Bila diperhatikan, ketara benar rasanya tingkah laku dan pe'il perangai murid-murid zaman sekarang dangan murid-murid zaman saya menjadi murid dulu. Masih segar diingatan, murid-murid zaman dulu sangat hormat kepada guru. Mengiakan kata-kata guru kadang-kadang melebihi kata-kata ibu bapa sendiri. Masa itu, terlalulah seronoknya jika cikgu meminta kita menghantar buku atau mengambil buku di bilik guru, seronok juga bila guru meminta kita membeli barang di kantin atau koperasi. Dan megah semacam bila cikgu asyik meminta kita menjawab soalan. Lebih daripada itu, siap berlagak dengan kawan-kawan bila cikgu kenal dan menyebut nama kita. Tengok...cikgu ingat nama aku.. Begitulah murid-murid pada masa itu. Kalau ada yang tersilap menjawab atau berkelakuan yang yang tidak sepatutnya, murid-murid sezamanku bukan sahaja bimbang dan takut dimarahi guru, malah lebih takut lagi jika diketahui oleh ibu bapa masing-masing yang pastinya akan dikenakan hukuman tanpa sebarang pembelaan. Berbeza sungguh dengan murid-murid zaman kini yang segelintirnya tanpa segan silu melawan guru-guru. Berkelakuan sesuka hati, sesedap rasa tanpa memikirkan perasaan orang lain hatta peraturan atau undang-undang sekalipun.
8 comments:
jauh beza ya amat fe'el bebudak sekarang,memang tak dpt dinafikan. mungkin sebab pengaruh zaman dan keadaan. w'pun tak semua macam tu. Kadang kesian kat bebudak yg nak buat baik. Dah terbalik, yg nak buat baik dgn guru, asyik diejek2 kawannye. Yang tak baik dan samseng pula disanjung2 mrk.
cikguzue, jadi cikgu zaman sekarang byk jugak cabarannya. silap hb kena saman..padahal semua tindak tanduk kita untuk kebaikan para pelajar.mudah-mudahan kita diberi kekuatan untuk terus mendidik walau apa jua rintangan yg datang.
salam
mmg jauh sgt2...lebih2 lagi kalau melibatkan perilaku ngan adab dorang ngan cikgu...da kurang rasa hormat pon ye gak...
kalau dpt jumpe cikgu dan dpt beri salam atau senyum sekalipon... cikgu pon balas huhu rasa mcm bersemangat aje satu hari di sekolah ... bangga pon ada...
manje, kat mana salah dan silapnye? Dan bagaimana nak mengatasinya? Banyak pulak soal...hehe
teringat zaman sy skolah2 dulu..bila cikgu sebut nama kita.."eh..eh..cikgu tau nama aku la.." hehe..ekceli perasaan bangga tu dtg..kembang kuncup idung dibuatnya..
p/s: cikgu sy pun ada link cikgu.. :)
ija, betul tu. cikgu suruh buat kerja pun,bangga semacam je...
Salam hormat.
Hari ini guru dibebankan, terbeban dan mendapat tugas yang membebankan... semuanya perlu dilaksanakan dengan TERBAIK .... inilah fenomena yang berlaku !
InsyaAllah ab long, kami akan melaksanakan segala amanah ini dengan sebaik-baik mungkin.
Post a Comment