Thursday, June 26, 2008

Masih Diingatan

Masa second year di UM, aku dan sepupu dengan berkobar-kobarnya menaiki bas di Puduraya untuk ke P.Pinang . Punya le suspen masa tu sebab tak pernah lagi naik bas ke sana. Dalam perjalanan, kami berkira-kira macamana le rupa stesen bas kat Komtar tu. Mintak-mintak jangan tertidur. .. bimbang terlepas. Dah sampai Komtar, terpaksa tunggu sekejap sebelum my bro ambik untuk ke rumahnya di Batu Feringgi. Petangnya, kami ngan anak-anak sedara berjalan kaki ke tepi pantai Bt Feringgi yang cantik itu. Tak lama kami berada di pantai kerana malamnya aku dan sepupu serta anak-anak sedara terchenta akan menaiki bas balik ke Kelantan yang pada masa itu musim buah-buahan. Selepas menikmati udara segar Bt Feringgi dan snap beberapa keping gambar, maka kami pun balik ke rumah. Baru kakak nak mula masak, opss... gas habis le pulak. Masa dah lewat, jadi kami seronok kerana dapat makan burger pada petang itu.
Malamnya, kami dihantar ke stesen bas bersama 4 orang anak untuk balik ke Kelantan. Seronoknya anak-anak sedaraku ini dengan beg pakaian masing-masing. 4 orang dengan 4 buah beg. Campur dengan aku dan sepupu, jadi 6 buah beg. Selepas bermacam-macam pesanan diterima, kami pun menaiki bas. Alhamdulillah, tiada apa-apa masalah yang berlaku sepanjang perjalanan itu. Tiada yang terkencing atau tersakit perut.

Sebelum Subuh lagi kami sampai di stesen bas Kota Bharu. Aku mengingatkan hero-hero ku ini supaya mengambil beg masing-masing.( heroin masih terlalu kecil untuk membawa beg sendiri) Dan seperti biasa, di pintu bas pada pagi itu ramai abang-abang/pakcik prebet sapu menawarkan khidmat masing-masing. Kami anak beranak bersetuju untuk mendapatkan khidmat seorang pakcik setelah dipersetujui RM yang perlu dibayar. Lupa nak cakap, bas yang kami naik hanya berhenti untuk menurunkan penumpang dan meneruskan perjalanan ke Trengganu. Bila kami berenam dah menaiki prebet sapu tersebut, baru aku teringat aku hanya memastikan anak-anak sedaraku mengambil beg masing-masing sedangkan aku lupa untuk mengambil beg sendiri. Kwang...kwang... Tolong... isi dalam beg itu sangat le penting.

Aku meminta pertolongan dari pakcik tersebut supaya mengejar bas tadi yang terlebih dahulu bertolak ketika kami masih berpimpinan tangan dengan anak-anak yang masih pening-pening lalat untuk menaiki prebet sapu tadi. Jadi, dengan lajunya pakcik itu telah merempit di keheningan pagi itu. Cepat pakcik...cepat.... traffic light takdak kenderaan, langgar je... Akhirnya pakcik tersebut berjaya "memintas" bas tersebut yang kebetulan berhenti di tepi jalan. Sebab musabab bas tersebut berhenti, aku dah tak ingat. Dan tanpa membuang masa aku turun dari prebet sapu itu dan menaiki bas yang dikejar. Selepas memberitahu driver bas, aku mengambil beg yang memuatkan barang-barang kesayangan. Alhamdulillah panjang jodoh aku dengan beg itu.

Kami berpatah balik dan bila sampai depan rumah, pakcik yang berjaya menyelamatkan beg aku tadi telah meminta tambang yang berganda-ganda-ganda daripada yang dipersetujui semasa di stesen bas tadi. Nak cakap apa, bayar je lah....



Mana Ajit?? Tak wujud lagi le...maintain ayu heroinku itu.

Kanak-kanak Ribenna yang takleh dok diam

17 comments:

Anonymous said...

wahhhhhhh.. tu first time saya naik bas jauh2 kot.. huhuhu..

gambar2 yg cool.. huhuhuhu

en_me said...

apalah tambang berganda2 berbanding barang kesayangan dalam beg yg tertinggal dlm bas tewww kannns.. sib baik panjang jodoh..

