Aku bagi result exam kepada maknya.
Maknya khusyuk memerhati.
Anaknya membatu di sebelah.
Muka maknya berkerut kerana tak puashati.
Satu keputusan yang teruk dan paling tercorot.
Aku minta maknya pastikan anaknya ini juga belajar semasa di rumah.
Aku minta anak muridku ini bawa buku, buat kerja sekolah, belajar a.k.a bagi tumpuan masa cikgu mengajar. Sebenarnya dah berbuih mulut cikgu cakap sebelum ni.
Aku beritahu maknya, anaknya ini malas belajar, selalu tak bawa buku dan tak buat kerja yang disuruh.
Maknya cakap di rumah pun dia tak belajar walaupun disuruh.
Bla...bla....bla.... mereka pun beredar.
Lebih kurang 20 minit kemudian, maknya datang balik.
Menangis-nangis
Katanya kecewa sangat dengan anaknya
Lepas ni tak nak bagi motosikal, nak suruh naik basikal je ke sekolah
Bla...bla...bla
Maknya suruh aku dan cikgu-cikgu buatlah apa saja untuk kebaikan anaknya asalkan tidak cedera.
Aku lihat di satu sudut bilik darjah, anak muridku juga sedang menangis
Satu perkara yg boleh dipuji mengenai anak muridku ini.
Cakaplah apa saja, dia tak marah dan hanya tersengihhh je
13 comments:
tiba tiba rasa sayu bila teringatkan perasaan mak itu ...
moga anaknya insaf dan sedar
begitulah harapan kita.
tersentuhnya....
tak tau nk tulis apa lagi
kujie,
lepas tu,saya pun jadi letih...
Kesian kat mak dia...harap2 murid tu berubah ke arah kebaikan lepas ni..InsyaAllah.
intan,
kadang2 amat letih memikirkan budak2 ni.suruh belajar pun macam suruh angkut/angkat batu.
nasib baik mak dia ok.. kalu saya jadi mak saya berusaha untuk selidik anak saya juga.. wah bagus baca blog cikgu-cikgi ni, bole buat panduan untuk masa depan..
CP, budak tu macam saya disekolah rendah darjah 4 baru buleh baca.
Dulu ayah/mak dua kali je mari sekolah, masa masuk darjah satu then masa convo.
ibu kumbang,
cara mendidik anak2 zaman sekarang tak sama dengan cara mak bapak kita mendidik kita dulu.
musafir,
macam2 cara kita buat supaya budak-budak ni berjaya.Kelas ptg, kelas mlm, motivasi...
mak dia tu combi ker..?? :(
combi, bila masa pulak anak combi belajar kat sini?? hehe
salam...
teringat zaman sekolah ketika parents amik report card..
kalau result kurang memuaskan, rasa bersalah sgt..
tp kalau result bagus, rasa gembira bila dpt tgk muka mereka ceria..
=)
nora,
betul tu. tapi masa akak sekolah dulu, takdak pun cikgu buat program gini.
Post a Comment