jarang CP servis body sendiri. Selalunya CP gi facial muka je, walaupun tak cantik-cantik. Tahu takpe... Hehe. Pelikkan? Walaupun CP amat/lebih menyayangi diri sendiri tapi kereta buruk itu juga yang saban bulan diservis....Menyedari kesilapan itu, hari ini, pagi-pagi dina lagi CP memecut ke Pasir Putih dengan tujuan yang satu. Ingin menyebihh body sendiri. Opss... seperti biasa, perjalanan jauh memaksa CP pakai driver. Terimakasih Zie kerana memperkenalkan CP dengan tukang servis yang best itu. Ringan rasanya selepas +- 2 jam diservis. Mudah-mudahan misiku ini berjaya. ????

Wednesday, June 18, 2008

56 atau 58??

Saya sesungguhnya mengaku memahami akan segala kandungan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2008 serta implikasi opsyen saya ini dan saya sesungguhnya mengetahui bahawa opsyen yang telah saya buat ini adalah muktamad.
Bismillahirrahmanirrahim.... dengan bulat hati dan keputusan yg tidak berbelah bagi saya memilih 56 tahun. Rasanya cukuplah setakat itu saya mengabdikan diri sebagai kaki tangan kerajaan.



Tuesday, June 17, 2008

Jom Melukis











Dah dua hari my princess dengan kerjasama abahnya pulun melukis. Siap guna water colour lagi. Semalam lukis pemandangan, hari ni lukis butterfly, esok katanya nak lukis ayam belanda pulak. Lukis...lukis... jangan lukis kat dinding dah.

Monday, June 16, 2008

Rajin Vs Malas

Tolong...
Tolong...
Penyakit malas dah datang...
Tolong selamatkan saya dari penyakit ini
Saya banyak kerja
Saya mesti rajin
Kenapa penyakit malas datang
Pergilah jauh-jauh
Saya tak suka
Saya nak siapkan kerja
Tolong....

Saturday, June 14, 2008

Belum Tercabut Dah Tumbuh

Selepas balik dari kelas tambahan tengahari tadi, saya terus menghala ke KB. Cadangnya banyak perkara yang ingin diselesaikan pada hari ini. Perkara pertama, pos barang. OK selesai. Perkara kedua, mencari baju untuk tiga orang baby cikgu-cikgu kat sekolah. Tengah-tengah menunggu proses membalut di sebuah super market, saya ternampak sesuatu berwarna putih di bahagian gusi, atas daripada gigi bongsu Ain. Bila saya angkat sedikit bibirnya, ya Allah ..punya le terkejutnya sebab gigi kapaknya kacipnya yg kekal telah tumbuh di atas daripada gigi bongsunya. Punya le besar gigi tersebut dan kedudukannya yang jauh lebih tinggi daripada gigi-gigi yang lain. Bukan jongang, bukan berlapis, tapi kedudukannya tinggi hingga terlindung di bawah bibir.
Dengan tidak membuang masa, selepas menyelesaikan bayaran kami bertiga terus mencari klinik untuk mencabut gigi kacip bongsunya yang masih bertakhta disinggahsana. Empunya diri dah pucat kerana takut mencabut gigi. Saya pulak punya le tension kerana tak pernah melihat gigi yang tumbuh jauh menyimpang daripada tempat yg sepatutnya. Kesiannya... Yang lucunya pulak, makcik kecik ni cakap tak nak cabut dengan Dr yang tua, nak cabut dengan Dr muda, nak cabut pulak dengan Dr yang paling bagus. Mana le kita tahu Dr mana yg bagus... Dan, satu lagi yang melucukan, dia beria-ia cakap mak long pernah beritahu bahawa dia ( maklong ) pun Dr gigi. Bila masa le pulak mak long yang kerja pensyarah maktab tu jadi Dr gigi. Ain...Ain...Dah selesai cabut gigi, kami terus balik rumah. Nampaknya setakat itu sahaja urusan yang dapat diselesaikan hari ini. Siapa tahu apa yang perlu saya lakukan sekarang. Nak biar macam tu je ke gigi yang dah tumbuh jauh dari landasannya tu? Masa jumpa Dr gigi tadi takdan nak tanya sebab dok pujuk makcik kecik tu yang sangat ketakutan. Ada ke Dr yang baca blog ni??
Di klinik gigi. Lap jangan tak lap.
Nanti orang nampak Ain nangis...



