Manusia kecil dapat menewaskan gajah yang besar dengan penggunaan akal yang baik dan betul. Malah penggunaan akal yang baik dan betul ini memungkinkan kita melakukan pelbagai perkara yang hebat. Namun, manusia yang berakal ini juga mampu menjadi lebih teruk daripada binatang bila mereka tidak menggunakan akal dengan sepatutnya.
Sedar atau tidak, kehidupan kita di dunia ini bukan sekadar dikelilingi batu, pokok, besi dan yang sewaktu dengannya. Malah kita dikelilingi jiran, kawan, saudara dan manusia-manusia lain yang juga mempunyai akal, nafsu dan perasaan. Sebagai manusia waras yang percaya adanya balasan dosa dan pahala, usah biarkan akal kita lemas dikuasai hawa nafsu. Lembutkanlah kerakusan hawa nafsu dengan kebijaksanaan akal. Dan jagalah perasaan orang lain kerana walaupun kita berbeza fizikal, rupa, warna kulit dan sebagainya, tapi andainya lidah kita merasai gula itu manis, begitulah manisnya pada orang lain. Jika kita merasai garam itu masin, masinlah juga pada lidah orang lain. Fikirkanlah!!
Berfikir satu saat lebih baik daripada berdiri solat semalaman .... Hassan al Basri
9 comments:
salam...takpe...hari tu pun g kejap jer..kalau tade apa, ahad hujung minggu ni mai KB lagi...leh jumpa nanti InsyaAllah
akak sedih saya baca berita semalam..melibatkan sorang bekas guru membunuh sorang bidan..memang kena ngn akak nyer entry
arsaili,
nanti saya email no tel.
ija,
saya tak baca pulak berita tu.dahsyatnye...
ianyalah....bertindak ikut mata hati jgn mata kepala..
kujie, betul tu.Yg cantik dimata tidak semestinya yg terbaik.
salam cp..
tajuk apa ni?emm tak pahamlah..he he
Irfa, tak faham ke? Sorry....
Saje merapu ...
good info.. saya bermuhasabah...
azura, sekadar berkongsi. t kasih krn singgah
Post a Comment