Thursday, June 12, 2008

Cerita Semalam

Pakwe : Hello.
CP : Hello.
Pakwe : Petang ni ada kawan nak datang rumah.
CP : Sapa?
Pakwe : K..... Collector dari Singapore.
CP : Berapa orang?
Pakwe : Tak pasti. Diorang datang dengan van.
CP : Saya ada kelas tambahan petang ni.
Pakwe : Takpe la
CP : Tengahari saya balik hantar Ain kejap.
Pakwe : Boleh le bancuh air. Nanti saya letak ais je.
CP : Ok. Masa balik sekolah, beli le kuih.
Pakwe : Ok.
CP : Bye

Habis kelas tengaharinya, terus ambil Ain.Masa tu dia masih bertelekung menunggu untuk solat Zuhur. Balik rumah, solat dan siapkan apa yang patut. Kemudian berdesup saya kembali ke sekolah kerana kelas bermula jam 3 petang. Tercungap-cungap menapak anak tangga hingga menghairankan anak muridku. Takdak apalah, terlewat sikit.(jam 3 baru masuk pagar sekolah) Jawapan standard bila seorang daripada mereka bertanya sebab kekalutanku. Dan kelas berjalan seperti biasa. 5 petang, balik rumah dan yang tinggal gelas dan pinggan yang belum berbasuh. Sambil membasuh, baru teringat aku belum makan tengahari. Lepas solat Asar, iron baju untuk esok.Boleh tahan jugak letihnya.

Sebelum Maghrib, blackout le pulak. Nasib baik ada lilin dan lebih bernasib baik lagi, aku dah iron baju. Yang syoknya, lepas solat maghrib, kami keluar jjcm. Bila balik, masih lagi bergelap.... Solat Isyak, terus cari bantal.



Ain seronok le main lilin ni..
Takdak citer lain ke nak tulis??

9 comments:

CikguZue said...

cari bantal dalam gelap, best kan...terus nyenyak...

Rumah Kuning said...

cikguzue, tidur yg sgt berkualiti.hehe

Precious S. said...

ain pon suke maen lilin ye.

mama smpai skrg dok pesan jgn maen lilin kt sy ngan adek kalo blackout.

sbb dier tau dh bsar2 pon dok maen cm budak2 lagi.

hoho.

*malu2*

:-D

Rumah Kuning said...

precious, beringat sebelum kena.masa nak tidur,mesti padamkan lilin...bimbang

Anonymous said...

emm jgn lupe tiup lilin sebelum nak tido takut nati perkara yang buruk berlaku... biar bergelap dari membahayakan diri sendiri...

Intan said...

Wow!

Candle light nite la... hihi ;)

Rumah Kuning said...

manje,intan..
sekali sekala bergelap,best jugakk.

Jie said...

ewahhhhh...romantiknya rumah dia org...

:D

kalau panas..boleh ke tido..hehehe

Anonymous said...

Haha...tu le masalahnya...panasss