Dalam perjalanan balik selepas gigi dicabut




Sampai rumah, terus lena. Sampai pucat makcik ni

Thursday, June 12, 2008

Cerita Semalam

Pakwe : Hello.
CP : Hello.
Pakwe : Petang ni ada kawan nak datang rumah.
CP : Sapa?
Pakwe : K..... Collector dari Singapore.
CP : Berapa orang?
Pakwe : Tak pasti. Diorang datang dengan van.
CP : Saya ada kelas tambahan petang ni.
Pakwe : Takpe la
CP : Tengahari saya balik hantar Ain kejap.
Pakwe : Boleh le bancuh air. Nanti saya letak ais je.
CP : Ok. Masa balik sekolah, beli le kuih.
Pakwe : Ok.
CP : Bye

Habis kelas tengaharinya, terus ambil Ain.Masa tu dia masih bertelekung menunggu untuk solat Zuhur. Balik rumah, solat dan siapkan apa yang patut. Kemudian berdesup saya kembali ke sekolah kerana kelas bermula jam 3 petang. Tercungap-cungap menapak anak tangga hingga menghairankan anak muridku. Takdak apalah, terlewat sikit.(jam 3 baru masuk pagar sekolah) Jawapan standard bila seorang daripada mereka bertanya sebab kekalutanku. Dan kelas berjalan seperti biasa. 5 petang, balik rumah dan yang tinggal gelas dan pinggan yang belum berbasuh. Sambil membasuh, baru teringat aku belum makan tengahari. Lepas solat Asar, iron baju untuk esok.Boleh tahan jugak letihnya.

Sebelum Maghrib, blackout le pulak. Nasib baik ada lilin dan lebih bernasib baik lagi, aku dah iron baju. Yang syoknya, lepas solat maghrib, kami keluar jjcm. Bila balik, masih lagi bergelap.... Solat Isyak, terus cari bantal.



Ain seronok le main lilin ni..
Takdak citer lain ke nak tulis??

Tuesday, June 10, 2008

Cerita Hari Ini

Alhamdulillah, masa jaga periksa hari ni tak mengantuk.
Sambil-sambil tu saya tanda kertas form 5 yg dah periksa semalam.
Lepas sekolah, ada meeting HEM le pulak.
Lepas ambik Ain, singgah pasar dan terus balik rumah.
Ain nangis... nangis...sebab saya tak layan keinginannya nak singgah di 7eleven.
Walaupun dah lewat, semangat nak masak berkobar-kobar.
Dah siap masak, rehat sekejap dan turun makan hampir jam 5 ptg (kiranya makan tghari merangkap mlm). Save budgettt.....
Petang ni pulak, hujan memanjang membawa ke malam. Sejuk dan sedapp... Syukur

Monday, June 9, 2008

Periksa Pertengahan Tahun

Hari ni sekolah dibuka semula selepas 2 minggu bercuti dan hari ni juga bermulanya Peperiksaan Pertengahan Tahun/ Ujian Pengesanan 2. Nampaknya cikgu-cikgu seluruh Kelantan berkubang dengan skrip jawapan le pulak. ( Ambo ore Kelate K. Jie, bukan org Gannung ). Dah bercuti sakan, makan kenduri sesaje, tanda kertas le pulak. Ops... Sebelum cuti hari tu pun para pelajar dah ambil Ujian Tahap Kecekapan 1. Dah berbondong-bondong kita bawa balik skrip jawapan. Biasalah...kerja cikgu, takkan nak suruh anak murid yang tanda. Kalau diorang yang tanda, harus semua dapat A1. Haru wei... Musim periksa ni, kami gi sekolah langsung tak mengajar. Kerja tunggu diorang jawab periksa je. Nampak macam senang, tapi punyalah mengantuk yang amat. Asyik nak mengaum menguap sesaje. Malam ni ingat nak tidur awal. Mudah-mudahan esok tak mengantuk macam hari ni.

Berat?