Anonymous said...

Paih,
masa tu awk yg paling nakal. Terlompat sana, terlompat sini...hehe

Anonymous said...

en_me,
walaupun tambang berganda2 tapi syukur sesangat,dpt balik beg tu.

Anonymous said...

sbb tu la kot kn panggil kanak-kanak ribena.. huhuhu

Anonymous said...

1. Sepetang perah otak nak meningati balik kisah ni. 80% buleh recall semula. Kuatnya memori Che Sue. Saya ni banyak pikir benda yang tiada dari fikir benda yang ada. Akhirnya yang ada semuanya hilang ditelan usia.
2. Peristiwa yang mengejar bas tu meme saya betul-betul ingat. Yang paling ingat balik semula ke Penang Ayah Chik hantar dengan kereta.
3. Terima-kasih Che Sue mengingatkan semula memori silam. Gembiranya buleh balik ke Dusun Durian. Buleh main dengar beruk kepunyaan Che. hehehehe. Sebak-sebak. Ingat lagi betapa gembiranya bila Abah kata OK buleh balik Kelantan.
4. Haih, tgok gambar atas tu, rasa tua sangat dah saya ni. Semua rambut sikat ketepi lagi masa tu. Berdisplin sebab abah askar lagi masa tu. hehehhe. Sedihnya dah berlalu zaman silam itu.
5. Bilalah kami berempat campur satu buleh bersatu kembali
6.Naziha jangan perli abe sebab ayat berpuisi-puisi. Abe emosi ni. hahahahahha
7.Terima Kasih Che Sue. Semoga panjang umur dan murah rezeki

Rumah Kuning said...

Je,masa tulis n3 ni c su tak ingat awk berempat balik penang semula dgn sapo? Nampaknya je mengingatkan c su ttg ni.
Rasanya dah tak lama awk boleh berkumpul adik beradik.Hujung th ni paih balik.Rasanya dia takkan bw balik minah UK.hehe. Awk pula akan balik M'sia th depan? Betul dak? Kami minat tengok German main bola je...minah German bukan pilihan.Dan harapan kami yg dah tua2 ni,awk akan balik dan bekerja di M'sia. Nor pulak 2 tahun lg akan balik dari US. Kalau Ajit tak terbang ke mana2, InsyaAllah awk adik beradik dpt berkumpul menyakat Hail Afiq dan mencubit2 pipi Aisyah maisarah. Yang pasti abah &mamannya akan mengambil cuti pada masa tu.

Anonymous said...

mestilah dia mintak lebih..

spare utk bayar saman kalau ada..hahaha

echah_syed said...

tu laa pasal tgn 2 jek..yg nak dikendong ramai.. :p

nasib beg je..kalo CP yg tertinggal dlm bas sape pulak yg nak jage bebudak tu.. hehehh :D

Intan said...

Hahahah lawak la cikgu ni...

Tapi bila dikenang kembali peristiwa ni mesti antara memori manis kannn.

>> boleh bayangkan mcmana Pokcik tu bawak laju nak kejar bas..kekekek :)

Rumah Kuning said...

kujie,
rasanya takdak saman sbb pak polisi masih tidur...

combi,
masa tu belum kawin,tak biasa lagi jaga anak.hehe

intan,
nasib baik bas tu berenti tepi jln.kalau tak, mestilah tambang naik lagi byk....atau langsung tak terkejar.

Bint Lazim said...

hehe lambat sy neh. baru baca. comey ah gambar tuh, macam abe2 sy ni baik2 blakow. n definitely, sy tok igt so habuk pong pasal cerita neh. adoi. teruk2. Thanks a lot che su. u're the best laaa.

Rumah Kuning said...

nor kecik lagi masa tu, tapi langsung tak nangis sepanjang perjalanan.Sampai umah dd, semua binatang nak tengok terutama hero2 tu.

chekgu Bani Hassim said...

mengungkap kenangang lame nampak???

Rumah Kuning said...

banihassim,biasa le...terkenang kisah lama.mana tahu,boleh dijadikan pedoman.

Anonymous said...

hehehe...tak silap saya...peristiwa dib***k gagak di atas kepalaku ini terjadi masa tu ler...ko tak betul?

Rumah Kuning said...

yang tu c su tak ingat...kejap nak fikir.hehe