Wednesday, June 4, 2008

Simpan Atau Buang?



Sebahagian daripada koleksi majalah yang masih tersimpan. Walaupun kegilaan membeli majalah tidak lagi sehebat tahun 1990an, tapi saya masih membeli dan koleksi ini bertambah banyak dari bulan ke bulan. Ditambah pulak dengan kegilaan pakwe tercinta yang tidak pernah terlepas dari memiliki majalah kegemarannya hingga kini. ( saya dah suam-suam kuku, dia yg masih gila teruk.hehehe) Sayang punya pasal, saya sanggup angkut naik lori semasa berpindah dari Perak beberapa tahun lepas.
Hari ni, mood mengemas terlebih sikit dari biasa. Dalam mengemas yang tak pernah kemas-kemas tu, terjumpa pulak printer lama ni. Nampaknya jodoh saya dengan printer ni amat panjang. Sebenarnya printer ni dibeli untuk print stensil. Dulu tiap kali nak buat soalan, memang berguna le printer ni. Sekarang orang dah tak guna stensil, jadi printer ni mendapat rehat yg panjang.Tapi, saya masih bermasalah untuk membuangnya. Sayang lagi... Yang herannya, empat lima biji printer dah dibeli selepas printer ni. Bila rosak, buang, rosak, buang. Tapi yang ni, tidak jugak dibuang-buang. Mungkin masa simpan dulu, dia tak rosak, masih hensom bergaya. Maka sampai hari ni saya tidak berniat untuk membuangnya walaupun sekarang saya amat selesa dengan Mr Brother yg mempunyai bermacam-macam fungsi.

Mesin taip ni pun sangat panjang jodohnya dengan saya. Yang ni makcik laaagi sayang. Masa belajar dari first year hingga grad, dialah buahati yang banyak berjasa. Kalau esok dateline nak ngantor assignment, maka sampai ke pagi le dia menemani tuannya ini. Buat apa saja tanpa membantah. Semestinya mengurut belakang,membancuhkan kopi, menghidang biskut kering disuruh titik, maka titik lah dia, disuruh koma, maka komalah dia. Nasib baik tak pernah berasap.... Jangan risau, kerana jasamu itu, akan ku simpan juga.


Tengah mengemas-ngemas, jumpa pulak benda kat bawah ni. Yang ni, tanpa fikir panjang, buang. Sekarang orang dah tak guna. Maaf ye


Ada satu benda lagi yang menyesakkan tuang yang memang kecik ni. Disket yang sekarang ni sudah berganti dengan pendrive dan yg seangkatan dengannya. Nak kena dapatkan khidmat nasihat pakar dulu sama ada boleh dibuang atau sebaliknya. hehehe.



OK, Dah letih. T kasih.

6 comments:

Qaseh Bidadari said...

kalo nak buang majalah2 tu nanti..pk dulu k!

bg mama pon,mama suker!

Rumah Kuning said...

ok, no problem.mama suka baca majalah jugak ke?

Jie said...

mesin taip tu..anak2 dah tak kenal mcm mana rupa dia tuu

dulu masa tunggu spm, ada gak g kelas menaip..dpt gak sijil peringkat menengah.

Rumah Kuning said...

Teringat zaman dulu2 ada pakcik ambil upah menaip surat/borang berhampiran setiap pejabat tanah. sekarang ni, ada lagi ke? Kalau ada pun mungkin sekarang ni dah guna ltop...hehe

chekgu Bani Hassim said...

Simpan kak...
Boleh masuk arkib negara...
Simpan leklok..
Masuk kotak...
Sbab barang-barang lame nih byk sentimental valuenyer...
Skg dah tak jumpe dah bende-bende nih...

Anonymous said...

buat menyemak je dik oi... takdak ruang nak letak.