Aku baru melihat seorang perempuan melintas
Aku tengok dia, kemudian tengok diri sendiri
Maka berkobar-kobar semangat
Membara keazaman
Sesungguhnya aku sudah semakin berisi
Dan aku taknak menambahkan lagi isi
Aku nak kurangkan timbangan yang semakin berat
Aku taknak peha bergesel bila melangkah
Aku taknak penyakit menumpang
Aku mesti kurangkan makan
Aku mesti bersenam
Walau sekadar melompat di halaman
Aku nak kurus walaupun tidak seperti dulu
Tapi... aku nak kurus
Dan aku nak kurus...


Sunday, June 8, 2008

Beringat Sebelum Habis

Semua orang bercakap pasal minyak.
Kerana harga minyak naik , semua harga barang akan naik
dan semua caj perkhidmatan juga bakal naik
Jadi,
Segala langkah perlu diambil sejak hari pertama gaji
agar menu di bawah tidak menjadi santapan duka kita sekeluarga


Sebenarnya CP mengingatkan diri sendiri.

Saturday, June 7, 2008

Hari-hari Terakhir Sebelum Sekolah Dibuka

Pagi tadi gi sekolah.
Memang le masih bercuti.
Tapi Isnin ni murid2 periksa.
Jadi pagi tadi gi siap2 apa yg patut.
Balik dari sekolah,terus ke rumah saudara yang ngajak makan-makan.
Terlalulah sedapnya makan tengahari tadi.
Antaranya ikan bakar cicah air asam
dan kerabu perut campur mangga muda & bacang.
Makan ramai-ramai ( seperti biasa ahli bersekutu 6 buah rumah ).
Kerabu perut campur mangga dan bacang.


Lepas makan, sambung projek untuk malamnya pula.
Kali ni acaranya akan dijalankan di rumah saya sendiri
yang bakal dihadiri oleh ahli bersekutu 6 buah rumah itu jugak.
Rasanya ini adalah acara terakhir sebelum sekolah dibuka.
Dengan khusyuknya Iqah menjalankan tugas.

Acara sekejap tadi, sengaja saya tak ambil gambar.
Sekarang, semua tetamu dah balik
dan semua ahli rumah saya sudah lena.
Hanya saya yang masih terkebil-kebil mengadap blog.
Ok, permisi.

Friday, June 6, 2008

Kenduri lagi


Tengah menunggu makanan dihidangkan.
Sabar ya...


Lagi Aktiviti Musim Cuti











Pagi tadi, abang dan kakak saya balik dari mengerjakan umrah. Balik dari airport kami bergotong-royong masak untuk makan tengahari. Menu special hari ni adalah sejenis lauk kegemaran orang-orang lama iaitu lawa ( ikan mentah ). Petang nanti, kami akan beramai-ramai ke rumah saudara yang mengadakan kenduri kahwin di Pantai Senok. Makan lagi...

Wednesday, June 4, 2008

Cantik-cantik wei...

Petang tadi, berkesempatan ke SSF. Saja mencuci mata.Tak dapat nak membelinya sebab semuanya berkenan. Kalau boleh, dgn kedai2nya sekali nak bawa balik ke rumah. Dahsyatnya makcik ni...





































Dalam perjalanan balik, singgah pulak di kedai perabut. Tengok-tengok untuk menyegarkan mata yang masih berpinar dek kecantikan barang di kedai sebelumnya. Hehe








Dah jadi macam album gambar le pulak blog CP ni.
Lantak le labu...

Simpan Atau Buang?



Sebahagian daripada koleksi majalah yang masih tersimpan. Walaupun kegilaan membeli majalah tidak lagi sehebat tahun 1990an, tapi saya masih membeli dan koleksi ini bertambah banyak dari bulan ke bulan. Ditambah pulak dengan kegilaan pakwe tercinta yang tidak pernah terlepas dari memiliki majalah kegemarannya hingga kini. ( saya dah suam-suam kuku, dia yg masih gila teruk.hehehe) Sayang punya pasal, saya sanggup angkut naik lori semasa berpindah dari Perak beberapa tahun lepas.
Hari ni, mood mengemas terlebih sikit dari biasa. Dalam mengemas yang tak pernah kemas-kemas tu, terjumpa pulak printer lama ni. Nampaknya jodoh saya dengan printer ni amat panjang. Sebenarnya printer ni dibeli untuk print stensil. Dulu tiap kali nak buat soalan, memang berguna le printer ni. Sekarang orang dah tak guna stensil, jadi printer ni mendapat rehat yg panjang.Tapi, saya masih bermasalah untuk membuangnya. Sayang lagi... Yang herannya, empat lima biji printer dah dibeli selepas printer ni. Bila rosak, buang, rosak, buang. Tapi yang ni, tidak jugak dibuang-buang. Mungkin masa simpan dulu, dia tak rosak, masih hensom bergaya. Maka sampai hari ni saya tidak berniat untuk membuangnya walaupun sekarang saya amat selesa dengan Mr Brother yg mempunyai bermacam-macam fungsi.

