Saturday, July 5, 2008

Hampir Terlupa

Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim iaitu kebesaran, keagungan dan kemuliaan kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat dan kemurahanNya kepada hamba yang beribadat dengan ikhlas pada bulan ini. Jadi, perbanyakkanlah amal ibadat terutamanya puasa sunat pada bulan Allah ini. InsyaAllah pelaburan ini menjanjikan keuntungan yang besar dan tidak sekali-kali merugikan kita.
.
Sungguh banyak hadith dan keterangan ulama' mengenai ganjaran dan kebesaran Rejab. Yang lebih penting bukan setakat mengetahui kelebihan, tetapi sejauh mana kita mengamalkan atau mengambil peluang dari tawaran Allah ini. Semasa Kompleks Membeli belah mengadakan tawaran istimewa atau jualan murah, kita akan keluar berduyun-duyun untuk mendapatkan barangan yang ditawarkan. Tetapi begitu jugakah tindakan kita apabila Allah membuka tawaran yang Maha Hebat ini. Satu tawaran yang tiada tolok bandingannya. Satu tawaran yang menjamin kebahagiaan di dua alam - dunia dan akhirat
.
Sabda Rasulullah saw : Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Rasulullah saw bersabda : "Pada malam Mi'raj, aku melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis daripada madu, lebih sejuk daripada air batu dan lebih harum daripada minyak wangi, lalu aku bertanya pada Jibril as : "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"Maka berkata Jibril as :"Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat untuk engkau di bulan Rejab ."

7 comments:

chekgu Bani Hassim said...

Jom kite banyakkan amalan yang mudah2...
Boleh puase sunat, berzikir...

Bulan ni, bulan depan smpai Ramadhan boleh pose, leh kurengkan berat bdn nih...
Huhu...

Anonymous said...

Jom kita rebut tawaran hebat ini...

CikguZue said...

kat UK ni, rejab bermula agak lewat sehari drpd m'sia. apepun fadhilatnya memang banyak. semoga kita dpt melipatgandakan amalan kita insya-Allah....

echah_syed said...

jom puasa..!

combi dah start ni..nak join tak?? :)

kuIna said...

tq for sharing d info!

Rumah Kuning said...

cikguzue, combi,jentayutiara,
Semoga kita dpt mempertingkatkan amal ibadat di bulan Rejab ini.

Intan said...

Saling mengingati antara kita.
Thanks 4 sharing :)