Friday, July 18, 2008

Itu Pun Nak Marah?

Pagi tadi, dalam perjalanan ke sebuah rumah di Pasir Putih, saya terdesak untuk membeli sehelai kain batik. Tapi disebabkan kebiasaan hanya kain pelikat yang siap berjahit, maka saya terpaksa membeli kain pelikat. Kebetulan saya melalui satu kawasan pasar minggu. Jadi, saya meluru ke sebuah gerai yang paling hampir. Dua orang muda sedang mengeluar dan menyusun segala macam kain dan pakaian di gerai tersebut.

CP : Kain pelikat ada ke?
Peniaga : Ada. Nak hak lagu mana?
CP : Emm...hak biasa je.

Peniaga muda itu menghulurkan beberapa helai kain pelikat kepada saya dan menyusun beberapa kotak kain pelikat lagi di atas gerai jualannya. Saya membelek kain yang diberi dan bertanya harganya. Kerana tidak berpuashati dengan kualiti kain yang diberi, saya bertanya pula kain yang tengah disusun itu.

CP : Hak tu berapa ringgit?
Peniaga : Hak ni mahal.
CP : Berapa ringgit?
Peniaga : Mahal ni. Hak ni kain molek.Bla...bla..bla

Saya rasa dah tak boleh kontrol ayu perasaan yang mula berasap.

CP : Mahal...mahal...berapa ringgit?
Peniaga : RM18.00

Saya menghulurkan wang, ambil kain pelikat itu dan terus meninggalkan gerai tersebut. Dalam hati :!!!%^&dsremhjk/'[%33gn./??

Masa nak balik tadi, kakak tu bagi seekor burung yang ditangkap oleh suaminya. Fresh lagi... terimakasih daun keladi. Semangat le pulak masak tengahari ni.


Sapa le yang kebulur makan tinggal tulang je ni?

21 comments:

Qaseh Bidadari said...

kalo nak beli,biarlah yg elok sikit kan..

Emi Farez said...

Ya ampun.. apasal dia nak explain panjang lebar bgtau jela regenya

echah_syed said...

org kaya shopin..takyah tawar menawar..hiks :p

Rumah Kuning said...

masih kegeraman mengingatkannya. macam le kita ni....sangat.betul tak mama, ibukumbang, combi?? Sabarrr.....

echah_syed said...

burung aper tu..?

sedapnyer sampai menggigit pinggan :p

kuIna said...

tak reti jwb soalan tu...

Anonymous said...

lain kali awk datang kedai saya saya nak buat macam tu jugalah.Lepas tu saya nak bagi tahu harga sekali ganda dari harga biasa.

Seriously, kalau saya, saya pergi je (tak usah belilah kalu niaga macam ni) nama lagi musafir,tok leh duduk lama2.

Rumah Kuning said...

combi,
tak tahu burung apa..tahu makan je

kuina,
mungkin silap faham.

musafir,
nak aniaya kawan ke? musafir takpe asalkan tidak berkelana...hehe

Anonymous said...

saya cuba buat blog jugalah kalu buleh panggil bloglah, kalau nak baca pergilah ke musafirmusurfing.blogspot.com

13may said...

thanks for visiting my blog :)

Rumah Kuning said...

13may, tkasih kembali

tasekM said...

burung masak ape?

jalan2 ke rumah kamu...

azlanlin said...

Hak "mahal" utk org yang berjimat duit... dan dianggap murah magi org yg berduit. Tapi..peniaga tu psiko je tu..hahahha

13may said...

saya dulu pun penah berniaga gak...
tapi tak penah nak layan lebih kurang ngan customer...

hehhe hehhe

en_me said...

ammvoiii, mahal kannns.. ehehe

TokNabe said...

Semuanya menguji kesabaran...

Rumah Kuning said...

tasikmerah,
t kasih krn sudi bertandang.

azlanlin,
perangai manusia...macam2.

Rumah Kuning said...

13may,
kadang2 kita pun boleh hilang sabar bila menghadapi situasi spt itu.

en_me,
mahal pada saya tapi murah pada en_me.hehe

Rumah Kuning said...

toknabe,
susah jugak nak mendidik jiwa menjadi seorang yg penyabar.Mcmana ye?

arsaili said...

salam..saya pun ada kess masa kat KB hari tu..saya nak cepat hantar fax..lepas tu kedai tu cam tanak berniaga jer..mana entah penjaga counter..bila dah ada yg layan kat counter, byk la songgeh..kita tanya ada kertas kosong, dia sibuk tanya..nak buat apa? saya ulang pertanyaan..dia tanya lagi you nak fax sekali ker...apa lagi..org nak cepat..lagi sibuk tanya utk apa..so sy pun meninggi suara..u ada kertas kosong atau tak? baru dia ckp..ada kat situ..eee geram. Lepas tu masa nak fax, dia kata machine dia bole hantar 2 pages jer...berasap betul..terus keluar dari kedai tu..gi kedai lain...kena ambil anger management nih

Rumah Kuning said...

hehehe. time kita nak cepat le diorang banyak songeh. ingat kita nak free ke?? Udah nak keluar tanduk...