Mesin taip ni pun sangat panjang jodohnya dengan saya. Yang ni makcik laaagi sayang. Masa belajar dari first year hingga grad, dialah buahati yang banyak berjasa. Kalau esok dateline nak ngantor assignment, maka sampai ke pagi le dia menemani tuannya ini. Buat apa saja tanpa membantah. Semestinya mengurut belakang,membancuhkan kopi, menghidang biskut kering disuruh titik, maka titik lah dia, disuruh koma, maka komalah dia. Nasib baik tak pernah berasap.... Jangan risau, kerana jasamu itu, akan ku simpan juga.


Tengah mengemas-ngemas, jumpa pulak benda kat bawah ni. Yang ni, tanpa fikir panjang, buang. Sekarang orang dah tak guna. Maaf ye


Ada satu benda lagi yang menyesakkan tuang yang memang kecik ni. Disket yang sekarang ni sudah berganti dengan pendrive dan yg seangkatan dengannya. Nak kena dapatkan khidmat nasihat pakar dulu sama ada boleh dibuang atau sebaliknya. hehehe.



OK, Dah letih. T kasih.

Tuesday, June 3, 2008

Memang Berbakat


Uwaa... memang le sangat kreatif anak oii... tapi kenapa le sampai ke dinding awak menunjukkan bakat?? Lukis le kat buku ke, kat kertas ke, jangan le dinding yang tak berdosa ni dijadikan mangsa!!! Nasib baik dinding kat bilik yang dikerjakannya. Kalau dibuatnya di ruang tamu. Lagi haru... Uwaa..

Monday, June 2, 2008

Siapalah Kita??

Adakah kita suka orang lain hanya memuji diri dan kehebatan kita?
Sebaliknya kita benci orang lain menegur dan mengkritik kelemahan kita.
Adakah kita mahu orang lain sentiasa memberitahu diri kita sempurna?
Sebaliknya kita dengan mudah menyebut kelemahan dan kekurangan orang lain.
Ketahuilah
sifat-sifat tersebut menjauhkan diri kita daripada rahmat Allah
Dan sesungguhnya
Tiada manusia di dunia ini yang berhak mengakui kehebatan, kemuliaan dan kekuatan diri
Kerana semuanya milik Allah

Sunday, June 1, 2008

Zaman Dulu Dan Zaman Kini

Bila diperhatikan, ketara benar rasanya tingkah laku dan pe'il perangai murid-murid zaman sekarang dangan murid-murid zaman saya menjadi murid dulu. Masih segar diingatan, murid-murid zaman dulu sangat hormat kepada guru. Mengiakan kata-kata guru kadang-kadang melebihi kata-kata ibu bapa sendiri. Masa itu, terlalulah seronoknya jika cikgu meminta kita menghantar buku atau mengambil buku di bilik guru, seronok juga bila guru meminta kita membeli barang di kantin atau koperasi. Dan megah semacam bila cikgu asyik meminta kita menjawab soalan. Lebih daripada itu, siap berlagak dengan kawan-kawan bila cikgu kenal dan menyebut nama kita. Tengok...cikgu ingat nama aku.. Begitulah murid-murid pada masa itu. Kalau ada yang tersilap menjawab atau berkelakuan yang yang tidak sepatutnya, murid-murid sezamanku bukan sahaja bimbang dan takut dimarahi guru, malah lebih takut lagi jika diketahui oleh ibu bapa masing-masing yang pastinya akan dikenakan hukuman tanpa sebarang pembelaan. Berbeza sungguh dengan murid-murid zaman kini yang segelintirnya tanpa segan silu melawan guru-guru. Berkelakuan sesuka hati, sesedap rasa tanpa memikirkan perasaan orang lain hatta peraturan atau undang-undang sekalipun.